Dubai (dalam Arab: دبيّ , Dubayy, sebutan /dʊ'baɪ/ dalam Bahasa Inggeris) merujukkan pada sama ada:
- salah satu dari tujuh amiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu di bahagian selatan Semenanjung Arab, atau
- bandar utama amiriah ini, kadang-kadang dipanggil "Bandaraya Dubai" untuk membezakannya dari amiriah tersebut.
Dubai
دبي | |
---|---|
Koordinat: 25°15′47″N 55°17′50″E / 25.26306°N 55.29722°EKoordinat: 25°15′47″N 55°17′50″E / 25.26306°N 55.29722°E | |
Negara | Emiriah Arab Bersatu |
Amiriah | Dubai |
Diasaskan oleh | Obeid bin Said & Maktoum bin Butti Al Maktoum |
Pentadbiran | |
• Jenis | Raja mutlak |
• Ketua Pengarah Perbandaran Dubai | Dawoud Al Hajri |
Keluasan | |
• Metropolis | 1,610 km2 (620 batu persegi) |
• Metro | 1,994 km2 (770 batu persegi) |
Penduduk (2023)[4] | |
• Metropolis | 3,604,030 |
• Kepadatan | 2,200/km2 (5,800/batu persegi) |
• Metro | 5,894,000 |
• Kepadatan metro | 3,000/km2 (7,700/batu persegi) |
Demonim | Orang Dubai |
KDNK | |
• Metropolis | AS$ 134.6 bilion (2023) |
• Metro | AS$ 202.8 bilion (2023) |
Zon waktu | UTC+04:00 (Waktu Piawai UAE) |
Laman sesawang | www.dm.gov.ae |
Dubai mempunyai penduduk teramai dan merupakan bandar kedua terbesar setelah Abu Dhabi. Dubai dibezakan dari ahli-ahli lain di UAE dengan jualan dari minyak mengandungi hanya 6% keluaran dalam negara kasar. Kebanyakan jualan amiriah adalah dari Zon Bebas Jebel Ali (ZBJA)[7] dan, kenaikannya, dari pelancongan.
Dengan pembinaan dan pembangunan dalam berbagai industri, Dubai telah menarik perhatian sedunia melalui projek pembaharuan hartanah, pesta sukan, persidangan dan rekod Guinness. Walau bagaimanapun, ini menarik perhatian, bersesuaian dengan kemunculannya sebagai sebuah hab bisnes dunia, dan juga menonjolkan isu-isu hak kemanusiaan mengenai tenaga kerja pendatang besarnya.
Dubai kini dipimpin oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Makhtoum yang juga Wakil Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu. Meskipun bentuk pemerintahan Dubai adalah dalam bentuk kerajaan berpelembagaan, namun kerajaan berpelembagaan itu terpaksa tunduk pada undang-undang yang berlaku di sana.
Luas Dubai sekitar 4.114km2 dengan penduduknya hanya sekitar 2.262.000 orang dengan majoriti penduduk adalah pendatang dari sekitar 100 negara dari setiap penjuru dunia. Kerana Dubai dihuni oleh banyak bangsa, maka kebudayaannya pun telah beraneka ragam dan dipelbagaikan. Pada awal 1900-an kebudayaan Dubai telah dipengaruhi dengan kebudayaan Iran. Lalu, mulai 1960-an, adat kebudayaannya telah digantikan dengan kebudayaan India dan Pakistan. Kini kebudayaan asing lain turut ikut mewarnai kehidupan rakyat dan masyarakat Dubai.
Kerana pendapatan utama Dubai bukan berasal dari minyak dan sumber alam yang lain, maka Dubai mencari sumber lain yang diharapkan dapat mendongkrak pendapatan kota ini dalam pelbagai sektor khususnya dalam sektor bisnes, ekonomi, perumahan, dan kewangan selain dari sektor pelancongan. Kebanyakan dari bangunan-bangunan yang dibina di Dubai amat menekankan bentuk dan kesenian yang berunsur keIslaman dan kontemporari.
Dubai telah banyak sekali membangunkan hotel dan gedung mewah dengan fasiliti kelas pertama untuk menarik minat para pelancong bagi melancong ke kota bertaraf Dunia ini. Apabila diintip beberapa hotel supermewah, seperti Hotel Atlantis dan Burj Al Arab, gedung canggih seperti Dubai Dynamic Tower, serta Pulau Palma yang luar biasa, pasti pelancong akan terpegun dan terkaku sebentar akan kemewahan dan perbezaan bentuk kota yang diperagakan.
