Elly Mazlein | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
ايللي مذليين | |||||||
Kelahiran | Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi 17 Disember 1980 | ||||||
Nama lain | Kak Lina Pom Pom / Rokiah | ||||||
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | ||||||
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak, penyampai radio | ||||||
Tahun aktif | 1997–kini | ||||||
Majikan | Astro Radio (2022-kini) | ||||||
Ketinggian | 165 cm (5 ka 5 in) | ||||||
Pasangan |
| ||||||
Anak-anak | 2 | ||||||
Ibu bapa |
| ||||||
Kerjaya muzik | |||||||
Genre | |||||||
Instrumen | Vokal | ||||||
Syarikat rakaman | |||||||
Kerjaya lawak | |||||||
Media | Televisyen, filem, dan internet | ||||||
Genre | Pelawak berdiri, cereka, komedi sketsa | ||||||
Subjek | Komedi, lawak jenaka | ||||||
Maklumat YouTube | |||||||
Saluran | |||||||
Genre | |||||||
Pelanggan | 221 ribu | ||||||
Jumlah tontonan | 12.3 juta | ||||||
| |||||||
Dikemaskini pada 10 Mac 2021 |
Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau lebih dikenali sebagai Elly Mazlein (Jawi: ايلي مذلين, lahir 17 Disember 1980) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio wanita Malaysia.[1][2][3]
Beliau mengikat kontrak rakaman bersama NAR Records pada 1997 dan telah menerbitkan 4 album studio solo sepanjang 5 tahun kontrak berjalan. Ketika bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun begitu pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris pada tahun tersebut dengan jualan melebihi 60,000 unit. Kejayaan itu mengulangi kejayaan album terdahulu yang berjudul Satu Persatu yang juga terjual mencecah 50,000 unit. Elly berjaya mempopularkan lagu-lagu seperti "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan", "Janji Kekasih" dan "Bungaku Bakawali" yang ketika itu menguasai carta radio tanah air. Kerjaya muziknya terhenti seketika pada 2005 kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman.[4][5]
Sebagai pelakon, beliau memulakan kerjaya lakonan setelah disunting oleh pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam untuk membintangi drama bersiri Gerak Khas dan sejak itu, beliau menempa nama sebagai antara pelakon TV wanita paling laris di Malaysia.[6][7]
Kehidupan awal
Elly Mazlein dilahirkan pada 17 Disember 1980 di Kampung Behrang, Slim River, Perak kepada pasangan Syed Hanafi Syed Abdullah dan Sabariah Ahmad. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[8][9]
Kerjaya
Muzik
Pada usia 17 tahun,[10][11] Elly Mazlein menandatangani kontrak bersama NAR Records dan merakamkan album sulungnya, Sutera Kasih dengan lagu bertajuk sama dan "Biar Pilu Ada Penawarnya" dikeluarkan sebagai single.[12] Album ini menjadi kegagalan komersial, namun tidak mematahkan semangat Elly untuk bergiat aktif dalam bidang muzik. Album keduanya, Satu Persatu dikeluarkan dua tahun kemudian.[13] "Usah Ditambah Bara Tersimpan" dan "Janji Kekasih" dikeluarkan sebagai single. Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia telah terjual sebanyak 50,000 unit.[14][15]
Elly kemudian mengumpul material baru untuk album ketiganya, Elly yang mana proses rakaman dijalankan pada bulan puasa 2000.[16][17][18][19] Dikeluarkan pada 26 Mac 2001, album ini mendapat sentuhan pelbagai komposer dan penerbit terkenal termasuk Azmeer, Azman Abu Hassan dan Eddie Hamid. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah "Bungaku Bakawali", "Cintaku Untuk Bahagia" dan "Gerimis".[20][21][22][23] Elly mencipta rekod tersendiri apabila ia berjaya menjadi antara 10 album Malaysia terlaris dengan jualan mencecah 60,000 unit. Malah Satu Persatu dan Elly turut menerima pensijilan Platinum daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Album kompilasi pertamanya, Elly: The Best Ballads dikeluarkan pada 2002, menghimpunkan koleksi lagu-lagu terbaik dari tiga album terdahulunya. Ia telah menerima pensijilan Emas.[24] Pada 14 Julai 2002, Elly bersama kumpulan Exists menjayakan persembahan amal Konsert Amal Afganistan - Exists 2002 yang berlangsung di Kuching, Sarawak.[25]
Pada April 2003, Elly menjayakan persembahan di Karnival Sure Heboh (kini Karnival Jom Heboh) sempena ulang tahun TV3 ke-19 yang berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Selain beliau, antara artis yang turut serta ialah Ezlynn, Phyne Ballerz, Apacian, Chakra Sonic, Antz, Nora, Platinum, Sarah, Handy Black, Elyana, Siti Nordiana, Boboy, Ali (XPDC), Abot, Winnie Kok dan Mamat.[26]
Elly seterusnya membuat persiapan untuk merakamkan album keempat, Atas Nama Cinta.[27][28] Untuk album ini, beliau melakukan proses pemilihan lagu secara teliti. Album ini dikeluarkan pada September 2003 dengan lagu "Merry Go Round" dan "Pendita Penipu" dikeluarkan sebagai single.[29][30] Antara komposer dan penerbit yang mencurahkan tenaga dalam album ini ialah Aidit Alfian, Azlan Abu Hassan, LY dan Eddie Hamid.[31]
