Jambatan Kuala Ibai جمبتن كوالا اباي | |
---|---|
Ciri-ciri | |
Reka bentuk | Prestressed Box Girder Curved Vertically |
Bahan | Konkrit |
Pembinaan palung | Keluli |
Panjang keseluruhan () | 400 meter |
Lebar () | 100 meter |
Tinggi () | 6 meter dari aras air |
Bilangan lorong | 4 |
Sejarah | |
Mula dibina pada | 18 Oktober 1995 |
Siap dibina pada | 29 Mei 1998 |
Dirasmikan | 2 Mac 1999 |
Maklumat lokasi | |
Negara | Malaysia |
Menyeberangi | Sungai Ibai |
sunting · sunting di Wikidata |
Jambatan Kuala Ibai merupakan sebuah jambatan yang terletak di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.
Jambatan baharu ini pernah dijangka akan menjadi mercu tanda bandar Kuala Terengganu.[1]
Sejarah
Jambatan lama Kuala Ibai tidak dapat menampung pertambahan bilangan kenderaan berikutan saiznya yang sempit dan hanya mempunyai 2 lorong. Jambatan tersebut mempunyai tiang konkrit yang rapat dan ketinggian yang terhad dan seterusnya mengganggu aliran air dan bot-bot yang melalui Sungai Ibai.[1]
Jambatan baharu mula dibina pada 18 Oktober 1995 dan siap sepenuhnya pada 29 Mei 1998. Sepanjang pembinaan, jambatan lama masih digunakan dan kemudiannya dirobohkan selepas jambatan baharu dibuka kepada trafik.[1]
Jambatan yang dibina di bawah peruntukan RMK-6 dan RMK-7[1] itu mempunyai 4 lorong 2 hala dan laluan pejalan kaki serta ketinggian 6 meter dari aras air ke aras jambatan bagi memudahkan laluan bot di bawah jambatan.
Pemborong menggunakan kaedah 'Balanced Contilever' di mana 2 set 'formwork' direka khas berjalan serentak di kedua-dua hujung bagi mengimbangi struktur tersebut. Dengan ini, gangguan di atas air boleh dikurangkan. Konkrit dijalankan mengikut 'segment' yang dirancang. Terdapat 52 batang cerucuk pada setiap 'pier' utama dan 34 batang cerucuk pada setiap 'pier-pier' yang lain bagi menampung beban jambatan. 'Key-stone wall' digunakan sebagai penahan di kedua-dua jalan tuju bagi memberikan pandangan menarik pada jambatan tersebut.[1]
Pada 2 Mac 1999, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan Jambatan Tengku Ampuan Bariah[1] yang kini lebih dikenali dengan nama Jambatan Kuala Ibai.
Tetamu Perasmian
Antara mereka yang hadir ke majlis tersebut selain DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin ialah[1]
- DYMM Permaisuri Nur Zahirah (Permaisuri Terengganu)
- YMM Tengku Ampuan Bariah
- YB Dato' Baharuddin bin Ismail (Setiausaha Kerajaan Terengganu)
- YB To' Puan Hajjah Aminah Zaharah
- YBM Tengku Putera Tengku Awang
- YB Puan Halijah
- YAB Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Wan Hajji Ahmad (Menteri Besar Terengganu)
- YAB Dato' To' Puan Seri Hajah Aishahtun
- YAM Tengku Sri Bendahara Raja Terangganu
- YAM Tengku Sri Panglima Raja Terangganu
- YB To' Puan Seri Wan Hibatul Hidayah
- YAM Tengku Sri Temenggung Raja Terangganu
- YB To' Puan Noor Intan Zurina
- YAM Tengku Sri Raja
- YAM Tengku Hajah Zaharah
- YAM Seri Indera Raja, YDP Jumaah Pangkuan Negeri Merangkap Ketua Istiadat Terangganu
- YAM Tengku Zainah
- YB Dato' Seri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya Malaysia)
Galeri
-
Buku terbitan khas sempena perasmian Jambatan Kuala Ibai
-
Kad jemputan perasmian jambatan
-
Jambatan lama Kuala Ibai mempunyai tiang konkrit yang agak rapat
-
Jambatan lama agak sempit berikutan hanya mempunyai 2 lorong
-
Jambatan baharu sedang dibina berhampiran dengan jambatan lama
-
Kerja-kerja pembinaan semula jambatan
-
Rasuk kekotak
-
Penyambungan lantai jambatan dengan memperkenalkan 'Balanced Contilever'
-
Pelan jambatan tertera nama Jambatan Sungai Ibai
-
Jambatan 'prestressed box girder curved vertically' siap dibina
-
Jambatan 4 lorong siap dibina