Vivekananda Ashram விவேகானந்தா ஆஷ்ரம் | |
---|---|
Maklumat umum | |
Gaya seni bina | arkitektur Indo-Saracenic |
Lokasi | Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur, ![]() |
Disiapkan pada | 1904 |
Pemilik | TVAKL |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Vivekananda Ashram adalah sebuah bangunan yang terdapat di Brickfields, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah sebuah mercu tanda bersejarah yang sangat penting dan telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada tahun 2016.[1][2] Ia dibina pada tahun 1904 oleh komuniti Tamil Jaffna yang berhijrah ke kawasan Brickfields.[3] Bangunan ini bukan sahaja menjadi tempat yang penting bagi komuniti Tamil Jaffna Sri Lanka di Malaysia, tetapi juga mencerminkan nilai budaya, pendidikan, dan sejarah mereka. [4]
Pada tahun 2016, bangunan ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.
Bangunan ini turut merangkumi sebuah patung gangsa di bahagian hadapan yang didirikan untuk menghormati Swami Vivekananda, seorang sami Hindu India yang dianggap sebagai seorang santo patriotik di India.[5]
Sejarah
Pada tahun 1904, beberapa orang Tamil yang berfikiran sama yang tinggal di Brickfields, memulakan sebuah "Bilik Bacaan" di mana orang ramai dari komuniti tersebut boleh berkumpul untuk bersantai dan beramah mesra. Mereka terpesona dengan falsafah Swami Vivekananda dan ajarannya. Tidak lama kemudian, dengan bertambahnya jumlah penduduk India di Brickfields, menjadi semakin penting untuk menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak. Oleh itu, Sekolah Tamil Vivekananda dimulakan pada tahun 1914. Blok Ramakrishna dibina pada tahun 1921 – sebuah bangunan yang mempunyai 4 bilik darjah, di mana sebuah ruang kecil diperuntukkan untuk aktiviti keagamaan seperti doa harian dan perayaan Navarathiri.
Pada hari ini, ia diuruskan oleh sebuah jawatankuasa pengurusan dan bertanggungjawab ke atas tiga sekolah rendah dan satu sekolah menengah yang secara keseluruhan berkhidmat kepada lebih daripada 2,500 pelajar.
Lokasi
Bangunan Vivekanada Ashram ini terletak di Brickfields hadapan Menara Shell. Ia terletak di plot 220, Jalan Tun Sambanthan.
Rujukan
- ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/06/20/vivekananda-ashram-officially-a-heritage-site/
- ^ https://www.visitselangor.com/vivekananda-ashrama/
- ^ https://www.lonelyplanet.com/malaysia/kuala-lumpur/lake-gardens-brickfields-bangsar/attractions/vivekananda-ashram/a/poi-sig/1034910/1336392
- ^ https://www.sutrafoundation.org.my/save-vivekananda-ashram-brickfields/
- ^ https://ghughuti.org/the-vivekananda-ashram-brickfields-kuala-lumpur-malaysia-campaign-to-preserving-history-and-heritage-by-dr-swagata-sinha-roy/