Selepas mengecapi kejayaan dalam industri muzik dalam tempoh 7 tahun, kerjaya muzik Elly Mazlein terhenti seketika kerana faktor pasaran dan kontrak rakaman, sekaligus mengambil cuti panjang dari kerjaya nyanyian. Lima tahun kemudian, iaitu pada 2010, Elly kembali aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan dua single baharu bertajuk "Please Forgive Me" dan "Kata Saja I Love You".[32][33]
Pada Mac 2013, beliau melancarkan single bertajuk "Sabarlah Hati" yang bergenre balada di bawah KRU Music, lagu ini ialah hasil ciptaan Manusia Putih. Beliau dipetik oleh portal hiburan Sensasi Selebriti sebagai berkata: “Elly berasa teruja dapat bersama KRU Music dalam mempromosikan single terbaru dan sentiasa mengharapkan yang terbaik daripada KRU Music”.[34]
Pada Oktober 2016, beliau menjadi salah seorang daripada peserta Gegar Vaganza musim ketiga selepas menerima tawaran daripada Astro untuk menyertai rancangan itu.[35][36] Beliau mengumumkan menarik diri selepas konsert minggu keempat kerana dikatakan kecil hati dengan komen daripada juri tetap, Ramli M.S..[37][38][39]
Pada 26 April 2017, Elly melancarkan single terbaharu bertajuk "Jeritan Hati" yang berdasarkan daripada kisah hidup beliau. Majlis pelancaran single ini diadakan di Platinum Superstar Karaoke, Setapak Sentral, ia menjadi single pertamanya dalam tempoh empat tahun sejak "Sabarlah Hati".[40]
Beliau bersama-sama Faizal Tahir dan Zizi Kirana merakamkan semula lagu klasik "Empat Dara" karya asal Atan Penambang dan Ahmad Yusoh dengan tajuk "Empat Dara 2020". Sejak pelancaran rasminya di YouTube pada November 2020, muzik video lagu ini menjadi sohor kini nombor dua di platform YouTube Malaysia dengan jumlah tontonannya juga sudah mencecah 4.5 juta dengan lebih 9,400 komen daripada pelayar yang rata-rata terhibur dan memberi sokongan sangat positif.[41][42] Lagu ini juga dipersembahkan secara langsung di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33.[43]
Pada 26 Februari 2021, Elly muncul dengan single terbaharu, "Dusta Cinta" hasil nukilan Aina Abdul dengan liriknya ditulis oleh Wan Zakaria. Beliau berkata mengenai lagu ini: "Saya yakin bakat dan kemampuan Aina (Abdul) cukup besar. Jadi, tidak salah saya menyokong dan memberi kepercayaan kepadanya. Karya yang dinyanyikannya sendiri pun hebat. Saya juga mengharapkan tuah sama menyebelahi saya. Saya lihat Aina sangat kreatif. Aina luar biasa dan sentuhannya berbisa,".[44][45][46]
Lakonan
Elly pertama kali mencuba bidang lakonan secara suka-suka pada 1999 menerusi telefilem khas Gerhana Di Mata Kabus Di Hati siaran RTM.[47] Namun kerjaya lakonan Elly secara serius bermula pada 2002 apabila pelakon, pengarah dan penerbit Yusof Haslam mempelawa beliau membintangi siri drama kepolisan Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Detektif Mazlein.[48][25][49] Ia menjadi drama pertama lakonannya. Beliau bagaimanapun, meninggalkan siri itu tiga tahun kemudian.
Beliau kemudian ditawarkan membintangi filem sulung lakonannya, Janji Diana arahan Yusof lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira yang mana beliau memegang watak sebagai Etty. Dikeluarkan pada 24 Julai 2003, filem ini menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.[28]
Dalam temuramah bersama Utusan Malaysia pada 6 Julai 2003, Elly berkata, beliau jujur untuk menjadi pelakon dengan hasrat mahu mencuba nasib dalam bidang lakonan dan mempertingkatkan keupayaan dalam kedua-kedua bidang yang diceburinya.[31] Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada masa itu saya tidak anggap ia sebagai sesuatu yang serius. Saya hanya mahu mencuba sesuatu yang baru [...] Lakonan kini menjadi bidang kedua saya selepas nyanyian".[31]
Selepas Janji Diana, beliau kemudian ditawarkan pula untuk memegang peranan utama dalam filem Tangkai Jering arahan Abdul Razak Mohaideen dengan memegang watak sebagai Shakila.[50][51][52] Elly digandingkan bersama Yassin Yahya, bekas ahli kumpulan Senario. Biarpun memegang peranan utama, babak yang melibatkan dirinya dirakam hanya 10 hari. Dalam waktu yang singkat itu beliau perlu memberikan komitmen di lokasi.[27][28][30] Filem ini ditayangkan pada 20 Disember 2004.
Elly kembali menjayakan wataknya sebagai Detektif Mazlein dalam GK3 The Movie yang ditayangkan pada 9 Februari 2005.[52][53] Dari 22 Oktober 2007 hingga 31 Januari 2008, Elly menjadi salah seorang daripada enam pelakon utama Spa Q musim pertama bersama-sama Norish Karman, Farahdhiya, Betty Banafe, Nisha Dirr dan Intan Azura yang mana beliau memegang watak sebagai Farah, salah seorang kakitangan Spa Q. Beliau kemudian muncul dalam drama Bella di Slot Akasia TV3 dengan melakonkan dua watak, iaitu watak tajuk dan Tengku Julia Sandra, seterusnya muncul dalam telefilem pertama lakonannya, Pelita Buluh.