Dubai moden
Semasa 1970-an, Dubai terus berkembang daripada hasil yang dijana daripada minyak dan perdagangan, walaupun bandar itu menyaksikan kemasukan pendatang yang melarikan diri dari perang saudara Lubnan.[8] Pertikaian sempadan antara emirat berterusan walaupun selepas pembentukan UAE; hanya pada tahun 1979 satu kompromi rasmi dicapai yang menamatkan perselisihan faham.[9] Pelabuhan Jebel Ali, pelabuhan laut dalam yang membenarkan kapal-kapal besar untuk berlabuh, telah dibina pada tahun 1979. Pelabuhan ini pada mulanya tidak berjaya, oleh itu Sheikh Mohammed menubuhkan JAFZA (Zon Bebas Jebel Ali) di sekitar pelabuhan tersebut pada tahun 1985 untuk menyediakan syarikat asing dengan import tenaga buruh dan modal eksport tanpa sekatan.[10]
Perang Teluk pada awal tahun 1991 mempunyai kesan kewangan yang negatif ke atas bandar ini, kerana pendeposit mengeluarkan wang mereka dan peniaga menarik balik perdagangan mereka, namun selepas itu, bandar ini pulih dalam suasana politik yang berubah-ubah dan berkembang maju. Kemudian pada tahun 1990-an, kebanyakan komuniti pedagang asing—pertama dari Kuwait ketika Perang Teluk dan kemudian dari Bahrain ketika pergolakan Syiah—memindahkan perniagaan mereka ke Dubai.[11] Dubai menyediakan pangkalan untuk mengisi bahan api kepada tentera bersekutu di Zon Bebas Jebel Ali semasa Perang Teluk dan sekali lagi semasa Serangan ke atas Iraq pada tahun 2003. Peningkatan besar dalam harga minyak selepas Perang Teluk mendorong Dubai untuk terus memberi tumpuan kepada perdagangan bebas dan pelancongan.[12]
Gurun pasir yang mengelilingi bandar ini menyokong pertumbuhan rumput liar dan sedikit pokok kurma. Hiasin padang pasir tumbuh di dataran sabkha di timur bandar, manakala pokok akasia dan ghaf tumbuh di dataran rata dalam kawasan berhampiran pergunungan Al Hajar Barat.
Tarikan
Pulau Palma
Pulau Palma atau dalam bahasa Inggerisnya disebut Palm Island. Ia merupakan pulau buatan di Dubai yang bentuknya menyerupai pohon palma. Pulau ini tidak dicipta untuk satu gugusan pulau sahaja, tetapi ia telah dicipta untuk tiga gugusan.
Pulau buatan menyerupai pohon palma ini telah diberikan sebagai Palma Jumeirah, Palma Jebel Ali, dan Palma Deira yang luasnya sekitar 25km dua kaki persegi. Pulau buatan ini dibentuk dengan cara reklamasi yang di atasnya sedang dan akan dibangun lebih dari 100 hotel mewah, banglo perumahan, apartment, restoran, dan sebagainya.
Hotel ini telah menghebohkan dunia kerana pembukaan dan perasmiannya pada 24 September 2008 dihadiri begitu banyak pesohor Hollywood dan Bollywood, seperti Shahrukh Khan,Rani Mukerji, Lily Allen, Robert De Niro, Priyanka Chopra, Denzel Washington, Janet Jackson, Sarah, Duchess of York, Charlize Theron, Sir Richard Branson, Mischa Barton, Chris Tucker, Michael Jordan, Wesley Snipes dan Lindsay Lohan.
Hotel mewah ini menjadi salah satu hotel termahal di dunia dengan biaya menginap sekitar 231043 US Dolar semalam. Tetapi yang istimewanya, Selain dari bilik tidur yang spektakular melebihi 2000 bilik, hotel ini juga menyediakan akuarium raksasa terdiri lebih dari 65.000 ikan, Terdapat juga dolphinarium atau akuarium khusus bagi ikan lumba-lumba dalam hotel ini. Kebanyakan ikan lumba-lumba khusus didatangkan dari Kepulauan Solomon.
