Bandar Tun Razak atau Bandar Tun Abdul Razak dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak.
Terdapat tiga bandar di Malaysia yang berkongsi nama Bandar Tun Razak:-
- Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur - sebuah kawasan perumahan utama di Kuala Lumpur.
- Bandar Tun Abdul Razak, Keratong - sebuah bandar utama yang diwujudkan di FELDA Gugusan Keratong di tenggara Pahang. Nama asalnya ialah Bandar 22.
- Bandar Tun Razak, Jengka - sebuah bandar utama yang diwujudkan di FELDA Gugusan Jengka di kawasan tengah Pahang, sebelum ini dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka.