Pelawak adalah mereka yang melakonkan sesuatu watak di dalam sesuatu pementasan seperti bangsawan, teater, Mak Yong, Menora, atau penerbitan seperti filem, drama, lakonan, dan yang sepertinya yang berunsur komedi.
Lawak di Malaysia
Sejarah Awal
Dunia pementasan bangsawan membawa aktiviti melawak ke peringkat yang lebih komersial apabila bilangan pelawak semakin meningkat menerusi kumpulan-kumpulan pementasan bangsawan yang membuat persembahan selingan ketika jelajah diadakan. Bangsawan pada era awal 1900-an menyaksikan pergerakan penggiat seni ini tidak berpaksikan sempadan geografi di mana kumpulan-kumpulan ini bebas membuat persembahan di seluruh pelusuk nusantara iaitu sebelum kewujudan negara berdaulat Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand mahupun Brunei Darussalam lagi. Penggiat seni bangsawan ini melahirkan ramai pelawak-pelawak yang ternama.
Kemunculan teknologi filem pada era 30-an hingga 40-an akhirnya menyaksikan perpindahan penggiat bangsawan ke layar perak. Aktiviti perfileman yang rancak di Jakarta dan Singapura mendorong pelawak-pelawak mencuba nasib di dalam filem di dalam dua industri perfileman. Ia sekaligus menjadikan penggiat seni Nusantara terpaksa berpecah kepada dua negara. Antara pelawak-pelawak terkenal yang berhijrah dan menetap di Singapura ketika itu adalah seniman A. R. Tompel, Dollah Sarawak, Mustarjo, Daeng Harris, Siti Tanjung Perak dan Aman Belon. Kebanyakkan pelawak dari kumpulan bangsawan ini berasal daripada wilayah-wilayah yang kini berada di bawah pentadbiran negara Indonesia. Ketika itu filem Melayu tidak terikat kepada genre komedi sepenuhnya sebaliknya pelawak-pelawak hanya diberi peranan sokongan sahaja dalam beberapa selingan jenaka. A.R. Tompel boleh dikatakan antara pelawak yang serbaboleh apabila diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem.
1950-an — 1960-an
Era 50-an dan 60-an menyaksikan lebih ramai pelawak baru muncul dan sebahagian lagi bergelar pelakon komedi yang berkeupayaan membawa peranan dengan elemen jenaka. Antara pelawak terkenal di era ini adalah Aziz Sattar, Wahid Satay, S. Shamsudin, Aman Belon, Ahmad Nisfu, S. Kadarisman, dan Shariff Dol, serta pelawak-pelawak wanita seperti Saamah, Musalmah, Zahara Agus, Jah Mahadi dan Ani Jasmin . Kebolehan berlawak Aziz Sattar dan Wahid Satay lebih mencapai status komersial apabila mereka mula diberi peranan utama dalam sesebuah filem. Wahid berjaya menerajui filem-filem komedi bermula daripada filem Satay pada tahun 1958 sehinggalah filem terbaiknya Pak Pandir Moden bersama pelawak baru Mat Sentol , Che Mamat Parang Tumpul kedua-duanya pada tahun 1960. Boleh dikatakan Wahid merupakan antara pelawak terawal yang menumpukan sepenuhnya kepada genre komedi di dalam filem dan berupaya memegang watak utama dalam kesemua filemnya. Selain Wahid dan Aziz, pelawak Ibrahim Pendek juga menempa nama sebagai pelakon komedi yang berupaya membawa kerjaya hingga ke peringkat antarabangsa biarpun di tanah air jarang sekali dia diberi peranan utama. Selepas popular dengan watak-watak komedi sampingan di dalam filem seperti Kipas Hikmat (1958), beliau di lamar produk Hollywood untuk membintangi filem berjudul The Spiral Road (1963) bersama Rock Hudson dan Gena Rowlands. Namun atas masalah visa dan permit, bakat lakonan Ibrahim gagal dikembangkan di Amerika Syarikat.
