Seremban 2 ialah sebuah bandar satelit terletak hampir 4 kilometer di tenggara pusat bandar Seremban, Negeri Sembilan. Terletak di sebelah barat Lebuhraya Utara-Selatan, Seremban 2 merupakan bandar terancang yang dibina di atas tanah yang dahulunya ladang kelapa sawit dengan matlamat menempatkan semula bahagian pentadbiran,perniagaan dan pendidikan dari kesesakan pusat bandar ke tempat yang lebih teratur.Seremban 2 menjadi bandar membeli-belah popular selepas pembukaan beberapa kompleks membeli-belah seperti: ÆON, Tesco, Mydin dan S2 Mall (belum dibuka).
Merangkumi lebih 2,300 ekar (9 km2) keluasan tanah, Seremban 2 merupakan kawasan baru untuk:
- Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban
- Kompleks Mahkamah Seremban
- Ibu pejabat Polis Daerah Seremban
- Ibu pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan
- Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan
Bandar ini diharap dapat menampung sebahagian penduduk Seremban melalui pelbagai projek taman perumahan berhampiran seperti:
- Green Street Homes
- Sri Carcosa
- Central Park
- Emerald Park
- Garden Homes
- Garden Avenue
- Garden City Homes
- Vision Homes
- S2 Heights
- Park Avenue
- Pearl 132
- Rasah Kemayan
- Arowana Indah
- Arowana Impian
- Harmonium Indah