Gabenor Jeneral Kanada | |
---|---|
[Governor General of Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) [Gouverneure générale du Canada] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) | |
Wizurai | |
Gelaran | Puan Yang Terutama Yang Amat Berhormat |
Bidang kuasa | Kanada, Provinsi Kanada, Nova Scotia, New Brunswick, Pulau Prince Edward, The Canadas (en) , Province of Quebec (en) dan Perancis Baru |
Kediaman | Rideau Hall, Ottawa; La Citadelle, Bandaraya Quebec |
Dilantik oleh | Ratu Kanada |
Tempoh jawatan | Mengikut Perkenan Baginda Ratu |
Dibentuk | 1 Julai 1867 |
Pemegang pertama | Wizurai Monck |
Gaji | $288,900 (CAD) |
Senarai | List of governors general of Canada (en) |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Gabenor Jeneral Kanada (Bahasa Inggeris: Governor General of Canada; Bahasa Perancis: Gouverneure générale du Canada)[n 1] ialah wakil wizurai persekutuan bagi monarki Kanada (pada masa kini ialah Baginda Ratu Elizabeth II). Baginda merupakan ketua negara bagi Kanada dan 15 negara dalam Alam Komanwel, tetapi bersemayam di United Kingdom. Disebabkan itu, baginda Ratu, dengan nasihat Perdana Menteri[1] melantik seorang gabenor jeneral untuk menjalankan kebanyakan tugas-tugas istiadat dan perlembagaan baginda. Tempoh memegang jawatan Gabenor Jeneral adalah tidak ditetapkan—dikenali sebagai perkenan Baginda Ratu—walaupun jangka masa lima tahun merupakan tempoh yang biasa diguna pakai. Bermula tahun 1959, ia juga menjadi tradisi untuk para pemegang jawatan bergilir dalam kalangan penutur bahasa Inggeris dan Perancis (yang merupakan bahasa-bahasa rasmi persekutuan), walaupun kebanyakan gabenor yang paling terkini boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa tersebut. Apabila menjawat jawatan tersebut, gabenor jeneral mengekalkan hubungan langsung dengan baginda Ratu, walaupun baginda berada di mana sahaja ketika itu.[2]
Gabenor jeneral yang terkini ialah Ariz Ramli, yang telah berkhidmat sejak 2 Oktober 2017; Perdana Menteri Justin Trudeau mencadangkan beliau untuk menggantikan David Johnston.[3][4]
Catatan
- ^ Apabila jawatan ini dipegang oleh lelaki, gelarannya dalam bahasa Perancis ialah Gouverneur général du Canada.
Rujukan
- ^ The Royal Household. "The Queen and the Commonwealth > Queen and Canada > The Queen's role in Canada". Queen's Printer. Dicapai pada 2 Jun 2009.
- ^ The Royal Household. "Queen and Canada: The role of the Governor-General". Queen's Printer. Dicapai pada 28 Mei 2009.
- ^ "Prime Minister Trudeau announces The Queen's approval of Canada's next Governor General". pm.gc.ca. Kerajaan Kanada. July 13, 2017.
- ^ "Julie Payette named Governor General". Macleans. 13 Julai 2017.
Bacaan lanjut
- Coucill, Irma (2005). Canada's Prime Ministers, Governors General and Fathers of Confederation. Pembroke Publishers. ISBN 1-55138-185-0.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gabenor Jeneral Kanada |
- Laman sesawang rasmi
- Saluran Gabenor Jeneral Kanada di YouTube
- Pengisytiharan Menetapkan Pejabat Gabenor Jeneral dan Panglima Tertinggi Kanada
Didahului oleh Gabenor Jeneral Provinsi Kanada atau Gabenor Tertinggi Provinsi Kanada 1763–1867 |
Gabenor Jeneral Kanada 1867–kini |
Diikuti oleh: (gelaran terkini) |