


Anjing bantuan mobiliti, anjing bantuan pergerakan, anjing khidmat mobiliti, atau anjing khidmat pergerakan ialah anjing yang dilatih untuk membantu orang kurang upaya fizikal yang mempunyai isu mobiliti, seperti keseimbangan lemah atau sebagai pengguna kerusi roda tidak ambulatori. Peranan termasuk "penyediaan keseimbangan dan kestabilan",[1] pengambilan dan pembawaan objek, penarikan kerusi roda, pembukaan dan penutupan pintu, dan pengendalian suis lampu.[2] Anjing bantuan mobiliti dapat memberikan impak positif ketara terhadap kehidupan pengendali mereka.[3]
Sesetengah anjing berpendirian lebih besar dengan sendi kukuh dilatih untuk menarik individu berkerusi roda dan memakai sejenis abah-abah yang direka khusus untuk penarikan.[2] Walau bagaimanapun, penarikan kerusi roda kekal berkontroversi. Banyak program di Amerika Syarikat membatasi "penarikan kerusi roda" kepada jarak lurus singkat, paling lazim untuk bantuan masuk dan keluar lintasan. Sebuah kajian mendapati bahawa penggunaan daya tarikan yang disediakan oleh anjing khidmat mempunyai faedah fizikal kerana pengguna kerusi roda manual dapat mengendalikan kerusi mereka dengan kurang usaha.[4]
Satu lagi jenis tugas anjing bantuan mobiliti ialah "imbangan balas". Ia digunakan untuk pesakit penyakit Parkinson dan pesakit sklerosis berbilang, bersama-sama dengan kecelaruan dan keadaan lain. Pengendali tidak meletakkan berat sepenuhnya pada anjing. Walau bagaimanapun, anjing tersebut dapat membantu seseorang dengan gaya jalan dan keseimbangan semasa berjalan.[5] Ini juga dapat membantu mereka yang mengalami gejala kehilangan deria propriosepsi, seperti ketidakupayaan untuk berjalan dalam garis lurus.[6] Anjing ini biasanya memakai rompi khas supaya pemilik dapat memasang pemegang mirip tongkat. Ini membolehkan anjing memandu pemilik dan membantu dengan keseimbangan mereka.
Anjing bantuan mobiliti dilatih untuk melaksanakan tindakan spesifik berdasarkan tugas yang secara langsung mengurangkan ketidakupayaan pengendali mereka — dan dilindungi di bawah Akta Orang Kurang Upaya Amerika (ADA).[7]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Service/Assistance Animals" [Haiwan Khidmat/Pembantu] (dalam bahasa Inggeris). Pemerintah New Hampshire. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 31 Julai 2025.
- ^ a b "COMMONLY ASKED QUESTIONS ABOUT SERVICE ANIMALS IN PLACES OF BUSINESS" [SOALAN LAZIM TENTANG HAIWAN KHIDMAT DI TEMPAT PERNIAGAAN] (dalam bahasa Inggeris). Bahagian Hak Sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Julai 1996. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2013. Dicapai pada 31 Julai 2025.
- ^ Rodriguez, Kerri E.; Greer, Jamie; Kinkus Yatcilla, Jane; Beck, Alan M.; O'Haire, Marguerite Elizabeth (2 Disember 2020). Lima Santana, Geilson Junior (penyunting). "The effects of assistance dogs on psychosocial health and wellbeing: A systematic literature review" [Kesan anjing pembantu terhadap kesihatan psikososial dan kesejahteraan: Semakan kesusateraan sistematik]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 15 (12). Bibcode:2020PLoSO..1543302R. doi:10.1371/journal.pone.0243302. ISSN 1932-6203. PMC 7710121. PMID 33264370. S2CID 227255798. Unknown parameter
|article-number=ignored (bantuan) - ^ Hubert, Geoffroy; Tousignant, Michel; Routhier, François; Corriveau, Hélène; Champagne, Noël (2013). "Effect of service dogs on manual wheelchair users with spinal cord injury: a pilot study" [Kesan anjing khidmat terhadap pengguna kerusi roda manual dengan kecederaan saraf tunjang: kajian perintis]. Journal of Rehabilitation Research and Development (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat. 50 (3): 341–350. doi:10.1682/jrrd.2011.07.0124 (Tidak aktif 31 Julai 2025). ISSN 1938-1352. PMID 23881760. S2CID 18151224.CS1 maint: DOI inactive as of 2025 (link)
- ^ "Assistance Dogs Transform Lives of Veteran Partners" [Anjing Pembantu Mengubah Kehidupan Pasangan Veteran] (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2015. Dicapai pada 31 Julai 2025.
- ^ Thomson, Philip D. (2004). "Gait Disorders" [Kecelaruan Lenggok]. Dalam Bradley, Walter George; Daroff, Robert B.; Fenichel, Gerald M.; Jankovic, Joseph (penyunting). Neurology in Clinical Practice: Principles of Diagnosis dan Management [Neurologi dalam Amalan Klinikal: Prinsip Diagnosis dan Pengurusan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-4). Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Butterworth-Heinemann. m/s. 324–326. ISBN 9780750674690. OCLC 53021483.
- ^ "What Is a Mobility Assistance Dog? Everything You Need to Know" [Apakah Anjing Bantuan Mobiliti? Semua yang Perlu Anda Ketahui] (dalam bahasa Inggeris). MobilityDog. Dicapai pada 31 Julai 2025.








