| Kembara Mahkota Johor کمبارا مهکوتا جوهر | |
|---|---|
| Mula | Sejak 2001 |
| Lokasi | |
| Negara | |
| Pengasas | Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar |
Paling terkini | 5-8 Ogos 2023 (edisi ke-23) |
Acara utama | Lawatan ke seluruh negeri dan menyantuni bangsa Johor |
| Ketua Rombongan (Tunku Mahkota Johor) | Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim |
Laman sesawang | https://www.johor.gov.my/rakyat/kembara-mahkota-johor |
| sunting | |
Kembara Mahkota Johor (singkatan: KMJ, Inggeris: Johor Royal Excursion, Cina: 柔佛王室亲善之旅) ialah siri jelajah diraja negeri Johor Darul Takzim di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar) sejak tahun 2001.[1]
Dalam kembara ini, baginda menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda, dan kereta api, malah bot ke seluruh pelosok negeri Johor tidak kira di bandar, pekan, kampung, kawasan pedalaman dan kepulauan sekitarnya.
Cetusan
Program KMJ ini telah dicetuskan pada tahun 2001 oleh Tunku Ibrahim Ismail ketika menjadi Tunku Mahkota Johor dengan galakan ayahandanya, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail untuk melawat seluruh negeri Johor bagi mendampingi rakyat jelata.[2]
Anjuran
| Tarikh | Edisi | Catatan |
|---|---|---|
| 2-4 Julai 2001 | Pertama | Kembara Bermotosikal |
| 25-28 Mac 2002 | Kedua | Kembara Bermotosikal |
| 8-11 Mei 2003 | Ke-3 | Kembara Bermotosikal |
| 26-29 Feb 2004 | Ke-4 | Kembara Bermotosikal |
| 23-26 Jun 2005 | Ke-5 | Kembara Bermotosikal |
| 13-15 Ogos 2005 | Ke-6 | Jelajah Pulau I |
| 17-19 Dis 2005 | Ke-7 | Jelajah Perkampung Orang Asli |
| 14-17 Sept 2006 | Ke-8 | Kembara Bermotosikal |
| 27-29 Jul 2007 | Ke-9 | Jelajah Pulau II |
| 24-27 Jul 2008 | Ke-10 | Kembara Bermotosikal |
| 4-7 Jul 2009 | Ke-11 | Jelajah Pedalaman |
| 22 Jan 2010 - Kemangkatan DYMM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail 23 Jan 2010 - Pemasyhuran Tunku Ibrahim Ismail sebagai DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor | ||
| 26-28 Jun 2010 | Ke-12 | Kembara Berkeretapi |
| 7-9 Ogos 2010 | Ke-13 | Kembara Bermotosikal |
| 18-21 Jun 2011 | Ke-14 | Kembara Bermotosikal |
| 13-16 Mei 2012 | Ke-15 | Kembara Bermotosikal |
| 24-26 Ogos 2013 | Ke-16 | Kembara Bermotosikal |
| 21-24 Jun 2014 | Ke-17 | Kembara dengan bas Prevost Marathon Coach |
| 23 Mac 2015 - Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim | ||
| 10-13 Ogos 2015 | Ke-18 | Kembara dengan trak Mack |
| 14-17 Mei 2016 | Ke-19 | Kembara dengan trak Mack |
| 21-22 Ogos 2016 | Jelajah Pulau III | |
| 9-12 Sept 2017 | Ke-20 | |
| 26-29 Nov 2018 | Ke-21 | |
| 20-22 Jul 2019 | Ke-22 | |
| Tiada anjuran KMJ antara 2020-2021 kerana pandemik COVID-19 | ||
| 5-8 Ogos 2023 | Ke-23 | Dipimpin buat julung kalinya oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor |
Pencapaian
Dalam kembara siri ke-12 pada 2010, Sultan Ibrahim mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Baginda turut dikurniakan lesen memandu kereta api pada majlis yang telah diadakan di Gemas. Baginda singgah di stesen-stesen kereta api Kulai, Kluang dan Chamek.[3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Sultan Johor Mula KMJ 2010 Dengan Pandu Kereta Api - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-26. Dicapai pada 2023-11-13.
- ^ "KEMBARA MAHKOTA JOHOR: RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA – MEDIA DIGITAL JOHOR". 2023-10-27. Dicapai pada 2023-11-13.
- ^ "Sultan Johor Mula KMJ 2010 Dengan Pandu Kereta Api - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2010-06-26. Dicapai pada 2023-11-13.