Salah satu hotel mewah di Dubai yang terkenal kerana bentuknya. Dengan ketinggian sekitar 321 meter dan berbentuk seperti perahu layar dhow serta terletak di Palma Jumeirah, pembinaan hotel ini telah menelan belanja lebih kurang US$650 juta. Ini sekaligus menjadikan Burj Al-Arab adalah binaan hotel yang termahal didunia serta menjadi salah satu hotel yang dibanggakan di Dubai. Burj Al-Arab juga kini telah dinobatkan sebagai satu-satunya hotel didunia yang mempunyai gred Hotel 7 bintang.
Menara Dinamik Dubai
Salah satu gedung pencakar langit yang sangat sensasi lagi bertaraf antarabangsa di Dubai adalah Menara Dinamik Dubai (juga dikenali sebagai Dynamic Architecture Building atau Da Vinci Tower). Menara ini berketinggian 420-meter bersamaan (1,378 kaki) dari paras laut, mempunyai 80 aras dan ia merupakan menara pertama di dunia yang lantainya dapat berputar 360° secara horizontal dengan kecekapan penuh 90 minit satu pusingan, tetapi kelajuannya tetap berbeza antara satu lantai dengan lantai yang lain mengikut aturan kawalan dan arah mata angin luaran. Ini membuatkan menara ini menjadi salah satu bangunan yang paling berprestij di kota ini dan didunia amnya. Bangunan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2010.
Berbeza dengan bangunan-bangunan moden yang kini sedang giat dibangunkan di Dubai, terselitnya bangunan Masjid bersejarah dengan rekaan tradisi Fatimid yang kental bercampur dengan seni bina Islam moden yang tampak sangat elegan.
Masjid ini adalah satu-satunya masjid di Dubai yang boleh dimasuki oleh para pelancong bukan Muslim Namun, kebenaran kemasukan pelawat bukan Islam adalah dengan peraturan yang cukup ketat. Di antaranya adalah aturan berpakaian dan waktu kunjungan khusus pelancong yang ingin melihat-lihat sekitar masjid ini.
Lain-lain
Tempat menarik lain yang boleh dikunjungi oleh para pelancong adalah:
- Muzium Dubai - berisi benda-benda bersejarah Dubai. Di dalam muzium pengunjung dapat mempelajari kehidupan ditengah padang pasir, rumah tradisional Arab, berbagai artifak, dan peninggalan Emiriah ini.
- Jumeirah Archeological - tapak bersejarah peninggalan abad ke-3 – 6 Sebelum Masehi serta peninggalan Dinasti Umayyad di abad ke-7 ketika agama Islam mula merebak penuh masuk ke seluruh Semenanjung Jazirah Arab.
- Bastakiya Quarters – wilayah/pekan tua di Dubai, tempat dimana masih boleh ditemukan rumah-rumah tradisional dengan menara angin yang banyak digunakan sebelum ada tenaga elektrik.
- Burj Khalifa - bangunan tertinggi di dunia [13]
Hotel penginapan lain yang sesuai dan berpatutan di Kota Dubai
- Shangri-La Hotel Dubai
- JW Marriott Hotel Dubai
- The Address Downtown Burj Dubai
- Kempinski Mall of The Emirates
- Angsana Hotel
- Hilton Dubai Jumeirah
Geografi
Dubai terletak di pesisir pantai Teluk Parsi, Emiriah Arab Bersatu dan kira-kira (16 m atau 52 kaki) dari aras laut. Emiriah Dubai berkongsi sempadan dengan Abu Dhabi di bahagian selatan, Sharjah di timur laut dan Kesultanan Oman di sebelah tenggara. Hatta, sebuah eksklaf kecil emiriah, dikelilingi oleh tiga sisi Oman, emiriah Ajman (di sebelah barat) dan Ras Al Khaimah (di sebelah utara). Teluk Parsi bersempadan dengan pantai barat emiriyah. Dubai terletak pada kedudukan 25.2697°U 55.3095°T dan meliputi kawasan seluas 1,588 batu persegi (4,110 km persegi), menunjukkan pengembangan yang ketara daripada ketetapan asalnya seluas 1,500 batu persegi (3,900 km persegi) disebabkan penebusgunaan tanah dari laut.
