| Perdana Menteri Jepun | |
|---|---|
| 内閣府副大臣 | |
Lambang Pejabat Perdana Menteri Jepun | |
| Anggota bagi | Kabinet Jepun |
| Bidang kuasa | Jepun |
| Institusi | Kabinet Jepun, Digital Agency (en) |
| Kediaman | Kantei, di Chiyoda, Tokyo |
| Penama | Maharaja Jepun |
| Dilantik oleh | Maharaja Jepun dan Diet Jepun |
| Tempoh jawatan | 4 tahun |
| Dibentuk | 22 Disember 1885 |
| Pemegang pertama | Itō Hirobumi |
| Timbalan/naib | Acting Prime Minister of Japan (en) |
| Gaji | ¥ 22,190,000 |
| Senarai | Senarai Perdana Menteri Jepun |
| Tapak web | http://japan.kantei.go.jp/index.html |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Perdana Menteri Jepun (内閣総理大臣, Naikaku Sōri Daijin, sebutan Jepun: [naꜜi.ka.kɯ | soː.ɾʲi daꜜi.dʑiɴ])[1] ialah ketua kerajaan Jepun. Perdana menteri mempengerusi Kabinet Jepun dan berkebolehan memilih dan memecat menteri negaranya. Perdana menteri juga berkhidmat sebagai panglima tertinggi Angkatan Pertahanan Diri Jepun.[2] Perdana menteri sekarang[kemas kini], Sanae Takaichi, mula menjawat pada 21 Oktober 2025; beliau ialah wanita pertama yang berkhidmat sebagai presiden Parti Demokratik Liberal atau perdana menteri.
Diet Kebangsaan (parlimen) mencalonkan perdana menteri dalam kalangan ahlinya (biasanya dalam kalangan ahli Dewan Perwakilan). Beliau kemudian dilantik rasmi oleh maharaja. Perdana menteri mesti mengekalkan keyakinan Dewan Perwakilan untuk kekal menjawat. Perdana menteri tinggal dan bekerja di Naikaku Sōri Daijin Kantei (Kediaman Rasmi Perdana Menteri) di Nagatachō, Chiyoda, Tokyo, dekat dengan Bangunan Diet Kebangsaan.
66 orang (65 lelaki dan 1 wanita) telah berkhidmat sebagai perdana menteri, yang pertama ialah Itō Hirobumi mula menjawat pada 22 Disember 1885. Perdana menteri yang paling lama berkhidmat ialah Shinzo Abe, yang berkhidmat melebihi lapan tahun sepanjang dua penggal yang tidak berturut, dan yang paling pendek berkhidmat ialah Putera Naruhiko Higashikuni, yang berkhidmat selama 54 hari.
Senarai perdana menteri Jepun
Terdapat sebelas bekas perdana menteri Jepun yang masih hidup. Bekas perdana menteri yang meninggal baru-baru ini ialah Shinzo Abe (1954–2022), dibunuh ketika berkempen di Nara pada 8 Julai 2022.
| Nama | Tempoh jawatan | Tarikh lahir |
|---|---|---|
| Morihiro Hosokawa | 1993–1994 | 14 Januari 1938 |
| Tomiichi Murayama | 1994–1996 | 3 Mac 1924 |
| Yoshirō Mori | 2000–2001 | 14 Julai 1937 |
| Junichiro Koizumi | 2001–2006 | 8 Januari 1942 |
| Yasuo Fukuda | 2007–2008 | 16 Julai 1936 |
| Taro Aso | 2008–2009 | 20 September 1940 |
| Yukio Hatoyama | 2009–2010 | 11 Februari 1947 |
| Naoto Kan | 2010–2011 | 10 Oktober 1946 |
| Yoshihiko Noda | 2011–2012 | 20 Mei 1957 |
| Yoshihide Suga | 2020–2021 | 6 Disember 1948 |
| Fumio Kishida | 2021–2024 | 29 Julai 1957 |
| Shigeru Ishiba | 2024–2025 | 4 Februari 1957 |
Pautan luar
- ^ Matsumura, Akira, penyunting (5 September 2019). 大辞林 (dalam bahasa Jepun) (ed. 4th). Sanseidō.
- ^ "Book review: A nuanced deep dive on Japan's Self-Defense Forces".