Pada tahun 2010, beliau memegang watak tajuk dalam drama Na O Mei arahan Fairuz Loy dengan skrip oleh Rozie Rashid yang diilhamkan dari satu kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak yang dinamakan Na O Mei. Dalam drama ini, Elly digandingkan bersama Adi Putra dan Iqram Dinzly.
Elly dan Iqram kemudia kembali bekerjasama dengan membintangi drama seram Amukan Pocong bersama-sama Azhan Rani dan Ezany Nizariff. Beliau memegang watak Long Jamilah, drama ini bersiaran di slot Seram dari 15 Mac hingga 7 Jun 2012. Setahun kemudian, Elly berlakon di samping Scha Al-Yahya dalam filem Awan Dania The Movie, adaptasi dari siri drama Astro Ria bertajuk sama.[54] Ia menjadi filem pertama lakonannya dalam tempoh 8 tahun sejak GK3 The Movie. Beliau berkata mengenai wataknya dalam filem ini: "Saya seronok menjayakan watak Tania dan berharap peminat suka dengan kelainan yang cuba ditonjolkan melalui watak saya kali ini,".[54]
Pada tahun 2014, Elly melakonkan watak sebagai Mona dalam drama Kristal Maya arahan suaminya ketika itu, Azmi Hatta, yang dibintangi oleh Amyra Rosli dan Shahz Jaszle, seterusnya memegang watak Jenny dalam drama Cinta Ibadah yang mengandungi 175 episod.
Empat tahun kemudian, beliau menjadi salah seorang pelakon utama drama Vila Ghazara arahan Feroz Kader yang antara lain turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Mustapha Kamal dan Haleeda. Beliau memegang watak sebagai Maria, isteri kedua Dr. Ghaz lakonan Mustapha Kamal.[55] Selain itu, beliau turut berlakon dalam Teratai Kemboja sebagai Hanani dan Aku Cinta Dia sebagai Rima.
2019 menjadi tahun paling sibuk dalam kerjaya lakonan Elly yang mana beliau berlakon dalam 7 drama televisyen dan 2 telefilem. Antara drama lakonannya sepanjang tahun itu ialah Patah Sayap Bertongkat Paruh di slot MegaDrama Astro Ria lakonan Aaron Aziz dan Fasha Sandha, beliau memegang watak sebagai Hanani dan Kau Yang Pertama di slot Akasia TV3 lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah dengan memegang watak sebagai Kak Zaza. Kejayaan terbesarnya dalam kerjaya lakonannya hadir menerusi watak sebagai Mona/Minah dalam drama komedi Kampung People yang menggandingkan beliau bersama Rashidi Ishak dan pelakon baru, Riena Diana dan Hun Haqeem. Diterbitkan oleh KL Motion Pictures, drama yang bersiaran di slot Lestary TV3 dari 11 Disember 2019 hingga 8 Januari 2020 menjadi kejayaan komersial sekaligus menerima ulasan positif daripada pengkritik televisyen dan warganet.[56][57] Beliau juga muncul dalam dua telefilem pada tahun itu, Siapa Dia Sebenarnya dan Maaf Dari Khilaf.
Elly seterusnya berlakon di samping Aeril Zafrel dan Nabila Razali dalam drama adaptasi novel, Seindah Tujuh Warna Pelangi dengan melakonkan watak Maryam. Beliau kemudian kembali menjayakan watak Mona dalam Kampung People 2, diikuti oleh watak sebagai Sheila dalam Keluarga Epik.
Pengacaraan
Melengkapkan portfolio kerjayanya, Elly Mazlein menggalas peranan sebagai salah seorang daripada 12 penyampai anugerah di Anugerah Skrin 2018 dan Anugerah Skrin 2019 yang mana beliau digandingkan bersama Shuk Sahar. Beliau kemudian mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 bersama AC Mizal yang berlangsung pada 22 Disember 2019.[58]
Beliau juga berkhidmat sebagai pengacara tetap rancangan TV realiti Lagu Cinta Kita dengan Azwan Ali dan Michael Ang sebagai pengacara bersama.[59] Ia diadaptasi dari rancangan Love At First Sight terbitan CJ ENM.[59] Bermula 1 Mac 2021, beliau menjadi pengacara rancangan Borak Kelamin bersama Awal Ashaari di Astro Ria. Rancangan ini membincangkan topik mengenai alam perkahwinan berkaitan isu rumah tangga yang sering dianggap pantang larang atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.[60]
Elly kemudian mengacarakan rancangan masakan berkonsepkan santai, Kampung Pom Pom Letops! yang memulakan tayangan perdana di Naura HD mulai 21 Ogos 2021.[61] Sejak 2021, beliau menjadi pengacara tetap MeleTOP, bagi menggantikan Neelofa yang meninggalkan rancangan itu pada Disember 2019.[62]
Pada tahun 2022, Elly menjadi pengacara baharu Gegar Vaganza bagi menggantikan Jihan Muse.
