Bob Yusof | |
---|---|
Nama lahir | Yusrizan bin Usop |
Juga dikenali sebagai | Bob Bob Yusof |
Kelahiran | Limbang, Sarawak | 30 Julai 1981
Berasal dari | Malaysia |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi Pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2004 – kini |
Pengkarya berkait | Rosiah Chik |
Yusrizan Usop (lahir 30 Julai 1981) atau lebih dikenali sebagai Bob atau Bob Yusof merupakan salah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia.
Kerjaya
Yusrizan Usop berjaya mendapat tempat kelima dalam Akademi Fantasia Musim 2.
Beliau pernah menyertai Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Hantaran Hati (2006)i dan sebagai penyanyi gantian Faizal Tahir pada tahun seterusnya menerusi lagu Kasih Tercipta. Penyanyi asal lagu itu tidak dapat bertanding kerana telah dilarang muncul di stesen televisyen swasta selepas kontroversi menanggalkan baju semasa konsert ulangtahun keempat 8TV, dua minggu sebelum acara diadakan pada 27 Januari 2008. Namun, nasib tidak menyebelahi kedua-dua lagu ini untuk memenangi sebarang kategori.
Ada juga lagu nyanyiannya yang berjaya ke separuh akhir Muzik Muzik, namun tidak berjaya ke Anugerah Juara Lagu, seperti Cinta Seorang Teman dan Cinta Terhalang.
Akademi Fantasia 2
Bob berjaya terpilih diantara 12 orang pelajar yang bakal mengikuti sesi pelajaran dan pembelajaran di dalam banglo Akademi Fantasia Musim 2 pada tahun 2004. Beliau turut bersama dengan Zahid, Farah, Linda, Adam dan Kaer berjaya melangkah ke konsert akhir dan berjaya menjadi pemenang tempat kelima AF musim kali ini. Berikut persembahan beliau;
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Minggu 1 | "Wajah Kesayangan Hamba" nyanyian asal Hail Amir | Ke-7 |
Minggu 2 | "Jangan Bersedih Lagi" nyanyian asal Anuar Zain | Ke-11 |
Minggu 3 | "Tanya Sama Itu Hud Hud" nyanyian asal M. Nasir | Ke-8 |
Minggu 4 | "Pantun Budi" nyanyian asal Tan Sri SM Salim | Ke-10 |
Minggu 5 | "Akar Dan Bumi" nyanyian asal Amuk | Ke-9 |
Minggu 6 | "I Can See Clearly Now" nyanyian asal Jimmy Cliff | Ke-3 |
Minggu 7 | "Salam Terakhir" nyanyian asal Sudirman | Ke-2 |
Minggu 8 | "Alhamdulillah" nyanyian asal Too Phat & Yasin | Ke-5 |
Minggu 9 | "Laguku Untukmu" nyanyian asal Hasnol | Ke-5 |
Minggu 10 | "Gadis Sarawak" nyanyian asal Hasnol | Tempat Ke-5 |
"Cinta Seorang Teman" nyanyian asal Bob
|
AF Megastar 2017
Bob juga telah berjaya terpilih diantara Top 12 bintang Mengastar daripada Top 24 orang Megastar yang bertanding untuk memasuki AF Megastar kali ini. Berikut persembahan beliau didalam program realiti tersebut;
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Homecoming 1 | "Bukan Cinta Biasa" nyanyian asal Afgan | Top 12 |
Minggu 3 | "Awan Yang Terpilu" nyanyian asal Ning Baizura | Ke-3 |
Minggu 4 | "Saat Ku Idamkan" nyanyian asal Amy Search | Ke-3 |
Minggu 5 | "My Heart Will Go On" nyanyian asal Celine Dion | Ke-4 |
Minggu 6 | "Balqis" & "Nirmala" nyanyian asal Dato' Sri Siti Nurhaliza | Pertama |
Minggu 7 | "Asal Kau Bahagia" nyanyian asal Armada | Ke-2 |
"Hati Ini Telah Dilukai" nyanyian asal Krisdayanti & Ajai (duet bersama Dayang Nurfaizah) | ||
Minggu Akhir | "Terbuang Dalam Pelukan" nyanyian asal Bob
|
Finalis |
"Bukan Dia Tapi Aku" nyanyian asal Judika |
- Tema mingguan
- Konsert Homecoming - Bebas
- Konsert 3 - Throwback AF
- Konsert 4 - Rock
- Konsert 5 - Maha Karya
- Konsert 6 - Ikon (Medley/Mash Up)
- Konsert 7 - Duet & Hits Terkini
- Konsert Akhir - Lagu Cover & Lagu Baru
Diskografi
Album studio
- Hantaran Hati (2006)
Single
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2004 | "Cinta Seorang Teman" | Hantaran Hati |
2005 | "Mesranya" (featuring Cat Farish) | |
2006 | "Hantaran Hati" (duet bersama Rosiah Chik) | |
2008 | "Cinta Terhalang" | Single |
2013 | "Yang Bertakhta" | OST Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi |
2017 | "Terbuang Dalam Pelukan" | Single Finale AF Megastar |
2021 | "Beribu Rasa" | Single |
Filemografi
Televisyen
Tahun | Judul | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Akademi Fantasia Musim 2 | Pelajar | Astro Ria | Pemenang tempat ke-5. |
Rakan Pintar | Pengacara | TV2 | Pengacara bersama Nurul AF2. | |
2006 | Anugerah Juara Lagu ke-21 | Peserta | TV3 | Bertanding bersama Aspalela Abdullah bagi menggantikan Rosiah Chik menerusi lagu Hantaran Hati. |
2007 | Anugerah Juara Lagu ke-22 | Penyanyi gantian | Menggantikan Faizal Tahir menerusi lagu Kasih Tercipta. | |
2017 | Akademi Fantasia Megastar | Peserta | Astro Ria | Sebagai finalis. |
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-34 | Penyanyi gantian | TV3 | Menggantikan Dato' Sri Siti Nurhaliza menerusi lagu Anta Permana. |
2022 | Gegar Vaganza (musim 9) | Peserta | Astro Ria | Naib Juara |
Drama
Tahun | Judul | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Hotel Mania | Chef Roze | TV3 | Drama pertama |
Tipah Vavavoom | Chef Bob |
Telefilem
Tahun | Judul | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anak Mat Salleh Tapi Melayu | Cokcop | TV3 | Telefilem pertama |
Filem
Tahun | Judul | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Cinta Kura Kura | Amin | Filem pertama |
Anugerah & pencapaian
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2004 | Akademi Fantasia (musim 2) | — | "Cinta Seorang Teman" | Tempat Ke-5 |
2006 | Anugerah Juara Lagu ke-21 | Etnik Kreatif | "Hantaran Hati" | Tercalon |
2022 | Gegar Vaganza | — | — | Naib Juara |
Catatan
i Penyanyi asal lagu ini, Rosiah Chik, meninggal dunia pada 20 Januari 2006. Ketika lagu ini dinyanyikan di Separuh Akhir Muzik Muzik 21 dan Anugerah Juara Lagu ke-21, pasangan duetnya ialah Aspalela Abdullah.
ii Lagu asal ialah Cinta Khayalan nyanyian peserta musim keenam yang juga juara rancangan realiti tersebut, Stracie Angie Anam.