Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Darjah Kebesaran Negeri Sembilan merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing.[1][2]
Senarai
Berikut merupakan senarai darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan:
Kumpulan I : Darjah Kerabat Negeri Sembilan Yang Amat Mulia
- Pangkat Utama Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS)
- Pangkat Pertama Darjah Tertinggi Negeri Sembilan
- Pangkat Kedua Darjah Mulia Negeri Sembilan (DMNS)
- Pangkat Ketiga Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (DKYR)
Kumpulan II : Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati
- Pangkat Utama Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) -- (Yang Mulia Dato' Seri Utama untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato’ Seri Utama lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri Utama untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri Utama isteri)
- Pangkat Pertama Darjah Seri Setia Negeri Sembilan (SSNS) --(Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato’ Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Pangkat Kedua Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) -- (Yang Mulia Dato' untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato’ lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Ketiga Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) -- (Yang Mulia Dato' untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato' lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Keempat Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS)
- Pangkat Kelima Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS)
Kumpulan III : Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz
- Pangkat Pertama Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) -- (Yang Mulia Dato' Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato’ Seri lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin Seri untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin Seri isteri)
- Pangkat Kedua Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) -- (Yang Mulia Dato' untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Dato’ lelaki / wanita) dan (Yang Mulia Datin untuk kerabat diraja / Yang Berbahagia Datin isteri)
- Pangkat Ketiga Darjah Tuanku Muhriz (DTM)
- Pangkat Keempat Pingat Setiawan Tuanku Muhriz (STM)
- Pangkat Kelima Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM)
Kumpulan IV : Darjah Pekerti Terpilih
- Pangkat Pertama Darjah Pekerti Terpilih (DPT)
Kumpulan V : Pingat dan Bintang bagi perkhidmatan cemerlang dan kelakuan terpuji
- Pangkat Pertama Jaksa Pendamai (JP)
- Pangkat Kedua Pingat Keberanian Cemerlang (PKC)
- Pangkat Ketiga Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC)
- Pangkat Keempat Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pangkat Kelima Pingat Khidmat Lama (PKL)
Darjah kebesaran yang telah dihentikan
Kumpulan : Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (1979-2008) (S.P.N.S) - Dato’ Seri Utama - Digantikan dengan S.U.N.S
Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (1979-2010) (D.S.N.S) - Dato’ - Digantikan dengan D.P.N.S
Kumpulan : Darjah Kebesaran Tuanku Jaafar - digantikan dengan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz
Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar (1984-2010) (S.P.T.J.) - Dato’ Seri
Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (1989-2010) (D.P.T.J.) - Dato’
Kumpulan : Pingat-pingat dan Pingat bermusim
- Pingat Pekerti Terpilih (1950-2010) (P.P.T.) - Digantikan dan dinilai tambah menjadi D.P.T
- Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz 2009
- Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia DYMM Tuanku Ja'afar 1994
- Pingat Jubli Perak 1992
- Pingat Pertahanan 1972
- Pingat Pertabalan 1971
- Pingat Pertabalan 1961
Susunan keutamaan
Berikut merupakan susunan keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri Negeri Sembilan[3]
- Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DKNS)
- Darjah Tertinggi Negeri Sembilan (DTNS)
- Darjah Mulia Negeri Sembilan (DMNS)
- Darjah Kerabat Yamtuan Raden (DKYR)
- Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) - Dato' Seri Utama lelaki / wanita
- Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (1979-2008) (SPNS) - Dato' Seri lelaki / wanita
- Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (1979 - 2008) (SPTJ) - Dato' Seri lelaki / wanita
- Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (SSTM) - Dato' Seri lelaki / wanita
- Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) - Dato' Seri lelaki / wanita
- Darjah Dato' Setia Negeri Sembilan (1979-2010) (DSNS) - Dato' Seri lelaki / wanita
- Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) - Dato' lelaki / wanita
- Darjah Dato' Paduka Tuanku Ja'afar (1989-2010) (DPTJ) - Dato' lelaki / wanita
- Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) - Dato' lelaki / wanita
- Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) - Dato' lelaki / wanita
- Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS)
- Darjah Tuanku Muhriz (DTM)
- Darjah Pekerti Terpilih (DPT)
- Pingat Pekerti Terpilih (1950 - 2010) (PPT)
- Jaksa Pendamai (J.P.)
- Pingat Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS)
- Pingat Setiawan Tuanku Muhriz (STM)
- Pingat Keberanian Cemerlang (PKC)
- Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC)
- Pingat Jasa Kebaktian (PJK)
- Pingat Bentara Tuanku Muhriz (BTM)
- Pingat Khidmat Lama (PKL)