Pada tahun 2023, Elly digandingkan bersama Amelia Henderson, Sean Lee dan Radin ERA bagi Gempak Most Wanted Awards 2022 dan kemudian digandingkan bersama Rina Nose untuk menjadi pengacara program Big Stage musim kelima.
Penajaan dan Khidmat Masyarakat
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia - Duta Kempen - 2002-2004
- Safi Balqis - Jurucakap dan Duta Produk - 2004 - 2007 [63]
- Lentik Dara by Ayden Rizqi - Duta Produk- 2017-2019
- Minyak Masak Kijang Gold - Duta Produk - 2021 - sekarang
Kehidupan peribadi
Elly telah berkahwin sebanyak dua kali. Beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta, pada 9 November 2014.[64] Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama 11 bulan.[65] Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Sara Sefhia.[66][67][68] Elly dilaporkan berkata dalam satu temubual dengan Berita RTM bahawa beliau sudah serik dengan lelaki.[69]
Setelah 5 tahun menyendiri, Elly telah bertemu dengan pilihan hatinya, Mohamad Azlan Che Nuh, seorang pendidik mengajar subjek Geografi dan juga 10 tahun lebih muda daripada Elly. Pada 18 Januari 2020, mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.[70][71][72] Beliau mengumumkan kehamilan keduanya pada April 2021.[73][74]
Pada 23 Oktober 2021, Elly dan suaminya Mohamad Azlan dikurniakan cahaya mata lelaki, yang diberi nama Haider Mateen.[75][76]
Diskografi
Album studio
- Sutera Kasih (1997)
- Satu Persatu (1999)
- Elly (2001)
- Elly: Best of Ballads (2002)
- Atas Nama Cinta (2003)
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2003 | Janji Diana | Etty | Filem lakonan pertama beliau |
2004 | Tangkai Jering | Syakila | |
2005 | GK3 The Movie | Detektif Mazlin | |
2013 | Awan Dania The Movie | Tania | |
2015 | Kapsul | Rahimah | |
2021 | Hantu Ke Lima | Kam | |
2023 | Gui | Rasyidah |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002–2005 | Gerak Khas | Detektif Mazlein | TV2 | Drama pertama beliau |
2005–2007 | Sembilu Kasih | Mastura | TV3 | |
2007 | Bukan Yang Pertama | Yasmin | TV2 | |
2008 | Bella | Bella / Tengku Julia Sandra | TV3 | |
Spa Q | Farah | |||
Cinta Batu Belah | Saffiya | |||
2009 | Amanah Karmila | Karmila | TV2 | |
Senandung Si Dayang | Megasari | TV3 | ||
Sampai Syurga | Saniah | |||
Keliwon | Suri | Episod : Pontianak | ||
Sarah | Episod : Tikar Mengkuang | |||
Mastura | Episod : Hantu Kubur | |||
Sumpah Bunian | Azeera | |||
2010 | Na O Mei | Na O Mei | ||
Ulek Mayang | Puteri Mayang Sari | |||
2010 | Mistik Alam Hitam | Ros | Astro Ria | Episod : Polong Belaan |
2012 | Amukan Pocong | Long Jamilah | TV3 | |
2013 | Firdausi Cinta | TV1 | ||
2013–2015 | Ema Emyliana | Rina | TV3 | |
2014 | Kristal Maya | Mona | ||
Mencari Cinta | Maira | TV1 | ||
2014–2015 | Cinta Ibadah | Jenny | Astro Prima | |
2015 | Doa Tiga Wanita | TV1 | ||
2016 | Amsyar | Karmila | TV9 | |
2018 | Teratai Kemboja | Hanani | TV3 | |
Vila Ghazara | Maria | |||
JKK (Musim 4) | Luna | Episod: "Mencari Rezeki" | ||
Mencari Qiblat | ||||
Aku Cinta Dia | Rima | |||
2019 | Patah Sayap Bertongkat Paruh | Hasnah | Astro Ria | |
Diari Ramadhan Rafique Reunion | Jiha | TV3 | ||
Ajari Playboy Itu | Haliza | |||
Kau Yang Pertama | Kak Zaza | |||
Dapur Kita | Elyana | |||
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis | Yasmin | Astro Ria | ||
2019–2020 | Kampung People | Mona / Minah | TV3 | |
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Maryam | ||
Kampung People 2 | Mona / Minah / Meringue | |||
SMK (musim 2) | Cikgu Aini | Astro Ceria | ||
2021 | Keluarga Epik | Sheila | TV3 | |
Ramadan Pertama Edi | Naemah | Astro Ria | ||
2022 | Lockdown 2 | |||
SMK (musim 4) | Cikgu Aini | Astro Ceria | ||
Kampung People 3 | Mona / Meringue / Moni Segamat | TV3 | ||
Gila Viral | Dr Zarra | Astro Warna | ||
2023 | One Million Dolar Voice | Kak Lina | Astro Ria | |
Sherry Supir | Sherry | TV Okey |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Gerhana Di Mata Kabus Di Hati | TV1 | Telefilem pertama beliau | |
2008 | Pelita Buluh | TV3 | ||
2011 | Hantu Gigi | Astro Prima | ||
Zuriat Suamiku | Sarah | TV9 | ||
2012 | Calon Suamiku | Dr. Aida | Astro Prima | |
