Almarhum Yamtuan Muda Riau VIII Raja Ali Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau VI Raja Ja'afar
menjadi Yang di-Pertuan n Muda Riau ke-8 pada tahun 1844 berikutan kemangkatan saudaranya, Raja Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Muda ke-7.
Pada zaman baginda memerintah, Riau khususnya Pulau Penyengat yang merupakan pulau kediaman Yang di-Pertuan Muda menjadi pusat pendidikan agama Islam yang terkenal pada abad ke-19. Raja Ali sendiri ialah seorang raja yang sangat mengambil berat tentang hal ehwal agama Islam.
Baginda telah membina banyak pusat pendidikan Islam dan menjemput para ulama supaya mengajar di Riau. Baginda juga sering meminta nasihat daripada sepupu-sepupu baginda yang mahir dalam ilmu agama terutama Raja Ali Haji, putera Raja Haji Ahmad ibni Raja Haji.
Baginda juga melarang rakyatnya bermain judi dan meminum arak serta mengharamkan segala muzik yang melalaikan. Baginda menjalankan undang-undang syariah dan mewajibkan pemakaian tudung dan menghukum mereka yang melalaikan solat terutama Solat Jumaat.
Malah baginda juga sering berkunjung ke rumah para pembesar dan rakyatnya untuk bertanyakan keperluan mereka.
Sikap baginda yang ramah tanpa mengenal batas umur, pangkat dan agama membuatkan baginda disenangi bukan sahaja oleh rakyat jelata malah juga para pedagang sehingga Riau semakin ramai dikunjungi oleh peniaga-peniaga asing.
Orang Belanda juga menyukai Raja Ali kerana sikap sopan dan ramahnya sehingga Belanda menghantar doktor untuk merawat Raja Ali ketika baginda sedang gering.
Kemangkatannya
Baginda Raja Ali mangkat pada tahun 1857 di Pulau Penyengat dan dimakamkan di sana.
Rujukan
- Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.
Lihat juga
Pautan luar
- (Indonesia) (Melayu) Laman web Kerajaan Riau-Lingga
- (Inggeris) Laman web Royal Ark : Wangsa Bugis di Riau
Penyandang Terdahulu | Yang Dipertuan Muda ke-8 1844 – 1857 |
Penyandang Kemudian |
Raja Abdul Rahman | Raja Haji Abdullah |