Namun begitu Aziz Sattar juga popular dengan watak utama dalam filem-filem pecah panggung seperti Hantu Kubur (1960), Mambang Moden (1964) dan Aksi Kucing (1966). Ketika itu Aziz Sattar lebih terkenal menerusi gabungan trio Bujang Lapok bersama P. Ramlee dan S. Shamsudin. Gabungan ketiga-tiga pelawak ini menghasilkan kronologi filem-filem komedi klasik seperti Bujang Lapok (1957) , Pendekar Bujang Lapok (1959), Ali Baba Bujang Lapok (1961) dan Seniman Bujang Lapok (1961). P. Ramlee dalam pada itu berkebolehan membawa watak komedi biarpun sudah terkenal dengan watak-watak dramatik. Antara filem-filem komedi lakonan seniman itu yang bertunjangkan kepada lakonannya dalam watak utama adalah Nujum Pak Belalang (1958), Musang Berjanggut (1959) dan Madu Tiga (1963). Seiring perpindahannya dari Shaw Brothers ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur, beliau lebih cenderung menghasilkan filem-filem komedi ekoran permintaan penonton namun filem-filem komedinya selepas beralih studio tidaklah sebagus filem-filem komedia terawalnya. Antara filem-filem tersebut adalah Masam-Masam Manis (1966), Anak Bapak (1968) dan trilogi Labu dan Labi bersama rakan pelawak veteran seperti A.R. Tompel dan Ibrahim Din.
Di era 50an, terdapat beberapa penyanyi pop merakamkan lagu - lagu genre komedi. Antaranya R. Azmi, SM Salim, Momo Latiff, Normadiah dan Zaharah Agus. Legasi ini diteruskan pula oleh P.Ramlee yang banyak merakam lagu-lagu komedi untuk filem.
Ketika penghujung era 60-an, filem-filem komedi lakonan dan arahan pelawak yang lebih baru seperti Mat Sentol pula mengambil alih kedudukan. Antara filem Mat Sentol yang meraih perhatian adalah Tiga Botak (1965), Dua Kali Lima (filem) (1966), trilogi Mat Raja Kapur (1967), Mat Bond (1967), Mat Lanun (1968) dan Si Murai (filem) (1968). Kejayaan filem-filem Mat Sentol kerana dia menampilkan genre filem yang lebih segar seperti konsep 'noir' dan juga 'komedi situasi dan slapstik' berbanding cara jenaka lama berunsurkan satira. Di hujung 60-an juga menyaksikan kemunculan pelakon komedi lain seperti Hussein Abu Hassan, Mahmud June, Karim Latiff, Sharif Babu, Ruminah Sidek, Norlia Ghani, Aminah Hashim, Mak Enon dan Sharifah Hanim.
Generasi pertama artis komedi (sebelum 1970)
- Ahmad C
- Ahmad Dadida
- Ahmad Nisfu
- AK Jailani
- Aman Belon
- Aminah Hashim
- Aini Jasmin
- Ani Yek
- AR Tompel
- Aziz Sattar
- Bad Latiff
- Daeng Harris
- Daeng Idris
- Dollah Sarawak
- Dollah Yem
- Habsah Buang
- HM Busra
- Hussein Abu Hassan
- Ibrahim Din
- Ibrahim Pendek
- Idris Hashim
- Jah Mahadi
- Karim Latiff
- Kemat Hassan
- Mahmud June
- Malek Sutan Muda
- M. Babjan
- M. Zain
- Mak Enon
- Mat Sentol
- Momo Latiff
- Minah Yem
- Musalmah
- Mustarjo
- Norlia Ghani
- Normadiah
- Nyong Ismail
- Puteh Lawak
- P. Ramlee
- Saamah
- Salleh Kamil
- Sharifah Hanim
- Sharif Babu
- Shariff Dol
- Siput Sarawak
- Siti Tanjung Perak
- Sri Rahayu Sudarmaji (Ayu 20 Sen)
- Ruminah Sidek
- S. Shamsudin
- S. Kadarisman
- Udo Omar
- Wahid Satay
- Zaharah Agus
1970-an
Di era 70-an menyaksikan kemerosotan filem Malaysia kerana secara jelasnya perpindahan pusat perfileman Melayu daripada Singapura ke Kuala Lumpur memerlukan pembangunan menyeluruh termasuk dari segi teknologi. Ketika ini teknologi televisyen sudah mula wujud menerusi rangkaian saluran Radio Televisyen Malaysia. Namun beberapa buah filem komedi berjaya memulihkan sedikit kesuraman filem Malaysia biarpun ketika itu filem-filem Indonesia mula mengambil tempat memandangkan kurangnya penerbitan filem tempatan. Contohnya filem-filem Mat Sentol masih lagi diterima malah dimasukkan dengan elemen kreatif dan kesan khas biarpun ketipannya tidak serancak dahulu. Antaranya filem Mat Toyol (1969), Mat Karung Guni (1970), Mat Magic (1971), Mat Spy (filem komedi pertama berwarna, 1973), Mat Tenggek (1979) juga filem berwarna, menyaksikan dia kembali bergabung bersama Wahid Satay. Namun selepas era 70-an Mat Sentol tidak lagi aktif berlakon filem. Filem terakhirnya adalah Jibon pada tahun 1998.
