Empangan Kenyir | |
[[Image:{{{image}}}|270px|{{{Empangan Kenyir}}}]] | |
Nama rasmi | Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud[1] |
---|---|
Menakung | Sungai Kenyir |
Lokasi | Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu |
Panjang | 800 meter (2,625 ka) |
Tinggi | 155 meter (509 ka) |
Tinggi | {{{hydraulic_head}}} |
Lebar (di dasar) | {{{width}}} |
Tarikh dibina | 1978 |
Tarikh dibuka | 1985 |
Kos pembinaan | RM700 juta |
Maklumat takungan | |
Dicipta | {{{reservoir}}} |
Kapasiti | 13.6 km3 (3.3 bt3) |
Kawasan tadahan | 2,600 km2 (1,004 bt2) |
Luas permukaan | 370 km2 (143 bt2) |
Power generation information | |
Turbin | 4 x 100 MW |
Kapasiti pemasangan | {{{installed capacity}}} |
Kapasiti maksima | {{{max_capacity}}} |
Penjanaan tahunan | 1,600 GWh |
Maklumat jambatan | |
Laluan | {{{bridge_carries}}} |
Lebar | {{{bridge_width}}} |
Kelegaan menegak (tinggi kenderaan) |
{{{bridge_clearance}}} |
Trafik harian purata tahunan | {{{bridge_traffic}}} |
Tol | {{{bridge_toll}}} |
ID number | {{{bridge_id}}} |
Data geografi | |
{{{map_cue}}} {{{map_text}}} |
[[Image:{{{map_image}}}|{{{map_width}}}|]] |
Koordinat | {{{coordinates}}} |
Diselenggara oleh | Tenaga Nasional Berhad |
Tapak web | {{{url}}} |
{{{extra}}} |
Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Malaysia. Terletak di Negeri Terengganu, ia dibina merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.
Pemeriksaan berkala secara bulanan dan audit integriti struktur setiap 6 bulan dilaksanakan oleh Tenaga Nasional Berhad manakala Penilaian Keselamatan Empangan oleh pakar empangan bebas dilaksanakan setiap 5 tahun mengikut garis panduan antarabangsa International Commission on Large Dam (ICOLD).[2]
Empangan Kenyir juga membantu menolak keluar air laut daripada memasuki kawasan loji rawatan air Syarikat Air Terengganu (SATU) semasa berlaku pasang besar dan seterusnya dapat mengelak rakyat Terengganu menerima air masin di rumah mereka.[3]
Sejarah
Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Sejak 2017, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menjadi duta kecil Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam membantu memberikan penjelasan tentang fungsi dan peranan sebenar Empangan Kenyir terutama pada musim banjir.[3]
Pada 26 hingga 29 September 2022, Latih Amal Pelan Tindakan Kecemasan Empangan Kenyir pernah diadakan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan agensi berkaitan menghadapi bencana berada pada tahap optimum.[4]
Stesen kuasa
Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.
Spesifikasi Empangan Kenyir
Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
- Empangan utama
- Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.
- Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
- Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
- Tandop – 4 petak.
- Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
- Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
- Rumah janakuasa
- Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
- 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.
Fakta menarik
- Empangan Kenyir adalah empangan terbesar di Semenanjung Malaysia kini.
- Tasik Kenyir adalah tasik paling luas dengan isipadu terbesar di Semenanjung Malaysia.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Lawatan Dan Mesyuarat Status Kerja Baik Pulih Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir, Terengganu". Majlis Keselamatan Negara. 5 September 2023. Dicapai pada 6 Mei 2024.
- ^ "TNB periksa, audit integriti struktur empangan setiap 6 bulan". BH Online. 8 Oktober 2023. Dicapai pada 6 Mei 2024.
- ^ a b Alyasa, Junhairi (13 Disember 2019). "MPKK jadi duta kecil TNB bantu tangani berita palsu". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Mei 2024.
- ^ Harun, Nazdy (2 Oktober 2022). "Hanya latih amal, tiada isu Empangan Kenyir akan pecah". BH Online. Dicapai pada 6 Mei 2024.