Anuar Abdul Manap | |
|---|---|
| أنور عبدالمناف | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Pemanis | |
| Menyandang jawatan 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | Chong Fat Full (PN–BERSATU) |
| Majoriti | 4,187 (2022) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Sekijang | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Baharum Mohamed (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Natrah Ismail (PH–PKR) |
| Majoriti | 3,007 (2013) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Anuar bin Abdul Manap 30 Disember 1976 |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) Muafakat Nasional (MN) |
| Pasangan | Zaleha Yahya |
| Anak | 4 |
| Kediaman | |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Anuar bin Abdul Manap merupakan seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dalam gabungan Barisan Nasional (BN) di Malaysia. Anuar juga pernah menjadi Ahli Parlimen bagi Sekijang di Johor dari 2013 hingga 2018.[1]
Zaman awal
Beliau dilahirkan di Kampung Layang-layang, Kluang, Johor pada 30 Disember 1976. Keluarganya kemudian berpindah ke Felda Pemanis, Segamat, Johor dan beliau dibesarkan di sana.
Pendidikan
Anuar memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah LKTP Felda Pemanis pada tahun 1982. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Segamat pada tahun 1988. Pada tahun 1991, beliau meneruskan pengajian Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap, Segamat.
Pada tahun 1993, beliau menyertai Sal Group of College bagi mengikuti kursus Diploma dalam Teknologi Maklumat dan seterusnya pada tahun 1995 melanjutkan pengajian ke Universiti Charles Sturt, Australia untuk memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat.
Politik
Dalam Pilihan raya umum 2013 (PRU13), beliau menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Julailey Jemadi dengan majoriti 3,007 undi untuk memenangi kerusi Parlimen Sekijang.
Dalam pilihan raya umum 2018 (PRU14), beliau telah dipilih oleh UMNO sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi DUN Kemelah namun tewas.
Dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, beliau memenangi kerusi Pemanis dengan majoriti sebanyak 4,187 undi.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Zaleha binti Yahya dan Siti Nurasmah binti Osman serta dikurniakan empat orang anak.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | P141 Sekijang | Anuar Abdul Manap (UMNO) | 19,934 | 54.08% | Julailey Jemadi (PKR) | 16,927 | 45.92% | 37,519 | 3,007 | 87.12% | ||
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N04 Kemelah | Anuar Abdul Manap (UMNO) | 8,481 | 42.83% | Sulaiman Mohd Nor (AMANAH) | 10,836 | 55.04% | 19,687 | 2,355 | 84.60% | ||
| 2022 | N03 Pemanis | Anuar Abdul Manap (UMNO) | 8,678 | 53.43% | Yoong Thau (PKR) | 4,491 | 27.65% | 16,241 | 4,187 | 54.28% | ||
| Uzzair Ismail (BERSATU) | 3,825 | 23.55% | ||||||||||
| Azita Amrin (PEJUANG) | 247 | 1.52% | ||||||||||
Anugerah
Malaysia
Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia (J.S.M.) (2024)[9]
Rujukan
- ^ MP profile
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
- ^ "Bekas Adun Cheka Ketuai 288 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan". Bernama. 4 Januari 2024. Dicapai pada 29 September 2024.









