| Parti Aspirasi Rakyat Sarawak Sarawak People's Aspiration Party | |
|---|---|
| Singkatan | ASPIRASI | 
| Pemimpin/ketua | Freedy Misin (pemangku) | 
| Pengerusi | Jane anak Dripin | 
| Pengasas | Dr. Patau Rubis | 
| Diasaskan | 9 Oktober 1996 (di Sarawak) 6 Januari 2012 (di Sabah) 24 Januari 2020 (dijenamakan semula sebagai ASPIRASI) | 
| Disahkan | 26 Januari 2020 (Diluluskan secara sah sebagai ASPIRASI) | 
| Pecahan | |
| Digantikan oleh | Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (hanya di Wilayah Sabah sahaja)[1] | 
| Ibu pejabat | Kuching, Sarawak | 
| Ideologi | |
| Kedudukan politik | Berhaluan kanan | 
| Hubungan kebangsaan | Gagasan Rakyat Sarawak (GAGASAN) (2025 – kini) | 
| Warna | Ungu Emas Merah | 
| Tapak sesawang | Laman Sesawang Rasmi STAR Laman Facebook STAR | 
| Dewan Negara: | 0 / 70 | 
| Dewan Rakyat: | 0 / 222 | 
| Dewan Undangan Negeri Sarawak: | 0 / 99 | 
| Premier Sarawak | 0 / 1 | 
| sunting · sunting di Wikidata  | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada | 
| Politik Malaysia | 
|---|
|  | 
|  Negara Anggota ASEAN | 
| Portal Malaysia | 
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (dalam bahasa Inggeris: "Sarawak People's Aspiration Party") (Pendahulu parti ini dikenali sebagai Parti Reformasi Negeri atau dikenali dengan singkatan STAR, Inggeris: State Reform Party), atau dikenali ramai mula pada tahun 2020 sebagai ASPIRASI merupakan sebuah parti politik tempatan berhaluan kanan di Sarawak. Presiden parti terdahulu, Dr. Patau Rubis yang telah meninggal dunia pada tahun 2016. Dr. Patau Rubis tidak menyedarkan diri pada mesyuarat agung tahunan (AGM) parti pada 20 Mac 2016. Parti ini mempunyai 9 manifesto untuk memfokuskan terhadap Sarawak bagi menambahbaik dan mewartakan hak-hak wilayah Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963.[2]
Logo rasmi
Berikut adalah logo rasmi yang telah diumumkan oleh kepemimpinan Parti ASPIRASI Rakyat Sarawak pada 13 Disember 2021 sebelum menjelang Pilihan raya negeri Sarawak 2021
Sejarah penubuhan

Ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[3] Presiden STAR sekarang ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[4][5]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada Tahun 2016, Parti STAR cawangan Sabah telah dijenamakan semula sebagai Parti Solidariti Tanah Airku dengan singkatan STAR dibawah pimpinan presiden parti, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan. Beliau menjenamakan semula parti tersebut kerana beliau ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap Sabah dengan ideologi asal parti berkenaan iaitu hak-hak Sabah dengan tambahan pembangunan serta ekonomi yang diperlukan di Sabah.
Pada Tahun 2020, Parti ini telah dijenamakan semula sebagai Parti Aspirasi Rakyat Sarawak dengan singkatan ASPIRASI menggantikan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR). Hal sedemikian dilakukan untuk mengelak kekeliruan diantara Parti STAR yang ada di Sabah dengan STAR yang ada di Sarawak. Walaubagaimanapun, Perjuangan parti tersebut terus dikekalkan dengan ideologi yang tetap sama dengan penambahan ideologi dalam hal ekonomi serta memfokuskan kemajuan bangsa-bangsa pedalaman yang ada di Sarawak. Nama "ASPIRASI" kini rasmi diguna-pakai di mana-mana pilihanraya yang berlangsung di Sarawak.
Barisan kepimpinan
| 
 | 
 | 
Senarai presiden parti
- Dr. Patau Rubis (1996 – 2011)
- Dr Dripin Sakoi (2011 – 2016)
- Lina Soo (2016 – 2025)
- Freedy Misin (2025 – ) (pemangku presiden)
Keputusan pilihan raya
Pilihan raya umum Malaysia 2018
| No. | DUN | Calon | Undian | Keputusan | 
|---|---|---|---|---|
| N43 | Sekong | Abdul Rashid Abdul Rahman | 41 | Kalah (Hilang Deposit) | 
| N44 | Karamunting | Besarun Kecha | 61 | Kalah (Hilang Deposit) | 
Pilihan raya negeri Sarawak 2016
| No. | DUN | Calon | Undian | Keputusan | 
|---|---|---|---|---|
| N9 | Padungan | Tiong Kwang Kim | 116 | Kalah (HD) | 
| N11 | Batu Lintang | Soo Lina | 331 | Kalah (HD) | 
| N18 | Serembu | Buln Anak Patrick Ribas | 120 | Kalah (HD) | 
| N23 | Bukit Simuja | Johnny Anak Aput | 53 | Kalah (HD) | 
| N51 | Bukit Assek | Moh Hiang King | 374 | Kalah (HD) | 
| N52 | Dudong | Ting Yiik Hong | 152 | Kalah (HD) | 
| N53 | Bawang Assan | Wong Sing Wei | 100 | Kalah (HD) | 
| N55 | Nangka | Tiong Ing Tung | 773 | Kalah (HD) | 
| N67 | Jepak | Mohammed Anuar Abdul Hamid | 136 | Kalah (HD) | 
| N68 | Tanjong Batu | Chieng Lea Phing | 89 | Kalah (HD) | 
Lihat juga
- Parti Solidariti Tanah Airku, (STAR di Sabah)
- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Rujukan
- ^ Jenne Lajiun (15 July 2016). "Reformed, rebranded STAR now Sabah-based party". The Borneo Post. Dicapai pada 23 April 2018.
- ^ Lim How Pim (20 March 2016). "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". The Borneo Post. Dicapai pada 28 April 2016.
- ^ State Reform Party (STAR), mylovelynney.rumahpanjai[pautan mati kekal]
- ^ "State Reform Party founding president Dr Patau Rubis dies a day before birthday after collapsing at AGM". The Star Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
- ^ "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". BorneoPost Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.















