Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Senario politik Parti Keadilan Rakyat 2008 dilihat lebih mantap, menyeluruh dan terancang ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 berbanding semasa menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang lalu. Jentera pilihan raya PKR dilihat telah bergerak lebih awal bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka pada tahun 2008.
Dalam pilihan raya kali ini, PKR berjaya berpakat dengan parti pembangkang lain agar perlawanan dua penjuru dapat diadakan. Tidak ada gunanya bertanding sesama sendiri dengan parti pembangkang yang lain. Walaupun kerjasama ini terhad kepada pemilihan calon semata-mata, tetapi impaknya cukup besar. Ini menunjukkan parti gabungan PKR-DAP-PAS dapat bekerjasama, setidak-tidaknya semasa pilihan raya.
Faktor Anwar Ibrahim
Ternyata ramalan PKR bahawa pilihan raya akan diadakan sebelum Anwar Ibrahim boleh menyertai pilihan raya, benar belaka. Jika Anwar Ibrahim dibenarkan bertanding dalam pilihan raya, keadaan mungkin jauh berbeza dan lebih berbahaya kepada Barisan Nasional. Parti Keadilan Rakyat berjuang dalam keadaan patah kaki, tempang, tanpa pemimpin karisma mereka.
Sebelum ini ada ura-ura membawa balik Anwar Ibrahim ke dalam UMNO terutama selepas Abdullah Ahmad Badawi membebaskan beliau dari penjara pada 2 September 2004. Mahathir Mohamad sendiri memberi isyarat-isyarat yang tidak merestui kemasukkan Anwar Ibrahim kembali ke dalam UMNO. Tetapi jika faktor Anwar Ibrahim terlalu kuat bagi UMNO, kemungkinan itu tetap ada. Lagipun bukan Anwar Ibrahim yang keluar dari UMNO, tetapi keahliannya digantung oleh Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Dr Mahathir Mohamad tidak merujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO.
Dalam kempen untuk anaknya Datuk Mukhris Mahathir di parlimen Jerlun, Kedah, Dr Mahathir Mohamad mengaku bahawa beliau bertindak ke atas Anwar Ibrahim tanpa sebarang kesalahan apa-apa. Ramai yang terkejut dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir ini, adakah datang dari hati yang ikhlas. Katanya : "Padahal dia (Anwar) tidaklah bersalah walau sedikit apa pun. Tetapi, yalah pada ketika itu sukar untuk kawal keadaan."
Pilihan raya 1999
Politik Malaysia menggelegak semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 berikutan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998. Pemecatan itu menghasilkan penubuhan Parti Keadilan. Parti Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia yang dipimpin oleh Dr. Syed Hussin Ali.
Gelombang Reformasi 1998 memberi keuntungan kepada PAS kerana Terengganu jatuh kepada PAS untuk tempoh satu penggal sahaja (1999-2004). PAS gagal mempertahankan kerajaan Terengganu berbanding dengan di Kelantan. Tokoh politik dan cerdik pandai PAS enggan berkongsi kuasa dengan Keadilan dan DAP bagi membangunkan Terengganu.
Pilihan raya 2004
Dalam pilihan raya 2004, PKR hanya menang satu kerusi sahaja iaitu di parlimen Permatang Pauh - kubu kuat bagi Anwar Ibrahim. Permatang Pauh di Pulau Pinang merupakan kawasan majoriti Melayu dan mempertaruhkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon. Beliau berjaya menumbangkan calon payung terjun daripada Barisan Nasional - UMNO iaitu Ustaz Pirdaus Ismail - bekas imam besar Masjid Negara.
Semua calon PKR yang lain tewas kepada Barisan Nasional. Antaranya ialah Mustaffa Kamil Bin Ayub, Saifuddin Nasution dan Gobalakrishnan A/L Nagapan.
Peluang PKR menang
Pemimpin pusat daripada Barisan Nasional berkampung di Permatang Pauh bagi memastikan kubu terakhir Parti Keadilan Rakyat itu terkubur. Ini termasuklah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein. Tahun 2004, Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti kecil 590 undi sahaja. Ini bermakna Permatang Pauh bukan kerusi selamat bagi Parti Keadilan Rakyat.
Bendahari PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak bertanding di DUN Ijok, Selangor. Sebaliknya beliau bertanding di parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menentang calon Barisan Nasional - MCA, Datuk Seri Tan Chai Ho. Dalam pilihan raya kecil DUN Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim tewas kepada calon MIC, Cikgu K.Parthiban.
Anak Anwar Ibrahim sendiri, Nurul Izzah dipertaruhkan di kawasan parlimen Lembah Pantai menentang Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Senarai calon PKR 2008
Berikut ialah senarai penuh calon dari PKR yang menyertai Pilihan Raya Umum Malaysia 2008.