Penampang | |
---|---|
Etimologi: Perkataan ‘Pampang’ yang bermaksud ‘Batu’ dalam bahasa Kadazan | |
Koordinat: 5°55′00″N 116°07′00″E / 5.91667°N 116.11667°EKoordinat: 5°55′00″N 116°07′00″E / 5.91667°N 116.11667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pantai Barat, Sabah |
Majlis Perbandaran | 1 April 2024 |
Pusat pentadbiran | Donggongon |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Perbandaran Penampang |
• Pegawai Daerah | Francis Chong Yu Sing |
• Penolong Pegawai Daerah | Roslan Bin Lampakas |
• MP | Ewon Benedick (PH - UPKO) (Penampang) |
Keluasan | |
• Jumlah | 467 km2 (180 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 162,174 |
• Kepadatan | 350/km2 (900/batu persegi) |
Zon waktu | MST |
Poskod | 88xxx 89xxx |
Kod kawasan | 088 |
Nombor plat | SA (1980-2018) SY (2018-2023) SJ (2023-) |
Laman sesawang | [1] |
Penampang merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, barat negeri Sabah, Malaysia. Daerah Penampang merupakan daerah ketiga terkecil di Sabah. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Pekan Donggongon. Antara pekan lain yang terletak di daerah ini termasuklah Kasigui. Daerah ini juga terkenal sebagai pusat penempatan dan kebudayaan kaum Kadazandusun.
Etimologi
Nama "Penampang" dipercayai berasal daripada nama salah sebuah kampung yang terawal di daerah itu, iaitu Kampung Penampang yang terletak di tepi Sungai Moyog/Petagas. Nama "Penampang" berasal daripada perkataan Bahasa Kadazan "pampang" yang bermaksud "batu besar". Hal ini kerana pada masa itu terdapat banyak batu besar di kampung tersebut. Lama-kelamaan sebutan "pampang" bertukar menjadi Penampang.[2]
Sejarah
Pada tahun 1958, sebuah pihak berkuasa tempatan telah ditubuhkan bagi mentadbir kawasan daerah Penampang iaitu Majlis Daerah Luar Bandar Jesselton. Pada tahun 1966, Majlis Daerah Luar Bandar Jesselton telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu. Pada tahun 1978, nama Majlis Daerah Luar Bandar Kota Kinabalu ditukar pula ke Majlis Daerah Penampang.
Pada 18 Mac 1997, sebuah daerah kecil telah ditubuhkan di daerah Penampang iaitu Daerah Kecil Putatan. Pada 30 April 2011, Putatan secara rasmi berpisah dari Daerah Penampang dan menjadi sebuah daerah penuh.[3]
Pentadbiran
Daerah Penampang berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Penampang. Pusat pentadbiran dan ekonominya terletak di Pekan Donggongon. Daerah Penampang juga dibahagikan kepada sembilan mukim;
- Mukim Bahang
- Mukim Donggongon
- Mukim Inobong
- Mukim Kepayan
- Mukim Kobusak
- Mukim Maang
- Mukim Moyog
- Mukim Penampang Baru
- Mukim Sugud
Dari segi politik, Penampang berada di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Kapayan dan Moyog yang terletak di bawah Parlimen Penampang.
Geografi
Daerah Penampang terletak di pesisir pantai barat negeri Sabah. Daerah Penampang juga bersempadan dengan;
- Daerah Kota Kinabalu di utara
- Daerah Tuaran di timur
- Daerah Tambunan di selatan
- Daerah Papar di barat daya
- Daerah Putatan di barat
Bentuk muka bumi bagi Daerah Penampang kebanyakannya ialah berbukit bukau dengan sebahagian kecil sahaja kawasannya memiliki kawasan tanah rendah kerana lokasinya yang terletak dalam kawasan Banjaran Crocker. Titik tertinggi di Daerah Penampang ialah Gunung Noimuhan dengan ketinggian 1,431 meter, Sungai terpanjangnya pula ialah Sungai Moyog.
