Pantai Bukit Keluang merupakan sebuah pantai yang terletak di Besut,Terengganu,Malaysia, pantai ini mempunyai sebuah bukit yang dikenali sebagai bukit Keluang.Bukit ini terletak di tepi pantai dan menjadi tumpuan bagi aktiviti pendakian. Terdapat pelbagai kemudahan awam seperti gerai makan, tandas, surau, dan pondok.
Dahulunya terdapat sebuah titian berada di tepi pantai. Tetapi kini ia telah roboh akibat tidak dijaga dengan baik dan tidak diselenggara. Di kawasan titian ini, terdapat beberapa gua yang terbentuk disebabkan oleh hakisan ombak.[1]