Lor mee | |
---|---|
Lor mee yang dijual di Bukit Batok, Singapura | |
Jenis | Makanan ![]() |
Jenis sajian | Hidangan utama |
Tempat asal | China[1] |
Kawasan/rantau | China, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand |
Bahan utama | mi kuning leper tebal, ngo hiang, kek ikan, ikan, ladu daging bulat dan leper (biasanya ayam atau daging babi), separuh telur rebus, kuah pekat |
Hidangan serupa | Lomi |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Lor mee (Hokkien Bahasa Cina: 滷麵; Pe̍h-ōe-jī: ló͘-mī, Bahasa Mandarin Cina ringkas: 卤面; Cina tradisional: 滷麵; pinyin: lǔmiàn; secara harfiah: "mi kuah pekat kicap soya") ialah sejenis hidangan mi masakan Hokkien dari Zhangzhou yang dihidangkan dengan kuah pekat berkanji. Pelbagai variasi hidangan ini juga dimakan oleh masyarakat Hokkien (penutur Min Nan) di Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Di Filipina, varian tempatan dikenali sebagai Lomi atau Pancit Lomi.
Kuah pekat ini diperbuat daripada kanji jagung, rempah, daging, makanan laut dan telur. Bahan-bahan yang biasanya ditambah ke dalam mi termasuk ngo hiang, kek ikan, ikan, ladu daging bulat dan leper (kebiasaannya ayam atau daging babi), separuh telur rebus, serta bahan lain bergantung kepada gerai dan harga yang dibayar. Cuka dan bawang putih boleh ditambah sebagai pilihan. Lor mee boleh dihidangkan bersama cili merah. Versi tradisional turut mengandungi cebisan ikan goreng sebagai hiasan, namun versi ini kini jarang dihidangkan oleh gerai.

Dalam masakan Putian, lor mee ialah hidangan yang lebih ringan dan biasanya disediakan dengan kurang kanji serta menggantikan daging dengan makanan laut.
Lumian Henan
Dalam masakan Henan di tengah China, aksara yang sama (Cina: 河南卤面; pinyin: Hénán lǔmiàn) digunakan bagi hidangan yang tidak berkaitan, iaitu mi gandum yang secara tradisinya disediakan melalui proses rumit yang melibatkan pengukusan, menggoreng dan kemudian mengukus semula.[2]
Walaupun begitu, kesemuanya dianggap berasal daripada lor mee (卤面), iaitu makanan ruji dalam masakan Fujian.
Rujukan
lor mee adalah makanan cina