Raja Permaisuri Agong Malaysia | |
---|---|
راج ڤرمايسوري اݢوڠ | |
Persekutuan | |
Penjawat kini | |
Raja Zarith Sofiah sejak 31 Januari 2024 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Penyandang pertama | Tunku Kurshiah |
Persemayaman | Istana Negara |
Raja Permaisuri Agong (Jawi: راج ڤرمايسوري اݢوڠ ) merupakan isteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah gelaran rasmi bagi isteri ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh ialah: "Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong" (Jawi: سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اݢوڠ ).
Kedudukan, fungsi dan keistimewaan
Berbeza dengan Yang di-Pertuan Agong dipilih setiap lima tahun di antara sembilan pemerintah negeri-negeri di Malaysia, Raja Permaisuri Agong bukan dipilih dari kalangan permaisuri atau sultanah tetapi sebagai kemuliaan yang dikurniakan kepada isteri seseorang raja atau sultan sesuatu negeri untuk menjadi suri baginda yang setaraf apabila suaminya telah terpilih untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Walaupun pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong berubah setiap lima tahun, kemangkatan, perceraian atau perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong juga boleh memendekkan tempoh gelaran bagi Raja Permaisuri Agong.
Mengikut Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, jawatan tersebut bukanlah suatu kewajiban khusus yang termaktub di dalam perlembagaan dan juga asas pemilihan bagi seseorang raja ketika dipilih oleh Majlis Raja-raja sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Lazimnya, Raja Permaisuri Agong akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan rasmi dan tidak rasmi serta upacara diraja dan kenegaraan serta menerima turut kunjungan ketua negara dan pasangan mereka. Perkara 34 Perlembagaan Malaysia melarang Raja Permaisuri Agong daripada memegang apa-apa pelantikan, membawa apa-apa saraan, atau secara aktif terlibat dalam mana-mana perusahaan komersial. Raja Permaisuri Agong, bagaimanapun, berhak secara sah untuk menerima bayaran tahunan yang termasuk dalam Saraan Diraja Yang di-Pertuan Agong.[1]
Pemegang gelaran Raja Permaisuri Agong yang suaminya mangkat ketika menjawat masih menerima pencen daripada Saraan Diraja Kerajaan Persekutuan. Mereka juga mendapat keutamaan sebaik selepas Yang di-Pertuan Agong yang memerintah, Raja Permaisuri Agong terkini, raja-raja yang masih memerintah, dan Yang di-Pertua Negeri. Kini, hanya seorang sahaja yang menerima keutamaan tersebut iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah.
Senarai Raja Permaisuri Agong
Berikut adalah senarai Raja Permaisuri Agong serta tempoh baginda memegang tampuk tersebut:
Nombor | Nama | Negeri | Bertakhta | Kelahiran | Kemangkatan | Yang di-Pertuan Agong |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Tuanku Kurshiah | Negeri Sembilan | 31 August 1957 – 1 April 1960 | 16 Mei 1911 | 2 Februari 1999 | (umur 87)Tuanku Abdul Rahman |
2 | Tengku Ampuan Jemaah | Selangor | 14 April 1960 – 1 September 1960 | 1900 | 8 April 1973 (berumur 72–73) | Sultan Hisamuddin Alam Shah |
3 | Tengku Budriah | Perlis | 21 September 1960 – 20 September 1965 | 28 Mac 1924 | 28 November 2008 | (umur 84)Tuanku Syed Putra Jamalullail |
4 | Tengku Intan Zaharah | Terengganu | 21 September 1965 – 20 September 1970 | 13 April 1928 | 24 Januari 2015 | (umur 86)Sultan Ismail Nasiruddin Shah |
5 | Sultanah Bahiyah | Kedah | 21 September 1970 – 20 September 1975 | 24 Ogos 1930 | 26 Ogos 2003 | (umur 73)Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah |
6 | Raja Perempuan Zainab II | Kelantan | 21 September 1975 – 29 Mac 1979 | 7 Ogos 1917 | 10 Januari 1993 | (umur 75)Sultan Yahya Petra |
7 | Tengku Ampuan Afzan | Pahang | 29 Mac 1979 – 25 April 1984 | 4 Disember 1932 | 29 Jun 1988 | (umur 55)Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah |
8 | Sultanah Zanariah | Johor | 26 April 1984 – 25 April 1989 | 5 Julai 1940 | 17 Mac 2019 | (umur 78)Sultan Iskandar |
9 | Raja Permaisuri Bainun | Perak | 26 April 1989 – 25 April 1994 | 7 November 1932 | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah | |
10 | Tunku Ampuan Najihah | Negeri Sembilan | 26 April 1994 – 25 April 1999 | 1 September 1923 | 8 September 2023 | (umur 100)Tuanku Ja’afar |
11 | Tuanku Siti Aishah | Selangor | 26 April 1999 – 21 November 2001 | 18 November 1971 | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | |
12 | Tengku Fauziah | Perlis | 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 | 6 Jun 1946 | Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | |
13 | Tuanku Nur Zahirah | Terengganu | 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 | 7 Disember 1973 | Sultan Mizan Zainal Abidin | |
14 | Tuanku Hajah Haminah | Kedah | 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 | 15 Julai 1953 | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah1 | |
16 | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | Pahang | 31 Januari 2019 – 30 Januari 2024 | 5 Ogos 1960 | Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | |
17 | Raja Zarith Sofiah | Johor | 31 Januari 2024 - kini | 14 Ogos 1959 | Sultan Ibrahim |
- 1. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang menduduki takhta singgahsana sebanyak dua kali.[2] Sultanah Haminah Hamidun ialah isteri rasmi kedua sejak tahun 1975.
- 2.↑ Sultan Muhammad V menduduki takhta singgahsana tanpa permaisuri kerana ketika itu isteri baginda Sultanah Nur Diana Petra Abdullah belum diisytiharkan secara rasmi sebagai Sultanah Kelantan sehingga tahun 2022.[3]
Senarai bekas Raja Permaisuri Agong yang masih hidup
Nama | Negeri | Bertakhta | Kelahiran | Yang di-Pertuan Agong | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
Raja Permaisuri Tuanku Bainun | Perak | 1989-1994 | 7 November 1932 | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah | Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Tuanku Bainun |
Permaisuri Siti Aishah | Selangor | 1999-2001 | 18 November 1971 | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Gelaran terkini ialah Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah |
Tuanku Fauziah | Perlis | 2001-2006 | 6 Jun 1946 | Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | Gelaran terkini ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis |
Sultanah Nur Zahirah | Terengganu | 2006-2011 | 7 Disember 1973 | Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah | Gelaran terkini ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu |
Che Puan Besar Haminah | Kedah | 2011-2016 | 15 Julai 1953 | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah | Gelaran terkini ialah Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah |
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | Pahang | 2019-2024 | 5 Ogos 1960 | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah | Gelaran terkini ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang |
YMM Tunku Ampuan Najihah mantan Raja Permaisuri Agong yang ke-10 (1994-1999) dan mantan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan telah mangkat pada jam 6.53 pagi, pada hari Jumaat bertarikh pada 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur di usia 100 tahun 7 hari.[4]
Lihat juga
Rujukan
- ^ A Aziz, Shamrahayu (29 Oktober 2014). "Institusi raja tetap dibatasi undang-undang". BH Online. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Bernama (14 October 2011). "Kedah Sultan To Be Next King, For The Second Time". Dicapai pada 14 October 2011.
- ^ Yatimin Abdullah (2 Ogos 2022). "Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, isteri baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
- ^ BADRUL HAFIZAN MAT ISA (8 September 2023). Tunku Ampuan Najihah mangkat Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 September 2023.