Padang Rengas | |
|---|---|
Padang Rengas (1910) | |
| Koordinat: 4°46′22″N 100°51′02″E / 4.772677°N 100.850591°E | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perak |
| Daerah | Kuala Kangsar |
| Mukim | Kampong Buaya |
| Kawasan parlimen | Padang Rengas |
| Kawasan negeri | Lubok Merbau |
| Pentadbiran | |
| • Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Kuala Kangsar |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak digunapakai) |
| Poskod | 33700 |
| Kod kawasan | +605 |
| Plat pendaftaran kenderaan | A |
Padang Rengas merupakan pekan di Daerah Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Secara pentadbiran, Padang Rengas merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang membentuk Mukim Kampong Buaya, iaitu satu daripada sembilan mukim dalam Daerah Kuala Kangsar.[1][2] Poskod bagi Padang Rengas ialah 33700 Padang Rengas.
Sejarah
Nama Padang Rengas dikatakan diambil dari nama pokok rengas yang banyak tumbuh di kawasan ini satu ketika dahulu.
Kedudukan
Kedudukan Padang Rengas berada pada bahagian barat Daerah Kuala Kangsar, menghampiri Daerah Larut, Matang dan Selama. Dalam pecahan pentadbiran yang lebih kecil iaitu mukim, Padang Rengas terletak pada bahagian tengah Mukim Kampong Buaya. Padang Rengas secara fizikalnya terletak di Jalan Ipoh–Butterworth yang merupakan sebahagian daripada penjajaran Laluan Persekutuan Malaysia 1 di Daerah Kuala Kangsar, Pada sebelah selatan Padang Rengas, pekan ini dibatasi oleh Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara yang menuju ke persimpangan Changkat Jering ke sebelah utara dan persimpangan Kuala Kangsar ke sebelah selatan.[1]
Pada sebelah tenggara Padang Rengas, Sungai Kangsar mengalir ke Sungai Perak. Pada sebelah timur laut pula, Sungai Keruh mengalir ke Sungai Kangsar. Beberapa anak sungai terbentuk di sepajang aliran air Sungai Keruh ke muara seperti Sungai Papan, Sungai Ati dan Sungai Paya Renggam. Pada sebelah barat Padang Renggas, terdapat sebuah bukit iaitu Bukit Berapit.[1]
Kemudahan asas
- Stesen keretapi Padang Rengas – sebuah stesen kereta api yang menyediakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad bagi Laluan 1 bagi KTM Komuter Sektor Utara dari stesen keretapi Ipoh ke stesen keretapi Butterworth dan sebaliknya, melewati stesen ini.
- Kolej Vokasional Kuala Kangsar – sebuah kolej vokasional
- Sekolah Kebangsaan Tun Dr Ismail – sebuah sekolah kebangsaan yang menyediakan askes pendidikan rendah bagi kanak-kanak Padang Rengas dan sekitarnya.[3]
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak – sebuah sekolah menengah kebangsaan yang menyediakan akses pendidikan menengah bagi remaja Padang Rengas dan sekitarnya.[3]
- Sekolah Kebangsaan Perempuan Padang Rengas – sebuah sekolah perempuan.[3]
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Khiu Min – sebuah sekolah vernakular Cina.[3]
- Masjid Al-Hadri – institusi keagamaan bagi masyarakat Islam di Padang Rengas
Rujukan
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 1 Disember 2024. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Perak Darul Ridzuan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ a b c d "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.








