Ferdinand Marcos | |
---|---|
Dalam jawatan 30 Disember 1965 – 25 Februari 1986 | |
Naib Presiden | Fernando Lopez (1965-1972) Arturo Tolentino (1986) |
Didahului oleh | Diosdado Macapagal |
Digantikan oleh | Corazon Aquino |
Dalam jawatan 12 Jun 1978 – 30 Jun 1981 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 11 September 1917 Sarrat, Ilocos Norte, Filipina |
Mati | 28 September 1989 (umur 82) Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat |
Parti politik | Parti Nacionalista (1965-1978) Kilusang Bagong Lipunan (1978-1986) |
Pasangan | Imelda Romualdez |
Tandatangan | |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Ferdinand Marcos |
Ferdinand Emmanuel Edralín Marcos (11 September 1917 – 28 September 1989) ialah presiden dan Diktator Filipina yang berkhidmat antara tahun 1965 hingga tahun 1986. Pada tahun 1972, beliau mengisytiharkan undang-undang tentera untuk membenarkan diri terus memegang kuasa sehingga memansuhkannya pada tahun 1981. Berdasarkan data dari Amnesty International, seramai 70,000 orang dipenjarakan, 34,000 diseksa dan 3,240 dibunuh sepanjang tempoh berkenaan. Beliau dipilih semula pada tahun 1981 tetapi tempoh yang baru ini telah digagalkan oleh persoalan kesihatan peribadi, salah pengurusan politik, pencabulan hak asasi manusia, dan rasuah yang menular. Pada tahun 1986, Marcos dipilih semula buat kali keempat dalam sebuah pilihan raya kilat, akan tetapi pilihan raya ini dipertikaikan dan beliau kemudian disingkirkan dari jawatannya secara aman melalui "Kuasa Rakyat" (Revolusi EDSA).
Kehidupan awal
Ferdinand Marcos dilahirkan di Sarrat, Ilocos Norte kepada Mariano Marcos, seorang peguam yang merupakan wakil rakyat untuk Ilocos Norte, dan Josefa Quetulio Edralín, seorang guru. Beliau ialah anak kedua dalam sebuah keluarga empat adik-beradik yang berketurunan campuran Filipina (Ilocano), Cina, dan Jepun. Marcos belajar di sekolah kerajaan, bermula daripada sekolah rendah di Sekolah Pusat Sarrat, dipindahkan ke Sekolah Rendah Shamrock (Laoag), dan akhirnya menghabiskan pendidikan sekolah rendahnya pada tahun 1929 di Sekolah Rendah Ermita (Manila) apabila ayahnya dipilih sebagai wakil rakyat untuk Kongres Filipina.
Marcos berkhidmat sebagai Leftenan Ketiga di Pasukan Konstabel Simpanan Filipina (polis negara) pada tahun 1937. Pada tahun yang sama, ketika dia masih merupakan pelajar undang-undang di Universiti Filipina, dia didakwa membunuh Ahli Kongres Julio Nalundasan, salah satu pesaing politik yang akan bertanding dengan ayahnya dalam pilihan raya yang akan datang, dan disabit bersalah pada November 1939. Bagaimanapun, beliau ditawarkan pengampunan oleh Presiden Manuel Quezon, telah menolakkannya dan kembali secara rela ke Penjara Provinsi Laoag di mana dia menghabiskan masa untuk menyediakan pembelaan diri semasa belajar untuk peperiksaan undang-undang.
Marcos diterima menjadi peguam dan diberikan kebenaran untuk merayu terhadap kes sendiri di mana dia mengemukakan alasan yang cukup meyakinkan kepada Mahkamah Agung Filipina dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh pada tahun yang berikut oleh Hakim Bersekutu Jose P. Laurel. Di Universiti Filipina, Marcos merupakan ahli Upsilon Sigma Phi.
Pada tahun 1954, selepas percintaan mendadak selepas 11 hari, Marcos berkahwin dengan ratu cantik Imelda Romualdez yang kemudian membantunya dengan amat berjaya untuk menjalankan kempen-kempen untuk jawatan presiden. Mereka dikurniakan dengan empat orang anak: Imee Marcos (ahli Kongres untuk Ilocos Norte), Ferdinand "Bongbong" Marcos, Jr. (gabenor Ilocos Norte), Irene Marcos (sosialit), dan anak angkat perempuan, Aimee Marcos (usahawan dan ahli muzik).
Pada tahun 2004, sebuah akhbar Sydney mengatakan bahawa Marcos dan seorang peragawati pakaian renang mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan pada tahun 1971. [1]
Rujukan
- Ferdinand, Marcos (1973). Notes on the New Society of the Philippines (Nota-nota mengenai Masyarakat Baru Filipina).
- Primitivo, Mijares (1976). The Conjugal Dictatorship of Ferdinand Marcos and Imelda Marcos (Pemerintahan Diktator Suami Isteri Ferdinand Marcos dan Imelda Marcos).
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ferdinand Marcos |
- Laman web Kerajaan Filipina – mengenai presiden-presiden negara
- Biografi Ferdinand Marcos Diarkibkan 2008-01-13 di Wayback Machine
- Tak Mungkin Sekali Lagi: Kesan-kesan pemerintahan diktator Marcos Diarkibkan 2021-01-22 di Wayback Machine – laman web yang kritis terhadap tempoh pemerintahan tentera serta rejim Marcos, dan yang menyenaraikan penyalahgunaan kuasa oleh tentera serta kekayaan Marcos yang diperoleh secara haram.
- Pencuri: Detik-detik Agung Marcos Diarkibkan 2006-07-14 di Wayback Machine – rencana yang kritis terhadap pembicaraan rasuah Marcos
- Projek Jawatan Presiden Filipina
- Laman web rasmi Yayasan Marcos Diarkibkan 2006-12-09 di Wayback Machine
- Berita Inquirer: Rencana mengenai tinjauan terkini terhadap pengadaran prestasi presiden yang lalu
- Transparency Internasional: 10 Ketua Negara Yang Paling Korup[pautan mati kekal]
- Kumpulan Google: Obituari Diarkibkan 2012-02-08 di Wayback Machine
Didahului oleh Pedro A. Albano |
Wakil, Daerah ke-2 Ilocos Norte 1949–1959 |
Diikuti oleh: Simeon M. Valdez |
Didahului oleh Eulogio Rodriguez |
Presiden Senat Filipina 1963–1965 |
Diikuti oleh: Arturo M. Tolentino |
Didahului oleh Diosdado Macapagal |
Presiden Filipina 1965–1986 |
Diikuti oleh: Corazon Aquino |
Didahului oleh Ditempatkan semula |
Perdana Menteri Filipina 1978–1981 |
Diikuti oleh: Cesar Virata |
- Laman menggunakan kotak info pemegang jawatan dengan parameter tidak diketahui
- Rencana dengan pengenalan BNC
- AC dengan 25 elemen
- Presiden Filipina
- Perdana Menteri Filipina
- Kelahiran 1917
- Kematian 1989
- Ahli politik Filipina
- Pemimpin yang digulingkan melalui rampasan kuasa
- Orang Cina Filipina
- Roman Katolik Filipina