Tambun berada didalam mukim Hulu Kinta, daerah Kinta dan terletak berdekatan dengan bandaraya Ipoh, Perak, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang kini menjadi kawasan perdagangan, perniagaan dan perindustrian serta pelancungan yang penting di Perak.
Bandar baru Tambun dibina sekitar tahun 1990. Bandar Baru Tambun terletak berdekatan dengan Bercham, Taman Canning, Ipoh Garden, Jalan Tambun, Jalan Harimau (Tiger Lane), Hospital Pantai Putri, AEON MALL Kinta City dan pasar raya hiper Lotus's.
Jalan Tambun menghubungkan bandar Ipoh dengan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. Di sebelahnya ialah Taman Perpaduan. Di sini juga terdapatnya kem tentera iaitu Kem Syed Putra.
Antara lokasi yang menarik di Tambun adalah Gua Tambun dan taman tema Lost World of Tambun.
Sejarah dan tragedi
Disebalik keindahan alam dan juga pembangunan pesat, Tambun didalam diam menyimpan beberapa rahsia besar yang melibatkan beberapa pemimpin kanan kerajaan Persekutuan semenjak tahun 1960an lagi. Rahsia-rahsia tersebut masih relevan hari ini dan sering digunakan sepanjang zaman, dari semasa ke semasa oleh mereka-mereka yang mengejar pangkat dan kedudukan. Mereka saling berebut kuasa sesama mereka dan gerakan kapitalisme elit tanahair telah menyaksikan bahawa percakaran itu bermula diantara Pasukan A dan Pasukan B. Segala-galanya kerana masing-masing terliur melihat hartanah-hartanah warisan yang tergantung dan terbiar akibat pertikaian, ketidak-tahuan dan salah fahaman yang timbul selepas disempurnakan oleh Raja-Raja dan anak-anak Raja.[1]

Kerana itulah ramai sejarahwan hari ini tidak berani untuk menyentuh sama sekali sejarah sebenar bumi Tambun. Paling menyedihkan, ianya juga telah membaculkan waris-waris kepada orang-orang asal yang telah meneroka dan memajukan Tambun. Mereka hilang jati diri mereka, tidak lagi relevan, dihina dan diperbodohkan sehingga menjadi papa kedana (bodoh tegar), menjadi pekak dan bisu diatas bumi yang dibangunkan oleh leluhur mereka sendiri. Mereka yang oportunis, tergamak menjadi tali barut, pandai membolot rahsia, pandai bermain silap mata, pandai berlakun dan pandai bermuka-muka dengan saudara-mara yang tidak tahu apa-apa pula mengumpul pelbagai harta dan menjadi semakin kaya-raya.[1]

Sekiranya para sarjana yang berani mati, yang mahu mencari bahan kajian yang eksplosif dan ingin mengkaji bagaimana kerakusan sistem kasta dan feudalisme Melayu yang indah khabar dari rupa menghancurkan sesebuah keluarga tanpa sebarang rasa segan dan silu, turun berkampunglah di Tambun selama beberapa bulan kerana disini ada segalanya. Seorang waris hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang sangat mengalu-alukan kedatangan mereka dan berikut adalah kata-kata aluan daripada beliau: "Welcome to the perfect storm!".[1]
Dato Kulup Lembang, pengasas Tambun?
Dikatakan bahawa Tambun diasaskan atau dipelopori oleh seorang hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang (penyelenggara tanah dan tapak Masjid Warisan Al-Khairiah) tetapi menurut salah seorang waris keturunannya, dakwaan tersebut kekurangan bukti yang menyokongnya.[1]
Malah menurut warisnya lagi, bekas Panglima Kinta Zainal Abidin yang mempunyai sejarah yang sengaja digelapkan di Teluk Bakong lebih layak dinobat dan ditabalkan sebagai pembuka dan pengasas Tambun. Ada sesuatu yang menarik yang boleh diperkatakan mengenai kedudukan Kampung Teluk Bakong, ianya terletak hanya 14.5 km dari arah selatan persimpangan Jalan Kulup Lembang.[1]
Dato Kulup Lembang membunuh salah seorang isterinya kerana cemburu buta?