Demi Suffian | Salmah | TV3 | ||
2014 | Sepahtu Kepok Bonda | Astro Warna | ||
2016 | Opah Bahulu Lola Cupcake | TV1 | ||
Jatuh Cinta Buta | Astro Ria | Penampilan khas | ||
2017 | Ketupat Buat Nenek | Maria | TV9 | |
Riuh Raya Kak Mah | Sofia | Astro Warna | ||
Asam Pedas Pewitt | Nuri | TV3 | ||
Siapa Dia Sebenarnya | ||||
2019 | Maaf Dari Khilaf | Rosnah | ||
2020 | Ratahan Al-Marid | Nina | Astro Citra | |
2022 | Puaka Janda | Mariam | ||
2024 | Terompak Sana Tertukar Sini | Julia | Astro Warna |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | MeleTOP | Artis Jemputan | Astro Ria | Kak Lina Pom Pom Nak Jadi Duta MeleTOP |
2017 | Maharaja Lawak Mega 2017 | Astro Warna | Ayat Power Minggu ke-7 | |
MeleTOP | Astro Ria | Achey, Fad, Bell & Elly Beraya Di Mana? | ||
Ketuk-Ketuk Ramadan | Masakan Roti Kebab | TV1 | Episod 3 | |
2018 | Bintang Bersama Bintang | Artis Jemputan | TV3 | Shuk & Elly Mazlein Minggu ke-5 |
Wanita Hari Ini | Kriteria Jodoh Pilihan | |||
Mentor Otai | Pengacara | Mengacara bersama Haziq Hussni | ||
Game Time | Artis Jemputan | ntv7 | Elly Mazlein takut tinggi ke? | |
Borak Kopitiam | TV3 | Tumpang Der | ||
Melodi: KFC Membawang Dalam Kereta | ||||
Anugerah Skrin 2018 | Pengacara | Mengacara bersama Shuk Sahar | ||
2019 | Wanita Hari Ini | Artis Jemputan | Benarkah lelaki berusia makin miang | |
Mentor Milenia | Pengacara | Mengacara bersama Shuk Sahar | ||
Senang Terhibur | Artis Jemputan | Episod 4 (bersama Ruhainies dan W.A.R.I.S) | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Pengacara | Mengacara bersama Dato' AC Mizal | ||
5 Rencah 5 Rasa | Artis Jemputan | Episod 2 | ||
Anugerah Skrin 2019 | Pengacara | Mengacara bersama Shuk Sahar | ||
The Sherry Show | Awet Muda | Episod 9 | ||
Bintang Bersama Bintang (Musim 2) | Pengacara | |||
2020 | Mahligai Cinta | Artis Jemputan | Perkahwinan Elly Mazlein & Mohd Azlan Che Nuh | |
MeleTOP | Artis Jemputan | Astro Ria | Kek Kahwin Elly Mazlein ada air terjun | |
Wanita Hari Ini | TV3 | Menu Masakan Ringkas Di Rumah | ||
Keringat Selebriti | Dirinya sendiri | Awesome TV | Kisah Hidup Elly Mazlein (Episod 3) | |
Masak Apa Tu? | TV3 | Elly Mazlein X Azlan Che Nuh (Episod 8) | ||
Wanita Hari Ini | Artis Jemputan | Memahami Bahasa Cinta Pasangan | ||
2020–2021 | Lagu Cinta Kita (Musim 2) | Pengacara | Mengacara bersama Azwan Ali | |
Muzikal Lawak Superstar (musim 2) | Astro Warna | Mengacara bersama Nabil Ahmad | ||
2021 | Borak Kelamin | Astro Ria | Mengacara bersama Awal Ashaari | |
Malaysia Hari Ini | Artis Jemputan | TV3 | Temubual lagu terbaru "Dusta Cinta" | |
Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom | Pengacara | TV1 | ||
Perang Prank | Astro Warna | |||
Kampung Pom Pom Letops! | Naura HD | |||
Gegar Vaganza (musim 8) | Pengacara Jemputan | Astro Ria | ||
2021–kini | MeleTOP | |||
2021–2023 | Sumbang Suara | Pengacara | TV3 | |
2022 | Melodi | Pengacara Jemputan | ||
Big Stage (musim 4) | Astro Ria | |||
Mic ON! (Musim 2) | Awesome TV | |||
Mana Satu | Pengacara | Astro Ria | ||
Kelentang Kelentung Pom Pom | ||||
Gegar Vaganza Semangat Nak Raya | Mengacara bersama Nabil Ahmad | |||
Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) | Astro Warna | Mengacara bersama Sharnaaz Ahmad | ||
Gegar Vaganza (musim 9) | Astro Ria | Mengacara bersama Nabil Ahmad | ||
Ceria Popstar Xtra 2022 | Astro Ceria | Mengacara bersama Nabil Ahmad | ||
2022–2023 | All Together Now Malaysia (musim 2) | Juri | Astro Ria | |
The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Astro Warna | |||
2023 | Gempak Most Wanted Awards 2022 | Pengacara | Astro Ria | Mengacara bersama Radin Amir Affendy, Amelia Henderson & Sean Lee |
Yang Paling Padu | Mengacara bersama Nabil Ahmad | |||
Big Stage (musim 5) | Mengacara bersama Rina Nose | |||
Sepahtu Reunion Live | Zack/Zakiah | Astro Warna | Episod: "Izinkan Aku Berubah" | |
Dapur Vaganza | Pengacara | Astro Ria | ||
All Stars Gegar Vaganza | Mengacara bersama Nabil Ahmad & Jihan Muse sehingga minggu 3 | |||
The Masked Singer Malaysia (musim 4) | Juri | Astro Warna | ||
2024 | Yak Yak Yey! | Pelbagai | ||
No Filter | Pengacara | Astro Ria | ||
