Kerajaan Belanda (Belanda: Koninkrijk der Nederlanden ; pronounced [ˈkoːnɪŋkrɛiɡ dɛr ˈneːdərlɑndə(n)] ( listen)),[a] biasanya dikenali sebagai Belanda,[b] ialah sebuah negara berdaulat dan monarki berperlembagaan dengan 98% wilayah dan penduduknya di Eropah Barat dan dengan beberapa wilayah pulau kecil India Barat di Caribbean (dalam kumpulan Kepulauan Lindung Angin dan Antilen Lindung Angin).
Empat bahagian Kerajaan— Aruba, Curaçao, Belanda dan Sint Maarten— ialah negara juzuk (landen; kata tunggal land) dan mengambil bahagian atas dasar persamaan sebagai rakan kongsi dalam Kerajaan.[1] Walau bagaimanapun, dalam praktiknya, kebanyakan urusan Kerajaan ditadbir oleh tanah besar Belanda— yang merangkumi kira-kira 98% daripada kawasan tanah dan penduduk Kerajaan— bagi pihak seluruh Kerajaan. Akibatnya, Aruba, Curaçao dan Sint Maarten bergantung kepada Belanda dalm hal-hal seperti dasar luar dan pertahanan, tetapi berautonomi pada satu tahap tertentu, dengan parlimen mereka sendiri.
Sebahagian besar kawasan tanah negara juzuk Belanda adalah di Eropah, manakala tiga perbandaran khasnya (Bonaire, Sint Eustatius dan Saba) terletak di Caribbean, begitu juga dengan tiga negara juzuk yang lain. Kerajaan ini mempunyai penduduk sebanyak 17,737,438 orang setakat November 2019[kemas kini].
Negara juzuk
Kerajaan Belanda terdiri daripada empat negara juzuk: Belanda, Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten. Terdapat perbezaan antara Kerajaan Belanda dan Belanda: Kerajaan Belanda ialah sebuah negara berdaulat yang komprehensif, manakala Belanda adalah salah satu daripada empat negara juzuknya. Tiga pulau Caribbean (Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten) adalah tiga negara juzuk selebihnya. Tiga pulau Caribbean lain (Bonaire, Sint Eustatius, dan Saba) adalah perbandaran khas dalam negara Belanda. Sehingga pembubarannya pada 2010, pulau-pulau itu telah membentuk Antillen Belanda, kecuali Aruba, yang meninggalkan kumpulan itu pada 1986.
Negara | Penduduk (November 2019) |
Peratusan penduduk Kerajaan | Luas[2] | Peratusan luas Kerajaan | Ketumpatan penduduk | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Subbahagian | |||||||
Belanda[c] | 17,424,978 | 98.24% | 41,873 km2 (16,167 bt2) | 98.45% | 516/km2 (1,340/sq mi) | ||
Wilayah Belanda Eropah | 17,399,821 | 98.10% | 41,545 km2 (16,041 bt2) | 97.68% | 521/km2 (1,350/sq mi) | ||
Bonaire†‡ | 20,104 | 0.11% | 288 km2 (111 bt2) | 0.69% | 69/km2 (180/sq mi) | ||
Saint Eustatius†‡ | 3,138 | 0.02% | 21 km2 (8.1 bt2) | 0.05% | 150/km2 (390/sq mi) | ||
Saba†‡ | 1,915 | 0.01% | 13 km2 (5.0 bt2) | 0.03% | 148/km2 (380/sq mi) | ||
Aruba† | 112,309 | 0.63% | 180 km2 (69 bt2) | 0.42% | 624/km2 (1,620/sq mi) | ||
Curaçao† | 158,665 | 0.89% | 444 km2 (171 bt2) | 1.04% | 358/km2 (930/sq mi) | ||
Sint Maarten† | 41,486 | 0.23% | 34 km2 (13 bt2) | 0.08% | 1,221/km2 (3,160/sq mi) | ||
Kerajaan Belanda | 17,737,438 | 100.00% | 42,525 km2 (16,419 bt2) | 100.00% | 515/km2 (1,330/sq mi) | ||
† Sebahagian Caribbean Belanda. ‡ Sebahagian Belanda Caribbean. |
Jadual perbandingan
Subbahagian | Mata wang | Bahasa utama | Agama utama |
---|---|---|---|
Belanda | Euro | Belanda | Tiada agama, Kristian |
Bonaire | Dolar AS | Papiamento, Belanda (rasmi) | Katolik, Protestan |
Sint Eustatius | Dolar AS | Inggeris, Belanda (rasmi) | Protestan, Katolik |
Aruba | florin Aruba | Papiamento, Belanda (rasmi), Sepanyol | Katolik |
Saba | dolar AS | Inggeris, Belanda (rasmi) | Katolik |
Curaçao | Guilder Antillen Belanda | Papiamento, Belanda (rasmi) | Katolik |
Sint Maarten | Guilder Antillen Belanda | Inggeris, Belanda (rasmi), Sepanyol | Katolik, Protestan |
Garis masa negara juzuk
Masa | negara | Perubahan |
---|---|---|
1954–1975 | Piagam Kerajaan Belanda ditandatangani | |
1975–1986 | Suriname memperoleh kemerdekaan dan menjadi Suriname | |
1986–2010 | Aruba berpisah dari Antillen Belanda untuk menjadi negara juzuk dengan haknya sendiri | |
2010–sekarang | Antillen Belanda dibubarkan. Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara juzuk, manakala pulau BES menjadi majlis perbandaran khas Belanda. |
Nota
- ^ Secara berasingan, Koninkrijk disebut [ˈkoːnɪŋkrɛik].
- ^ Tidak dikelirukan dengan negara juzuk Belanda yang merupakan sebahagian Kerajaan. Ia boleh merujuk kepada Kerajaan dalam sesetengah konteks formal.
- ^ The population statistics of the Central Bureau of Statistics for the Netherlands do not include the Caribbean Netherlands (Source 1, 2). The number given here results from adding the population statistics of the Netherlands with those of the Caribbean Netherlands.
Rujukan
- ^ The Charter of the Kingdom was fully explained in an "EXPLANATORY MEMORANDUM to the Charter for the Kingdom of the Netherlands", transmitted to the United Nations Secretary-General in compliance with the wishes expressed in General Assembly resolutions 222 (III) and 747 (VIII).
- ^ Ministerie van Algemene Zaken (19 May 2015). "Waaruit bestaat het Koninkrijk der Nederlanden? - Rijksoverheid.nl" Check
|url=
value (bantuan). onderwerpen.