Walaupun benar Kulup Lembang itu bekas Dato atau pernah bergelar Dato tetapi beliau bukanlah Dato yang membunuh salah seorang isterinya kerana menurut rasa cemburu yang membabi-buta. Tidak, Kulup Lembang bukanlah Dato tersebut.[1]
Sesuatu yang lebih wajar dipersoalkan adalah diri batang tubuh Dato yang membunuh salah seorang isterinya itu. Apakah beliau yang khabarnya kuat sembahyang berjemaah dan kes pembunuhan itu sudah dibawa ke muka pengadilan dan dibicarakan dihadapan hakim yang adil lagi bijaksana?[1]
Gunung Datok yang sebenar
Hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang itu juga membesarkan beberapa keluarga beliau dikaki Gunung Datok yang mempunyai kaitan sejarah silam dengan Menteri Ngah Ibrahim yang secara amnya lebih terkenal di Larut.[1]
Gunung Datok, bukan Gunung Gantang
Gunung Datok tidak pernah diberi nama Gunung Gantang. Malah, tidak pernah wujudnya Gunung Gantang di Kinta atau pun Batang Padang. Pendaki-pendaki gunung yang mengejar pangkat dan kedudukan yang tinggi altitudnya sewajarnya belajar cara-cara membaca dan menggunakan kompas dan peta dengan kaedah yang betul agar tidak sesat didalam pendakian dimasa hadapan.[1]
Lubuk pemburuan disekitar Gunung Ayer Hangat

Gunung Ayer Hangat hanya terletak 2 km diutara Gunung Datok. Kekayaan flora dan fauna disitu rupanya telah lama mencuri perhatian bekas Panglima Kinta Zainal Abidin. Pada tahun 1882, bekas Panglima Kinta itu pernah berjanji kepada Sir Frederick Weld untuk membawa beliau memburu badak sumbu yang gagah, cantik dan gebu dikawasan mata air panas yang terletak disekitar Gunung Ayer Hangat apabila Tuan Weld melawat Kinta sekali lagi.[1]
Tempat turun dan bermain Ngah Jabor?
Menurut orang-orang tua Tambun, suatu masa dahulu Tambun merupakan tempat turun bermainnya Ngah Jabor setelah beliau penat dan bosan bersembunyi ditempat persembunyiannya.[2]
Kepadatan kaum kerabat Ngah Jabor di Tambun
Seorang waris Kulup Lembang tidak menolak atau menerima sepenuhnya dakwaan tersebut. Ini adalah kerana terdapat bukti yang menunjukkan bahawa cucu saudara dan juga cicit-cicit saudara Ngah Jabor pernah memiliki sebahagian daripada Lot 28518, sebidang hartanah bernilai jutaan ringgit Malaysia mengikut penilaian terkini, yang terletak dikaki Gunung Datok, kawasan dimana Kulup lembang turut membesarkan beberapa keluarga beliau. Malah menurut waris Kulup Lembang itu lagi, Tun Hanif Omar yang merupakan cucu Ngah Jabor, pernah mengakui bahawa beliau mempunyai ramai saudara-mara di Tambun. Waris Kulup Lembang itu juga dengan sukacita memaklumkan bahawa penyandang gelaran Orang Kaya Kaya Maharaja Lela Tanjana Putra yang dihidupkan semula pada 1hb Oktober 2024 adalah juga waris Ngah Jabor, anak sepupu Tun Hanif Omar sendiri.[1]
Kulup Lembang adalah juga Ngah Jabor?
Oh tidak! Hartawan perlombongan misteri yang berselindung disebalik nama samaran Kulup Lembang bukanlah Ngah Jabor. [1]
Ngah Jabor tidak pernah mewarisi atau diberi gelaran Dato. Walaupun begitu, Ngah Jabor pernah ditawarkan gelaran Panglima Kampar tetapi beliau menolaknya. Semasa beliau berumur belasan tahun, kelibat Ngah Jabor sering kelihatan dikediaman Dato Sagor di Kampung Gajah dan juga dikediaman Dato Maharaja Lela di Pasir Salak. Kedua-dua Orang Besar Lapan itu, termasuk juga bekas Panglima Kinta Zainal Abidin, telah dinamakan oleh pihak British sebagai orang-orang kanan sebuah kongsi gelap Melayu yang diberi nama Bendera Merah.[1]
Ngah Jabor rapat dan dipercayai oleh Kulup Lembang?
