Tokong Tian Hou Gong 天后宮 | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Kuala Terengganu |
Koordinat geografi | 5°19′48.67″N 103°7′57.609″E / 5.3301861°N 103.13266917°EKoordinat: 5°19′48.67″N 103°7′57.609″E / 5.3301861°N 103.13266917°E |
Agama | Taoisme |
Daerah | Daerah Kuala Terengganu |
Negeri | ![]() |
Negara | ![]() |
Penerangan seni bina | |
Jenis seni bina | Tokong |
Tokong Tian Hou Gong atau Tien Hou Kong (Cina: 天后宮)[2] ialah sebuah tokong terletak di Jalan Balik Bukit utara Kampung Cina Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.[3]
Tokong ini dinamakan sempena dewi yang disembah utama di sana iaitu Mazu, seorang pawang dari Fujian yang disembah masyarakat setempat sini.[1]
Sejarah
Tokong ini dibina para imigran Hainan untuk memuja Shui Wei Sheng Niang (水尾圣娘) yang dipercayai terjumpa dalam suatu bangkai kapal jong yang tersadai di pantai Terengganu.[4] Tempat ini pernah menjadi tumpuan utama keluarga yang tinggal sepanjang tebing Sungai Terengganu.[1] Ia juga menjadi pelopor Persatuan Hainan (Qiongzhou Huiguan).[4] Bangunan kuil itu kemudiannya dibina pada tahun 1895 untuk kedua-dua penyembah dan persatuan.[4] Kebanyakan strukturnya dibina dengan bahan yang dibawa masuk dari China dengan bangunan itu siap pada tahun berikutnya.[1]
Pada tahun 2003, tanah kuil itu hampir diambil alih oleh kerajaan negeri Terengganu di bawah pentadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk projek pengindahan tepi pantai tetapi telah diterbalikkan berikutan bantahan besar penduduk setempat.[5][6]
Ciri dalaman
Kuil ini mempunyai tiga mezbah di dewan utamanya dengan dua papan roh nenek moyang yang didedikasikan untuk jiwa yang mengembara dan 108 penduduk kampung berani yang kehilangan nyawa mereka dalam suatu perang yang berlaku pasa zaman dahulu.[1] Patung dewi Mazu dan Shui Wei Sheng Niang menduduki altar tengah manakala di sebelah kanan dikhaskan kepada Guan Yu dan Fude Zhengshen.[1][6]
Rujukan
- ^ a b c d e f Alan Teh Leam Seng (13 February 2019). "Cultural melting pot in Kampung Cina". New Straits Times. Dicapai pada 19 March 2019.
- ^ "Kampong China [China Town]" (PDF). Tourism Terengganu. m/s. 12, 13/52. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 March 2019. Dicapai pada 19 March 2019.
It is also home to two grand temple or toapekongs, the Ho Ann Kiong and the Tien Hou Kong.
- ^ "ChinaTown". Tourism Terengganu. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 March 2019. Dicapai pada 19 March 2019.
- ^ a b c Chee-Beng Tan (11 February 2013). Routledge Handbook of the Chinese Diaspora. Routledge. m/s. 420–. ISBN 978-1-136-23096-7.
- ^ Chloe Ting (19 January 2009). "PAS once tried to seize Chinese temple". Malaysiakini. Dicapai pada 19 March 2019.
- ^ a b "Tian Hou Gong-Kampung Cina / 天后宮-唐人街". 72dragon. Dicapai pada 19 March 2019.