Shaiful Hazizy Zainol Abidin DIMP (Pahang) | |
---|---|
صيفال هزيزي زاينول عابدين | |
![]() Shaiful Hazizy pada 2023 | |
Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Ketua Perhubungan | Jamil Khir Baharom Mahdzir Khalid |
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Pengerusi / Penyelaras Negeri | Jamil Khir Baharom Mahdzir Khalid |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin 28 Mei 1976 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (sejak 2002) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (sejak 2002) |
Pasangan | Murni Ali |
Pendidikan | SK Seri Aman SMK Agama Kedah |
Tempat belajar | Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (BA, MA) |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Nama panggilan | Tok Pon |
Yang Hormat Dato' Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin (Jawi: صيفال هزيزي بن زاينول عابدين; lahir 28 Mei 1976) yang lebih dikenali dengan nama samaran iaitu Tok Pon, merupakan ahli politik dan ahli perniagaan lelaki Malaysia yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah sejak 2022. Beliau juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok terkini dan bekas Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau kerap mengkritik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semasa pentadbirannya.
Kehidupan awal dan pendidikan
Shaiful Hazizy bin Zainol Abidin dilahirkan pada 28 Mei 1976 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Seri Aman, Bedong, Kedah (1983–1988) dan SMK Agama Kedah, Alor Setar, Kedah (1989–1993). Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Kemanusiaan (Sains Politik) pada tahun 2001 dan Ijazah Sarjana Sains Kemanusiaan (Sains Politik) pada tahun 2003 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[1][2]
Kerjaya awal
Shaiful Hazizy memulakan kerjaya sebagai Pembantu Program di Institut Kajian Dasar pada tahun 1995. Pada 1996, beliau dilantik sebagai Pengurus Eksekutif di Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) manakala pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai Pengurus Wilayah Utara di JPOKU. Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus di Yayasan Gerakbakti Kebangsaan. Pada tahun 2001, beliau ditugaskan ke Institut Perkembangan Minda (INMIND) sebagai Eksekutif.
Pada tahun 2003, Shaiful Hazizy dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di bawah Datuk Hishammuddin Hussein. Pada tahun 2004 hingga 2012, beliau ditukarkan ke Kementerian Kewangan (MOF) sebagai Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik. Pada masa yang sama, beliau menjadi Pengarah pada syarikat Papan Agrovalley Sdn Bhd pada tahun 2004 hingga 2012. Pada tahun 2006, beliau dilantik sebagai Pengarah di GIA Consult Sdn Bhd manakala pada tahun 2013, beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif di SAMA Consultancy Sdn Bhd. Beliau masih pengarah dan pengerusi eksekutif di kedua-dua syarikat ini.[3][4]
Kerjaya politik
Shaiful Hazizy dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok pada tahun 2008 hingga 2018. Beliau juga merupakan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 2008 hingga 2011. Beliau dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah pada 2013 hingga 2018. Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok. Beliau dilantik oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kedah pada tahun 2016 hingga 2018. Kini, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok.
Shaiful Hazizy telah dipilih oleh Barisan Nasional sebagai calon untuk bertanding di parlimen Merbok pada pilihan raya umum 2022.[5][6][7] Beliau tewas pada perlawanan 5 penjuru denagn majoriti 21,019 undi. Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazri Abu Hassan berjaya merampas kerusi itu daripada penyandang kerusi berkenaan yang juga calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azrina Surip.
Shaiful Hazizy bertanding pada pemilihan UMNO 2023, namun tidak dilantik untuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO kerana hanya berjaya meraih undi daripada 30 bahagian sahaja. Beliau diamanahkan untuk mengalas tugas sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional Negeri Kedah (BN Comms Kedah).[8]
Pada 2023, Shaiful Hazizy sekali lagi dicalonkan sebagai calon BN bagi DUN Tanjong Dawai pada pilihan raya negeri 2023.[9][10] Keputusan ini diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pada 24 Julai 2023 di laman Facebooknya. Walau bagaimanapun, beliau sekali lagi tewas pada pilihan raya dengan calon PN–PAS, Hanif Ghazali. Perlawanan 2 penjuru ini menyaksikan Hanif berjaya meraih majoriti 22,405 undi.
Kontroversi dan isu
Kritikan kepada MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor
Shaiful Hazizy merupakan pengkritik terbesar dalam kepimpinan Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar di negeri Kedah. Walaupun beliau tidak terpilih untuk mewakili mana-mana kerusi di Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN), namun beliau tetap mengkritik beliau, tetapi menggunakan platform di luar dewan.
Pada Mac 2024, Shaiful Hazizy menegaskan bahawa Menteri Besar Kedah terkini perlu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro). Beliau berkata bahawa "Kedah Agro mencatat keuntungan antara 2005 hingga 2008 ketika Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar. Keadaan bagaimanapun berubah apabila Azizan Abdul Razak mengambil alih negeri pada 2008 dan Menteri Besar ketika ini, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi Setiausaha Politik pemimpin itu." Beliau menambah lagi, "Sudah tahu gaji (pekerja Kedah Agro) tertunggak sejak September 2023, kenapa tidak selesaikan itu dahulu? Kenapa sibuk hendak beli kereta beratus ribu?" Muhammad Sanusi menjawab bahawa "Sebahagian besar masalah Kedah Agro timbul ketika beliau (Shaiful Hazizy) berada dalam kerajaan negeri. Kedah Agro tidak ada perniagaan, justeru ia tidak menjana pendapatan dan dibelenggu masalah kewangan sejak 2016. Dia (Shaiful Hazizy) dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika itu. Kedah Agro juga ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara pada 2017."[11][12]
Kehidupan peribadi
Shaiful Hazizy telah berkahwin dengan Murni Ali.
Anugerah
Anugerah di Malaysia
Pahang :
Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2011)
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P014 Merbok | Shaiful Hazizy Zainol Abidin (UMNO) | 16,691 | 16.28% | Mohd Nazri Abu Hassan (BERSATU) | 52,573 | 51.27% | 102,544 | 21,019 | 80.51% | ||
Nor Azrina Surip (PKR) | 31,554 | 30.77% | ||||||||||
Mohd Mosin Abdul Razak (PEJUANG) | 1,201 | 1.17% | ||||||||||
Khairul Anuar Ahmad (WARISAN) | 525 | 0.51% |
Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Per | Lawan | Undi | Per | Jumlah undi | Majoriti | Turun undi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N26 Tanjong Dawai | Shaiful Hazizy Zainol Abidin (UMNO) | 9,591 | 23.06% | Hanif Ghazali (PAS) | 31,996 | 76.94% | 41,587 | 22,405 | 76.77% |
Rujukan
- ^ SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
- ^ DATO' SHAIFUL HAZIZY BIN ZAINOL ABIDIN
- ^ SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN
- ^ DATO' SHAIFUL HAZIZY BIN ZAINOL ABIDIN
- ^ PRU-15: Calon New-Gen BN bawa aspirasi rakyat
- ^ GE15 : Parliamentary seat candidates pledge to promote Merbok as tourist destination
- ^ High time to move away from racial and religious dogma to new politics, says BN Merbok candidate
- ^ UMNO Kedah sedia kerjasama dengan PH
- ^ Shaiful Hazizy dipilih jadi calon BN di Tanjung Dawai
- ^ Calon BN mahu bina jambatan ke Tanjung Dawai dari Pantai Merdeka
- ^ Shaiful Hazizy kata Kedah Agro rugi sejak PAS tadbir negeri
- ^ Isu Kedah Agro: Sanusi 'pulang paku buah keras' dakwa Shaiful Hazizy yang patut jawab