SMK | |
---|---|
Musim 2 | |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 13 |
Keluaran | |
Rangkaian | Astro Ceria |
Tarikh siaran | 7 Oktober – 30 Disember 2020 |
Kronologi musim | |
Musim kedua SMK ialah sebuah siri drama komedi Malaysia, bersiaran dari 7 Oktober 2020 hingga 30 Disember 2019 di Astro Ceria.
Sinopsis
Adam, Mal, Alya, Veena, Lisa, Arif, Boi, Nana dan Endi merupakan sekumpulan rakan karib yang melalui pelbagai cabaran dan detik-detik manis bersama sepanjang berada di Tingkatan 3. Pada musim ini, mereka berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah mengubah sepenuhnya cara mereka berinteraksi di sekolah. Walaupun berdepan dengan norma baharu, sesi persekolahan mereka tetap berjalan seperti biasa... dan luar biasa. Pelbagai situasi berlaku sehingga mencabar persahabatan mereka namun setiap perkara yang terjadi ternyata mematangkan mereka sehingga menjadi contoh bagi pelajar yang lain.
Pelakon
- Wafiy sebagai Iqmal
- Rykarl Iskandar sebagai Boi
- Fikry Kiki sebagai Arif
- Erissa Puteri sebagai Alya
- Mia Sara sebagai Nana
- Kashika Selvam sebagai Veena
- Aniq Iffat sebagai Endi
- Arena Lieya sebagai Lisa Kim
- Idan Aedan sebagai Adam
- Nasz Sally sebagai Puan Bariah
Pelakon tambahan
- Elly Mazlein sebagai Cikgu Aini
- Sean Lee sebagai Zul Fazli
- Nelissa Nizam sebagai Cikgu Juwita
Episod
No. | Tajuk | Tarikh penyiaran asal | |
---|---|---|---|
1 | "Norma Baharu" | 7 Oktober 2020 | |
Adam dan Mal melanggar peraturan kelas dengan bermain bola sepak di dalam kelas dan Mal ditangkap. Adakah Adam akan mengakui kesalahannya atau membiarkan Mal dihukum seorang diri? | |||
2 | "Nana Salah Faham" | 14 Oktober 2020 | |
Nana mengambil peluang untuk menjual pelitup muka namun, menjualnya dengan harga yang mahal. Dia mula menuduh rakan-rakannya apabila duit hasil jualannya hilang. Adakah tuduhan Nana benar? | |||
3 | "Pilihan Raya Kelas" | 21 Oktober 2020 | |
Veena meletak jawatan sebagai ketua kelas kerana arahannya tidak lagi diikuti dan didengari. Mal, Arif dan Nana mengambil peluang ini untuk menjadi ketua kelas. Siapakah yang akan berjaya? | |||
4 | "Cikgu Juwita" | 28 Oktober 2020 | |
Endi menyukai cara cikgu baharunya, Cikgu Juwita. Dia melakukan yang terbaik untuk tugasan kelas Cikgu Juwita tetapi tidak untuk tugasan kelas yang lain. Apakah yang Adam akan lakukan? | |||
5 | "Portal Gosip Arif" | 5 November 2020 | |
Arif mula menyebarkan berita palsu untuk mendapat tontonan tinggi di portal gosipnya. Keadaan menjadi semakin buruk kerana berita palsu yang disebarkan. Apakah yang akan dia lakukan? | |||
6 | "Mal Jadi ‘Influencer’" | 12 November 2020 | |
Mal menyukai seorang gadis di Enstagrom dan mula mengubah gaya hidupnya seperti seorang ‘social media influencer’ semata-mata untuk menarik perhatian gadis itu. Adakah Mal akan berjaya? | |||
7 | "Spot Check" | 19 November 2020 | |
Spot check! Cikgu Aini (Cikgu Disiplin) bersama Alya telah membuat serbuan ke kelas 3C untuk merampas barang terlarang. Siapakah yang akan terkantoi? Penampilan khas: Elly Mazlein | |||
8 | "Boi Jadi ‘Man’" | 26 November 2020 | |
Boi mendapatkan bantuan Nana untuk setiap tugasan yang perlu dilakukannya. Nana malu dengan Boi kerana terlalu bergantung kepada Nana. Adakah Nana akan terus membantu Boi atau sebaliknya? | |||
9 | "Mal Si 'Genius'" | 2 Disember 2020 | |
Mal mengajak Veena dan Nana untuk sertai pertandingan trivia dengannya. Tetapi, Mal menjawab semua soalan sendiri dan menyebabkan mereka menarik diri. Adakah Mal akan mencari ahli baru? | |||
10 | "Lisa Blackpink" | 9 Disember 2020 | |
Lisa meminta bantuan rakannya mencari tiket konsert maya Blackpink yang mengandungi kod QR. Lisa menjadi marah walaupun mereka dah berusaha mencarinya. Adakah tiket itu akan dijumpai? | |||
11 | "Endi Dibuli?" | 16 Disember 2020 | |
Rakan Endi kecewa kerana prank Endi semakin menjadi-jadi. Mereka mengetahui rupanya Endi dibuli oleh senior selama ini ketika mereka mahu membalas dendam. Adakah mereka akan membantu Endi? | |||
12 | "Malam Bakat Part 1" | 23 Disember 2020 | |
Pn. Bariah mengumumkan Malam Bakat dibatalkan kerana masalah kewangan. Bagaimana geng SMK akan menyelesaikan masalah ini agar Malam Bakat dapat diteruskan? | |||
13 | "Malam Bakat Part 2" | 30 Disember 2020 | |
Pn. Bariah mengumumkan Malam Bakat dibatalkan kerana masalah kewangan. Bagaimana geng SMK akan menyelesaikan masalah ini agar Malam Bakat dapat diteruskan? |