Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz | |
---|---|
Dianugerahkan oleh Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |
Jenis | Darjah kebesaran |
Status | Masih dikurniakan |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Tuanku Muhriz |
Gred | Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang |
Singkatan darjah | SSTM |
Perangkaan | |
Pelantikan pertama | 14 Januari 2009 |
Susunan keutamaan | |
Lebih tinggi | Darjah Seri Utama Negeri Sembilan |
Lebih rendah | Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang |
Reben darjah kebesaran | |
sunting · sunting di Wikidata |
Darjah Seri Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Terbilang (singkatan : S.S.T.M.) ialah darjah pangkat pertama dalam kurniaan Darjah Kebesaran Tuanku Muhriz. Bagi penerima darjah kebesaran ini akan digelar sebagai Dato' Seri, manakala bagi isteri penerima akan digelar Datin Seri. Tiada gelaran bagi suami penerima gelaran ini. Darjah kebesaran ini mula diperkenalkan pada 2010 selepas pertabalan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.[1][2]
Darjah ini dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah berbakti kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan Kerajaan Negeri Sembilan. Pengurniaan ini terbuka khasnya kepada semua rakyat Negeri Sembilan dan amnya kepada rakyat negeri-negeri di Malaysia serta juga warganegara asing.
Senarai penerima
2010
- YBhg. Tan Sri Azman bin Hashim
- YA Dato' Md. Raus bin Sharif
- Jen. Tan Sri Muhammad Ismail bin Haji Jamaluddin
- YM Tan Sri Dato' Seri Raja Arshad bin Raja Tun Uda
- YM Dato' Tengku Hasmuddin bin Tengku Othman
- YM Dato' Tunku Mizan bin Tunku Maamor
2011
2012
- YM Tunku Alang Tunku Dato Seri Iskandar bin Tunku Tan Sri Abdullah
2013
- Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa
- Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar
- YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin
- Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini bin Ujang
- Jen. Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj. Zulkifli bin Hj. Zainal Abidin
2014
- YAM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz
- Dato Abd Wahab bin Maskan
2015
- YAM Tengku Syarif Bendahara Perlis Dato' Seri Di-Raja Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
2017
- Dato' K. Sree Raman
2018
Rujukan
- ^ https://www.ns.gov.my/images/contents/ydpn9/Buku-Penerima-Pingat-2021.pdf
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. 23 April 2023. Dicapai pada 23 April 2023.
- ^ Tunku Zain Al-‘Abidin, 2023-07-20, dicapai pada 2023-10-28