Menurut beberapa orang-orang tua Tambun, Ngah Jabor bukan sahaja kontemporari malah rapat dan juga dipercayai oleh Kulup Lembang.[2]
Dakwaan seperti yang disebut diatas bukanlah sesuatu yang baru. Adika Raja Wan Mohamed Salleh juga turut didakwa oleh sesetengah pihak sebagai seorang yang rapat dan dipercayai oleh Kulup Lembang. Rekod-rekod rasmi menunjukkan bahawa Adika Raja Wan Mohamed Salleh pernah mengutip sewa bagi pihak Kulup Lembang, seorang hartawan perlombongan misteri yang mempunyai pelbagai hartanah.[1]
Terpulanglah kepada waris-waris Kulup Lembang untuk mengenal pasti identiti sebenar anak angkat kesayangan yang kaya-raya serta menimbun kekayaan baru dari pembalakan di Sarawak. Begitu juga cucu kesayangan yang turut menjadi kaya-raya. Kedua-duanya dikatakan begitu rapat dan dipercayai oleh Kulup Lembang suatu masa dahulu.[1]
Terpulanglah juga kepada waris-waris Kulup Lembang untuk meminta bantuan daripada beberapa orang waris keturunan Panglima Kinta yang telah berhijrah ke Brunei, Sabah dan Sarawak. Tidak dinafikan bahawa sebuah pesawat jet eksekutif sudah tentu akan memudahkan para waris merancang perjalanan dan menyiapkan kajian ilmiah pada masa hadapan.[1]
Migrasi penduduk Kampar ke Tambun
Waris Kulup Lembang yang sama juga turut melahirkan rasa kehairanan (berpura-pura bodoh?) beliau terhadap jumlah perpindahan penduduk yang agak ketara dari Kampar (atau pernah menabur jasa di Kampar) ke Tambun suatu masa dahulu. Malah katanya mantan Ketua Bahagian UMNO Kampar juga akhirnya menetap di Tambun.[1]
Uda Johan yang membunuh dan dibunuh
Pada 31hb Mac 1891, suatu peristiwa yang tragis lagi menggemparkan negeri telah berlaku di Tambun.[1]

Uda Johan telah menikam dan membunuh sepupunya sendiri yang bernama Kulop Brahim dengan menggunakan sebatang lembing sehingga menembusi jantungnya kerana percaya sepupunya telah bersedap-sedapan dan berzina dengan isterinya. Menurut Lieutenant C. C. Reid yang menyiasat kes tragis ini, Uda Johan kemudiannya telah dibunuh pula oleh saudara-saudara terdekat mereka. Uda Johan mati ditikam dengan sebilah keris dibahagian perutnya dengan tusukan yang sangat dalam sehingga sampai ke bahagian hulu keris.[1]
Kulop Noman yang terlanjur merompak

Kulop Noman, anakanda kepada Panjang Seman, adalah satu lagi nama besar didalam lipatan sejarah Tambun. Malangnya beliau yang juga merupakan menantu Uda Johan telah terlibat dengan kegiatan rompakan berkumpulan yang terkenal bermaharajalela di Tambun. Beliau akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibicarakan dihadapan Tuan Edward John Brewster dan Dato Panglima Kinta Yusof. Sebagai hukuman, Kulop Noman telah dijadikan sebagai buruh tahanan dan serta-merta dikerah membuat kerja-kerja kasar dan berat selama tiga tahun pada bulan Oktober tahun 1888.[1]
Anak Raja yang berkenan turun melawat
Sering diceritakan oleh orang-orang tua di Tambun bahawa kemisterian Kulup Lembang itu suatu masa dahulu telah mencuri perhatian seorang anak Raja yang mempunyai kontroversi-kontroversi tersendiri. Beliau sering turun padang melawat Tambun dan melontar soalan berikut secara spontan kepada sesiapa sahaja yang beliau temui didalam lawatan beliau: "Siapakah Tok Lembang?".[2]