Kilauan Emas | Astro Prima | Musim Ke-6 |
Sebagai peserta
- Gegar Vaganza (musim 3)
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Kembali Menyengat | "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" | Dirinya sendiri | SELAMAT | [77] [78] [79] |
Minggu 2 | Memori Berkasih | "Berpisah Jua" | Ziana Zain | SELAMAT | |
Minggu 3 | Ada Bran? | "Perawan Atau Janda" | Cita Citata | SELAMAT | |
Minggu 4 | Duet Vaganza | "Jangan Menangis Sayang" (duet bersama Acong) | Safura & Oney | TARIK DIRI |
- Drop The Beat
Minggu | Pusingan | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Pusingan 1 | KPOP | "I Will Show You" | Ailee | PEMENANG |
Pusingan 2 | SPONTAN | "Pudar" | Rossa | ||
Minggu 8 | Pusingan 1 | BOLLYWOOD | "Ladki Badi Anjani Hai" | Kajol & Shah Rukh Khan | TEMPAT KE-3 |
Pusingan 2 | HIP HOP | "Lose My Breathe" | Destiny's Child |
Tahun | Tajuk | Kumpulan |
---|---|---|
2019 | Muzikal Lawak Superstar (musim 1) | Libra |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
9 Oktober 2022 – kini | Carta Era 40 | Era |
Anugerah dan pencalonan
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) | |||
---|---|---|---|
Tahun | Produk | Sijil | Nota |
2000 | Satu Persatu | 1 x Platinum | Jualan fizikal - 50,000 unit |
2002 | Elly | 2 x Platinum | Jualan fizikal - 60,000 unit |
2003 | Best of Ballads | 1 x Emas | Jualan fizikal - 25,000 unit |
Anugerah | Tahun | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 2024 | Pengacara TV Popular | Elly Mazlein | Tercalon | — |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 2023 | Pengacara TV Popular | Elly Mazlein | Menang | — |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 2020 | Pelakon TV Wanita Popular | Elly Mazlein | Tercalon | [80] |
Artis Versatil Popular | Tercalon | ||||
Pengacara TV Popular | Tercalon | ||||
Gandingan Serasi Drama Popular | Elly Mazlein & Rashidi Ishak menerusi Kampung People | Tercalon | |||
ERA Digital Muzik Awards | 2020 | Lagu Viral ONZ | "Empat Dara 2020" (duet bersama Faizal Tahir dan Zizi Kirana) | Tercalon | — |
Anugerah MeleTOP Era | 2020 | Artis Versatil MeleTOP SYOK | Elly Mazlein | Tercalon | — |
Anugerah Seri Angkasa | 2016 | Pelakon Radio Wanita Terbaik | Elly Mazlein menerusi drama radio Detik Itu siaran Radio Klasik | Menang | — |
Drama Festival Kuala Lumpur | 2015 | Barisan Pelakon Drama Pilihan | Shahz Jaszle, Amyra Rosli, Elly Mazlein, Ryzal Jaafar, Erry Putra, Syatilla Melvin dan Amar Baharin menerusi drama Kristal Maya | Tercalon | — |
Anugerah Media Hiburan | 2002 | Bakat Baru Pelakon | Elly Mazlein | Tercalon | — |
Anugerah Juara Lagu | 2000 | Separuh Akhir Muzik Muzik (Balada) | "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan" | Tercalon | — |
Rujukan
- ^ Azra Anuar (12 Disember 2018). "Sisi Selebriti: Elly Mazlein". Kool FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-02. Dicapai pada 8 Mac 2019.
- ^ Arif Fadli Mohd Sori (29 September 2020). "Elly Mazlein 'terbang tinggi'". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 Mac 2021.
- ^ Muhammad Fairod Azizan (28 Mac 2017). "Semangat baharu Elly Mazlein". Berita Harian. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (2 April 2019). "Susah nak buat orang ketawa - Elly Mazlein". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Mac 2020.
- ^ Meera Murugesan (5 September 2004). "Elly Mazlein's beauty secret" [Rahsia kecantikan Elly Mazlein] (dalam bahasa Inggeris). The Sunday Mail. Dicapai pada 8 Mac 2019.
- ^ "Gelombang populariti Elly Mazlein". Berita Harian. 6 November 2020. Dicapai pada 8 Mac 2021.
- ^ "Menyanyi suam-suam kuku sekarang: Elly Mazlein". Sinar Harian. 12 Mac 2019. Dicapai pada 10 Ogos 2019.
- ^ "Elly debar tunggu SPM". Harian Metro. 20 Mac 1998. Dicapai pada 10 Mac 2018.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (27 Ogos 1998). "Keluarga masih temani Elly". Harian Metro. Dicapai pada 10 Mac 2018.
- ^ "Harapan Elly". Berita Harian. 4 Oktober 1997. Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ Francis Dass (7 Oktober 1997). "Teenager Elly pulls off a fine balancing act" [Elly mencuba sehabis baik] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 13 Jun 2019.