Demografi
Tahun | Pend. | ±% |
---|---|---|
2000 | 86,621 | — |
2010 | 125,913 | +45.4% |
2020 | 162,174 | +28.8% |
Sumber: [4] |
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Penampang ialah seramai 162,174 orang dengan kepadatan penduduk 350 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[5] Majoriti penduduk di daerah Penampang merupakan Bumiputera termasuklah etnik Kadazandusun, Bajau dan Melayu.[1]
Status | Bangsa | Jumlah |
---|---|---|
Warganegara | Melayu | 12,645 |
Bumiputera lain | 95,887 | |
Cina | 33,104 | |
India | 517 | |
Lain-lain | 1,689 | |
Bukan warganegara | - | 18,332 |
Jumlah | 162,174 |
Jantina
Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Penampang pada tahun 2020 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[5] | |||
---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah |
2020 | 85,808 | 76,366 | 162,174 |
Agama
Di daerah Penampang, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 51 peratus diikuti agama Islam sebanyak 33 peratus dan agama Buddha sebanyak 14 peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1] Majoriti penganut Kristian di Penampang mengikut aliran Gereja Katolik.
Penampang adalah salah satu daripada tempat yang paling penting bagi Gereja Roman Katolik misi awal di Borneo Utara. Misi Asing Persatuan St. Joseph Mill Hill, sebuah pertubuhan misi Katolik Roman, mula kerja-kerja dakwah awal di Papar, Penampang dan Sandakan dalam tahun 1880-an awal. Pada tahun 1927, Penampang menjadi pusat aktiviti penyebaran di Borneo Utara dan Labuan apabila Mgr. A. Wachter telah dilantik sebagai Pengawas Apostolic dan kemudiannya dilantik sebagai misi Penampang sebagai ibu pejabat beliau. Kerja-kerja misi sudah pasti pemangkin penting bukan sahaja dalam penyebaran agama di kalangan penduduk berasal dari Penampang tetapi juga dalam menyediakan pendidikan.
Kawasan tarikan pelancong
Kampung Budaya Monsopiad ialah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di Penampang. Monsopiad ialah nama seorang pahlawan terkenal yang memenggal kepala musuhnya dan menggantungkan tengkorak-tengkorak tersebut di halaman rumahnya sebagai amaran kepada musuh-musuhnya yang lain.
Budaya
Makanan tempatan
Terdapat beberapa juadah makanan tradisional penduduk Penampang yang sehingga kini disediakan di restoran-restoran di sekitar daerah ini. Antaranya ialah:
- Butod (sejenis ulat Rumbia)
- Pulut Tapai (sejenis pemanis mulut)
- Pinarasakan Sada (Basungan)
- Bosou (sejenis pembuka selera / Appetitizer)-diperbuat melalui penjerukan nasi dan ikan atau daging atau lemak haiwan atau udang.
- Nonsom Bambangan
- Hinava (isi ikan yang diperah dengan limau nipis dan digaul bersama dengan bawang)
- Tuhau (diperbuat daripada dahan lembut lengkuas dan diperam bersama udang bubuk dan cuka)
- Hinompuka (kuih muih tradisional)
- Tinonsok Hindung (lauk belut sawah)
- Tinonsok Siput Sosop (rebusan siput sungai)
- Tinonsok soko om landoi (rebung yang dimasak dengan berudu)
- Bundu (sejenis buah buahan yang jarang ditemui dan kebanyakkannya di hutan Penampang)
- Tinimbu Wogok (bubur khinzir)
- Tinimbu Kodop (bubur dicampur dengan kulat pokok)
- Linugu Bakas (Babi Hutan yang dipanggang)
Pautan luar
- Laman web rasmi Majlis Daerah Penampang
- Pewujudan Pusat Pentadbiran Daerah Penampang
- Kategori berkenaan Daerah Penampang di Wikimedia Commons
Rujukan
- ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ "Mengenai Daerah Penampang". Majlis Daerah Penampang. Dicapai pada 18 April 2024.
- ^ "Latar Belakang". Majlis Daerah Penampang. Dicapai pada 18 April 2024.
- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
- ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-11-13. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13