Anak Raja itu sering ditemani oleh seorang rakan karib beliau yang juga merupakan seorang kakitangan Pejabat Tanah & Galian Perak yang beristerikan seorang jurulatih pasukan bola jaring kebangsaan yang juga seorang kakitangan agensi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Rakan karib anak Raja itu juga pernah terkenal dan nama beliau turut menjadi bualan peminat-peminat berita sensasi negara suatu masa dahulu. Khabarnya rakan karib anak Raja itu juga merupakan cicit kepada seorang Mufti yang terkenal dizaman lindungan British dahulu.[2]
Hari ini keanehan pekerti dan perilaku anak Raja itu dahulu masih diperkatakan dan menjadi tanda-tanya kepada penduduk Tambun. Apakah beliau sememangnya tidak tahu akan identiti sebenar Kulup Lembang atau apakah beliau berpura-pura buat tidak tahu dan hanya mahu merisik dan mengenal pasti siapa lagi yang tahu akan rahsia besar yang disimpan oleh tokoh hartawan perlombongan misteri itu. Orang-orang tua di Tambun juga turut tertanya-tanya apakah anakanda-anakanda dan cucunda-cucunda kepada anak Raja itu tahu dan sedar akan asal-usul mereka.[2]
Siapakah anak Raja itu kepada Kulup Lembang? Apa mungkinkah beliau sebenarnya waris Kulup Lembang?[2]
Begitulah rupa dan bentuk persoalan yang sering bermain dibenak fikiran penduduk Tambun hari ini.[1]
Peribahasa-peribahasa unik di Tambun
Mereka yang baharu tiba di Tambun lambat-laun akan mendengar sebuah peribahasa Melayu yang berbunyi "Apabila anak Raja turun bertanya." Peribahasa tersebut biasa digunakan oleh orang-orang tua Tambun apabila mereka menasihati sesama mereka dan juga anak-anak muda. Peribahasa Melayu itu unik kerana tidak diguna pakai oleh masyarakat diluar Tambun.[2]
Seorang waris Kulup Lembang berpendapat peribahasa Melayu itu besar kemungkinan berasal daripada peristiwa yang dikaitkan dengan anak Raja yang sama, anak Raja yang suatu masa dahulu sering turun melawat Tambun lalu bertanyakan tentang identiti sebenar seorang hartawan perlombongan misteri yang dikenali dengan nama samaran Kulup Lembang.[1]
Terdapat juga sebuah lagi peribahasa Melayu yang unik kerana ianya hanya diguna pakai di Tambun. Peribahasa ini berbunyi "Apabila anak Raja datang meminang.". Malangnya asal-usul peribahasa tersebut tidak dapat dipastikan dengan jelas. Orang-orang tua Tambun hanya membisikkan bahawa waris-waris Kulup Lembang yang menetap di Tambun lebih arif mengenai asal-usul peribahasa tersebut namun mereka enggan memberikan sebarang penjelasan. Ini adalah kerana mereka masih memegang erat bai'ah yang telah dimaterikan oleh leluhur Demang Lebar Daun ratusan tahun dahulu. Kononnya tempat termaterinya bai'ah bersejarah itu terletak ditapak lokasi yang hari ini dikenali sebagai Kelab Polo Iskandar, Ipoh, tetapi ini mungkin hanya suatu bentuk gurauan senda orang-orang tua Tambun yang sengaja mengusik anak-anak muda.[2]
Wakil Rakyat
2022 - DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENANG MENEWASKAN PEJA. REFORMASI DI TAMBUN MEMBENARKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI KE-10 MALAYSIA.
Kawasan Parlimen P 63 Tambun mempunyai (65,219) pengundi, kaum Melayu : 63.34% Cina : 23.46% India: 11.73% Lain: 1.49%
- Dalam pilihan raya 1999 , Suruhanjaya Pilhanraya (SPR) mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh : Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dari (Barisan Nasional - UMNO ) dengan majoriti sebanyak 7,084
- Dalam pilihan raya 2004 ,Dato' Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dari (Barisan Nasional - UMNO )menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari parti ( PAS ) Jumlah Undi:14464 . Majoriti.pengundi :17360 , Jumlah Undi : :47568 , Undi Rosak : 1280 dan % Mengundi ialah : 72.93