- ^ "Elly bukan berlagak baik". Berita Harian. 25 April 1998. Dicapai pada 7 Mac 2020.
- ^ "Elly Mazlein pilih lagu sesuai". Utusan Malaysia. 24 Jun 1998.
- ^ "Elly Mazlein mahu bina identiti sendiri". Utusan Malaysia. 13 Februari 2000.
- ^ "Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan kembali menaikkan nama Elly". Utusan Malaysia. 1 Februari 2001.
- ^ "Elly Mazlein menunggu album baru". Utusan Malaysia. 9 Mei 2000.
- ^ "Elly Mazlein mahu cipta sejarah". Utusan Malaysia. 8 Oktober 2000.
- ^ "Elly Mazlein rakam album baru". Utusan Malaysia. 18 Oktober 2000. Dicapai pada 8 Mac 2015.
- ^ "Elly Mazlein - Album terbaru tampilkan kelainan". Utusan Malaysia. 16 Mac 2001. Dicapai pada 8 Mac 2015.
- ^ "Elly Mazlein sedia terima kritikan". Utusan Malaysia. 25 Mac 2001.
- ^ "Seni menyatukan Ferhad & Elly Mazlein". Utusan Malaysia. 15 April 2001.
- ^ "Elly Mazlein tampil suara tersendiri". Utusan Malaysia. 21 Mei 2001. Dicapai pada 8 Mac 2015.
- ^ "Elly Mazlein terkilan". Utusan Malaysia. 17 Jun 2001.
- ^ Hanisah Selamat (13 November 2003). "Anugerah bakar semangat Elly Mazlein". Berita Harian. Dicapai pada 7 Mac 2004.
- ^ a b "Elly tidak kejar banyak tawaran". Utusan Malaysia. 17 Jun 2002.
- ^ "Elly Mazlein - Jayakan Karnival TV3". Utusan Malaysia. 18 April 2003.
- ^ a b "Elly Mazlein - Rezeki semakin melimpah". Utusan Malaysia. 18 Ogos 2003.
- ^ a b c "Soal hati milik Elly Mazlein". Utusan Malaysia. 21 September 2003.
- ^ "Elly Mazlein - Teliti pilih lagu". Utusan Malaysia. 24 Februari 2003.
- ^ a b "Elly Mazlein - penuhi impian ibu". Utusan Malaysia. 20 Oktober 2003.
- ^ a b c "Elly Mazlein - Minta jangan difitnah". Utusan Malaysia. 6 Julai 2003.
- ^ Siti Azira Abd Aziz (28 November 2010). "Please Forgive Me hadiah Elly Mazlein buat peminat". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2015.
- ^ Feride Hikmet Atak (1 Mac 2012). "Elly Mazlein teruja nak kahwin Disember ini". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2015.
- ^ Budiey (13 Mac 2013). "Video lirik lagu Sabarlah Hari Elly Mazlein". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 Mac 2015.
- ^ Ahmad Shah (24 Oktober 2016). "GV3: Nyanyi lagu kisah hidup sendiri - "Saya hampir menangis"". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Mac 2017.
- ^ Rafiq Mazlan (13 Disember 2017). "Elly Mazlein akui Gegar Vaganza beri impak tersendiri dalam kerjaya". Media Hiburan. Dicapai pada 9 Mac 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (6 November 2016). "Kecil hati punca Elly Mazlein tarik diri daripada GV3". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mac 2017.
- ^ Kemalia Othman (7 November 2016). "Tersinggung komen Ramli MS, Elly Mazlein mahu tarik diri sebelum diumum tersingkir". mStar Online. Dicapai pada 9 Mac 2017.
- ^ "Elly Mazlein tidak akan kembali ke Gegar Vaganza". Rotikaya. 8 November 2016. Dicapai pada 9 Mac 2017.
- ^ Azlina Mazli (27 April 2017). "Elly Mazlein kongsi kisah hidup dalam Jeritan Hati". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2018.
- ^ Fiza Kamarudin (12 November 2020). "Selepas 'Ha masukkk' viral... Elly Mazlein rakam semula lagu Empat Dara dengan Faizal Tahir dan Zizi Kirana". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Mac 2021.
- ^ Norhayati Nordin (24 November 2020). "Tak sangka meletup!". Harian Metro. Dicapai pada 9 Mac 2021.
- ^ "Lagu Empat Dara 2020 gamatkan ABPBH33". Berita Harian. 12 November 2020. Dicapai pada 9 Mac 2021.
- ^ Budiey (1 Mac 2021). "Elly Mazlein hadiahkan Dusta Cinta kepada peminat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Mac 2021.
- ^ Wawann Mohd (9 Mac 2021). "Dusta Cinta, Elly Mazlein beri kepercayaan pada Aina Abdul". Sinar Harian. Dicapai pada 9 Mac 2021.
- ^ Heidi Hsla (8 Mac 2021). "Elly Mazlein honoured to sing Aina Abdul's composition" [Elly Mazlein diberi kepercayaan menyanyikan lagu ciptaan Aina Abdul] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 9 Mac 2021.
- ^ "Elly pelbagaikan bakat". Berita Minggu. 28 Februari 1999. Dicapai pada 14 Jun 2020.
- ^ Khadjah Ibrahim (1 Jun 2002). "Elly Mazlein - Menjiwai watak Detektif". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Mac 2014.
