Statistik stesen | |
---|---|
COSPAR ID | 1998-067A |
SATCAT № | 25544 |
Pengenal | Alpha, Station |
Krew | Dipenuhi krew: 6 Menetap kini: 3 (Ekspidisi 52) |
Dilancarkan | 20 November 1998 |
Pelantar pelancar | |
Jisim | ≈ 419,455 kg[1] |
Panjang | 72.8 m |
Lebar | 108.5 m |
Tinggi | ≈ 20 m nadir-zenith, mengarahkan ke hadapan (27/11/2009) |
Isipadu bertekanan tinggi | 931.57 m3 (32,898 ka3)[2] (28/05/2016) |
Tekanan atmosfera | 101.3 kPa |
Perigee | 400.2 km AMSL[3] |
Apogi | 409.5 km AMSL[3] |
Kesendengan pengorbitan | 51.64 darjah[3] |
Kelajuan pengorbitan | 7.67 km/s (27,600 km/j; 17,200 mph)[3] |
Tempoh orbit | 92.65 minit[3] |
Orbit per hari | 15.54 |
Epok orbit | 30/09/2016, 18:10:52 UTC[3] |
Hari dalam orbitan | 26 tahun, 27 hari (17 Disember) |
Hari diduduki | 24 tahun, 1 bulan, 15 hari (17 Disember) |
Bil. orbit | 101,081 setakat Julai 2016[kemas kini][4] |
Susutan orbit | 2 km/bulan |
Statistik sejak 9 Mac 2011 (melainkan dinyatakan sebaliknya) Rujukan: [1][3][5][6][7][8] | |
Konfigurasi | |
Stesen Angkasa Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Space Station , ISS, Rusia: Междунаро́дная косми́ческая ста́нция , МКС ) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. Stesen Angkasa Antarabangsa berada pada ketinggian 360 km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.
Stesen ini telah dilancarkan pada 20 November 1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.
Stesen Angkasa Antarabangsa dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan Eropah.
Stesen Angkasa Antarabangsa boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.[9].
Fungsi Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan uji kaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.
Sejarah
Selepas Perang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa dengan pihak Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada. Stesen ini menggabungkan Stesen Angkasa Freedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) dan Columbus (Eropah). Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering dilambatkan oleh kos yang semakin meningkat. Sehingga hari ini, bahagian-bahagian Stesen Angkasa Antarabangsa masih dibina dan dipasang oleh angkasawan-angkasawan Amerika Syarikat, Rusia dan pihak lain setiap tahun. Pembinaan stesen ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2010.
Pembinaan
Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen lalu dipasang oleh angkasawan-angkasawan. Bahan ini dihantar oleh Kapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal-kapal angkasa Soyuz dan Progress Rusia, dan lain-lain.
Rujukan
- ^ a b Garcia, Mark (2015-10-01). "About the Space Station: Facts and Figures". NASA. Dicapai pada 2015-10-02.
- ^ "Space to Ground: Friending the ISS: 06/03/2016". YouTube.com. NASA. 2016-06-03.
- ^ a b c d e f g Peat, Chris (2016-09-30). "ISS - Orbit". Heavens-above.com. Dicapai pada 2016-09-30.
- ^ Garcia, Mark (16 Mei 2016). "Station Reaches 100,000 Orbits, Deploys Cubesats". NASA. Dicapai pada 17 May 2016.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaISStD
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOnOrbit
- ^ "STS-132 Press Kit" (PDF). NASA. 7 Mei 2010. Dicapai pada 19 Jun 2010.
- ^ "STS-133 FD 04 Execute Package" (PDF). NASA. 27 February 2011. Dicapai pada 27 Februari 2011.
- ^ 10 daripada negara-negara ahli sedang melibatkan diri. [1]; Austria, Finland, Ireland, Portugal, dan United Kingdom memilih untuk tidak terlibat; Greece dan Luxembourg turut sama dengan ESA kemudiannya.