(Dilencongkan daripada 3 Juni)
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
30 | ||||||
2024 |
3 Jun merupakan hari ke-154 (hari ke-155 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 211 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
- 350 - Perampas Rom Nepotianus daripada dinasti Constantine mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Rom, memasuki Rom dengan sekumpulan gladiator.
- 1889 - Talian penghantaran kuasa elektrik jarak jauh pertama di Amerika Syarikat dibina antara Air Terjun Willamette dengan pusat bandar Portland, Oregon.
- 1621 - Syarikat Hindia Barat Belanda mendapat piagam untuk monopoli perdagangan di Hindia Barat oleh Republik Belanda.
- 1937 - Enam bulan selepas turun takhta, Edward, Duke Windsor berkahwin dengan sosialit Amerika Wallis Simpson (gambar).
- 1944 - Charles de Gaulle menjadi Perdana Menteri Perancis.
- 1965 - Major Edward H. White II , menjadi rakyat Amerika pertama berjalan di ruang angkasa lepas. Beliau keluar daripada kapsul Gemini 4 yang berada setinggi 140km dari bumi.
- 1973 - Di Pertunjukan Udara Paris, sebuah Tupolev Tu-144 pecah dalam penerbangan dan berkecai, membunuh enam orang anak kapal dan lapan orang di darat.
- 2006 - Montenegro mengisytiharkan kemerdekaan, mengakhiri kesatuannya dalam Serbia dan Montenegro.
- 2009 - Pertubuhan Negara-negara Amerika membatalkan penggantungan Cuba pada 1962.
- 2010 - Lebih 110 orang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam satu kebakaran besar di Dhaka, Bangladesh.
Kelahiran
- 1865 - George V dari United Kingdom, seorang Raja British (1910-1936).
- 1992 - Mario Götze, seorang pemain bola sepak kebangsaan Jerman.
Kematian
- 1989 - Ayatollah Ruhollah Khomeini, pemimpin Revolusi Iran.
- 2017 - Rehman Rashid, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times.