Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (P.M.C.) dikurniakan kepada individu yang telah menyumbang perkhidmatan terbaik dan boleh diteladani. Di kalangan kakitangan Kerajaan pula, calon hendaklah berumur 30 tahun ke atas atau telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia melebihi 5 tahun atau Kerajaan Negeri Sembilan melebihi 2 tahun. DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus berhak mengurniakan pingat ini kepada sesiapa sahaja yang Baginda fikirkan layak dan sesuai.
Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
Jenis | Pingat |
Negara | Malaysia |
Status | Masih dikurniakan |
Yang di-Pertuan Besar | Tuanku Muhriz |
Kelas | Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Pingat Keberanian Cemerlang |
Lebih rendah | Pingat Jasa Kebaktian |
sunting · sunting di Wikidata |