Dubai terletak betul-betul di dalam kawasan Gurun Arab. Walau bagaimanapun, topografi Dubai amat berbeza daripada bahagian selatan UAE kerana kebanyakan landskap Dubai ditonjolkan dengan corak gurun pasir, manakala gurun kerikil meliputi sebahagian besar wilayah selatan negara tersebut.[14] Pasir ini kebanyakannya mengandungi kerang-kerangan dan batu karang hancur dan berbentuk halus, bersih dan putih. Di sebelah timur bandar, dataran pinggir pantai yang dilitupi garam dan dikenali sebagai sabkha, memperlihatkan deretan bukit pasir dari utara ke selatan. Semakin jauh ke timur, bukit pasir menampilkan bentuk yang semakin besar dan berwarna merah akibat oksida besi. [15]
Gurun berpasir yang rata memperlihatkan Pergunungan Hajar Barat, yang terletak di sepanjang sempadan antara Dubai dan Oman di Hatta. Banjaran Hajar Barat mempunyai landskap yang gersang, bergerigi dan terpisah, dengan gunung yang menjulang setinggi kira-kira 1,300 meter (4,265 kaki) di sesetengah tempat. Dubai tiada sungai atau oasis semula jadi; walau bagaimanapun, Dubai mempunyai salur masuk semula jadi iaitu Dubai Creek, yang telah dikorek sedalam-dalamnya agar dapat dilalui oleh kapal-kapal besar Dubai juga mempunyai banyak gaung dan lubang air, yang memenuhi kaki gunung Al Hajar Barat. Hamparan bukit pasir yang luas meliputi sebahagian daripada besar selatan Dubai dan akhirnya menuju ke padang pasir yang dikenali sebagai The Empty Quarter. Dari sudut seismik, Dubai berada dalam zon yang sangat stabil—garis sesar seismik terdekat iaitu Zagros Fault, terletak sejauh 200 kilometer (124 batu) dari UAE dan tidak berkemungkinan untuk memberi kesan seismik ke atas Dubai.[16] Pakar juga meramalkan bahawa kemungkinan berlakunya tsunami di rantau ini adalah minimum kerana perairan Teluk Parsi tidak cukup dalam untuk mencetuskan tsunami. [17]
Lihat juga
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Area of Dubai". Imgur. Dicapai pada 19 Julai 2024.
- ^ "City of Dubai". Google Maps. Dicapai pada 19 Julai 2024.
- ^ "Area of Dubai". Google Maps Area Calculator Tool. Dicapai pada 19 Julai 2024.
- ^ a b "DSC Home". Dsc.gov.ae. Dicapai pada 19 Julai 2024.
- ^ "TelluBase—UAE Fact Sheet (Tellusant Public Service Series)" (PDF). Tellusant. Dicapai pada 19 Julai 2024.
- ^ "Population Bulletin" (PDF). Dubai Statistics Center, Government of Dubai. 2015. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 7 April 2019. Dicapai pada 19 Julai 2024.
- ^ .:: Dubai Trade ::., Dubai Trade
- ^ "Beirut Showing Signs of Recovery From Wounds of War". The New York Times. 26 May 1977. pg.2
- ^ Dubai. Carter, T and Dunston, L. Lonely Planet Publications
- ^ Sampler & Eigner (2008). Sand to Silicon: Going Global. UAE: Motivate. p. 15. ISBN 978-1-86063-254-9.
- ^ https://teknopedia.ac.id/wiki/Dubai
- ^ Sampler & Eigner (2008). Sand to Silicon: Going Global. UAE: Motivate. p. 15. ISBN 978-1-86063-254-9.
- ^ "Your Guide to Dubai". Guide to Working in Dubai. 16 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-15. Dicapai pada 16 October 2013.
- ^ Environmental Development and Protection in the UAE Archived 3 March 2016 at the Wayback Machine. Aspinall, Simon
- ^ "Historic population statistics" (PDF). Archived from the original (PDF) on 26 March 2009. Retrieved 31 July 2009.
- ^ Far enough from the fault lines. Archived 27 July 2012 at the Wayback Machine The National, 23 April 2008
- ^ Far enough from the fault lines. Archived 27 July 2012 at the Wayback Machine The National, 23 April 2008