- ^ "Elly Mazlein - Sebati dengan Gerak Khas". Utusan Malaysia. 24 Ogos 2002.
- ^ Abd Aziz Itar (20 Disember 2004). "Elly, Yassin, Serina - Bergabung dalam Tangkai Jering". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-21. Dicapai pada 12 Mac 2015.
- ^ Intan Rohaizat Zakariya (12 September 2003). "Elly Mazlein bintang baru Metrowealth". Berita Harian. Dicapai pada 12 Mac 2015.
- ^ a b "Elly Mazlein - Tangkai Jering hadiah hari lahir". Utusan Malaysia. 20 Disember 2004.
- ^ "Elly Mazlein kerja keras waktu muda". Utusan Malaysia. 19 Disember 2004.
- ^ a b "Scha stereotaip, Elly kunci mulut". Kosmo!. 14 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-21. Dicapai pada 18 Januari 2014.
- ^ Salma Syahbuddin (17 September 2018). Drama Terbaharu Vila Ghazara Penuh Konflik XTRA. Dicapai pada 17 September 2018.
- ^ Elly Mazlein seronok Kampung People ‘trending’, rupanya artis juga layan! Diarkibkan 2019-12-31 di Wayback Machine Himpunan Cerita Lawak (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (7 Januari 2020). Elly tak sangka ramai suka Kampung People Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2020.
- ^ "ABPBH 32: AC, Elly berdebar kali pertama jadi hos". Berita Harian. 21 September 2019. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ a b Georgie Joseph (25 Oktober 2020). "Lagu Cinta Kita, program realiti berbeza". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2020.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Mac 2021). "Kupas 'cerita dalam kain'". Harian Metro. Dicapai pada 12 Mac 2021.
- ^ Afiza Kamarulzaman (18 Ogos 2021). "Ikan Keli Masak Lemak Cekur, Bojah Ayam dan banyak lagi menu kampung bersama Kak Lina dan Arjuna Malaya". Astro Gempak. Dicapai pada 29 Ogos 2021.
- ^ Siti Zulk (5 Mei 2021). "Penampilan Nabil & Elly Mazlein di Meletop dipuji ramai, "Bersemangat kembali menonton…"". Himpunan Cerita Lawak. Dicapai pada 18 Mei 2022.
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3337145/elly-duta-baru-safi
- ^ "Elly Mazlein sah bergelar isteri". Berita Harian. 10 November 2014. Dicapai pada 10 Mac 2015.
- ^ "Karma Elly Mazlein kerana rampas suami orang". Rotikaya. 11 Oktober 2016. Dicapai pada 8 Mac 2017.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (22 Januari 2020). "Inilah Putri Sara Sephia". Harian Metro. Dicapai pada 8 Mac 2020.
- ^ Nadia Azam (26 Jun 2019). "Elly anggap perkahwinan kedua bagai perkahwinan pertama". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Mac 2020.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (3 Februari 2017). "Berpisah keputusan betul". Berita Harian. Dicapai pada 10 Mac 2017.
- ^ "Elly Mazlein serik dengan lelaki". Berita RTM. 20 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-02. Dicapai pada 8 Mac 2017.
- ^ Farhan Ikram (18 Januari 2020). "Elly Mazlein kini milik Cikgu Azlan, sah suami isteri dengam sekali lafaz". mStar Online. Dicapai pada 8 Mac 2020.
- ^ Aqmar Mustaza (18 Januari 2020). "Elly Mazlein kini sah isteri Azlan". Sinar Harian. Dicapai pada 8 Mac 2020.
- ^ Mya Amri (9 Disember 2019). "Elly Mazlein kahwin cikgu Kelantan 17 Januari 2020". Astro Gempak. Dicapai pada 8 Mac 2020.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (6 April 2021). "Elly Mazlein hamil anak kedua". Berita Harian. Dicapai pada 16 April 2021.
- ^ Haryati Karim (19 April 2021). "Elly Mazlein naik geram". Kosmo!. Dicapai pada 25 Julai 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Oktober 2021). "Elly Mazlein dapat 'hero'". Berita Harian. Dicapai pada 10 Disember 2021.
- ^ Qarami Hashim (23 Oktober 2021). "Elly Mazlein selamat bersalin anak kedua, pilih nama Haider Mateen - "Sekejap sangat... syukur Allah permudahkan"". mStar Online. Dicapai pada 10 Disember 2021.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (7 November 2016). "Kecil hati punca Elly Mazlein tarik diri daripada GV3". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mac 2021.
- ^ Kemalia Othman (7 November 2016). "Tersinggung Komen Ramli MS, Elly Mazlein Mahu Tarik Diri Sebelum Diumum Tersingkir". MStar Online. Dicapai pada 13 Mac 2021.
- ^ Mya Amri (8 Oktober 2017). "Throwback: Ini Tujuh Kontroversi GegarVaganza Paling Hangat". Astro Gempak. Dicapai pada 13 Mac 2021.
- ^ Zaidi Mohamad (15 November 2020). "Elly kecundang bermaruah". Berita Harian. Dicapai pada 18 November 2020.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Elly Mazlein |
- Kelahiran 1980
- Orang hidup
- Orang dari Perak
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Penyanyi wanita Malaysia
- Penyanyi berbahasa Melayu
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Penyampai radio Malaysia
- Pelawak Malaysia
- Peserta Gegar Vaganza