Kesuraman filem di era 70-an diselamatkan oleh Aziz Sattar yang membuat kemunculan semula selepas menyepi sejak tahun 1966. Beliau muncul sebagai watak utama dalam filem arahannya sendiri yang berjudul Keluarga Si Comat pada tahun 1975 bersama Ibrahim Pendek. Filem tersebut mencatat kutipan box-office dan berjaya membuka jalan kepada genre filem komedi kembali bernafas. Seiring itu fenomena televisyen juga mendapat perhatian penonton. Maka wujudlah program pencarian bakat jenaka terbitan RTM iaitu Bakat TV yang berjaya melahirkan pelawak-pelawak baharu seperti A.R. Badul dan pasangan duo Jamali Shadat dan Hamid Gurkha. Ketika itu muncullah pelawak-pelawak lain yang sering menjadi sokongan kepada ketiga-tiga pelawak utama ini. Antaranya Yusni Jaafar, Yahya Sulong, R. Jaafar, M. Rajoli, Ayappan dan Param. Kehadiran mereka ini berjaya memeriahkan industri perfileman dari tahun 1975 hingga ke era 90-an. Antara filem-filem terawal lakonan A.R. Badul dan rakan-rakan yang mendapat perhatian adalah Panglima Badol (1978), Filem Tuan Badul (1979), Prebet Lapok (1979), dan Da Di Du (1981). Berbanding Badul dan Hamid Gurkha yang cenderung ke filem, Jamali pula berjaya mempunyai program TV kendaliannya sendiri. Ketika itu slot-slot hiburan di kaca televisyen menyaksikan Jamali menjadi penghibur biasa di waktu perdana.
Disamping itu juga penerbitan album studio bergenrekan komedi mula diperkenalkan pada era 70-an selepas sekian lama lagu-lagu komedi tidak dipasarkan selepas ketiadaan P. Ramlee. Duo Jamali - Hamid berjaya menghasilkan beberapa keping piring hitam bergenrekan komedi pada tahun tersebut, sementara kumpulan-kumpulan komedi seperti Trio Santan Berlada dan Badul juga pernah merakamkan album komedi. Penyanyi pop seperti Anita Sarawak, Zaleha Hamid dan Ismail Harun juga juga aktif merakamkan lagu-lagu bercorak komedi. Di samping itu penyampai radio ketika era ini juga banyak dipengaruhi elemen komedi dalam penyampaian antaranya Wan Chik Daud dan Fauziah Nawi yang mana kemudiannya mereka menceburi bidang lakonan sebagai pelakon yang banyak berlakon watak-watak komedi.
1980-an
Di era 80-an, filem-filem lakonan Badul dan Hamid masih diterima. Badul contohnya sudah beralih kepada genre komedi yang lebih pelbagai menerusi filem-filem seperti Hantu Siang (1986), Pak Tam Duda (1989), Oh Fatimah (1989) yang menyaksikan beliau menerima penghargaan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-7. Namun begitu Badul bukanlah pelawak pertama yang menerima penghargaan tersebut di FFM kerana pada tahun 1986, pelakon Azmil Mustapha terlebih dahulu memenangi anugerah serupa menerusi watak komedinya dalam filem Ali Setan. Pelakon pertama yang menerima pencalonan anugerah tersebut dengan watak komedi adalah Dharma Harun Al Rashid pada tahun 1980 menerusi filem Adik Manja. Sementara itu biarpun bukan pelawak sepenuh masa, Azmil banyak muncul dalam filem-filem komedi ketika zaman kemuncaknya seperti Mekanik (1984), Kepala Angin (1988) dan Driving School (1990). Bagi pelakon wanita pula, Fauziah Ahmad Daud dan Raja Noor Baizura berjaya meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak komedi biarpun masing-masing terkenal dengan watak dramatik. Fauziah dan Raja masing-masing menang menerusi filem Ali Setan dan Oh! Fatimah. Pelawak-pelawak seperti S. Shamsudin, Hamid Gurkha, Yusni Jaafar, dan Zami Ismail merupakan antara pelawak terawal yang menerima penghargaan di FFM dalam kategori Persembahan Komedi Terbaik.
Di era 80-an juga menyaksikan kelahiran lebih ramai pelawak-pelawak baharu yang bertahan lebih daripada 20 tahun di dalam industri. Antara yang cukup dikenali adalah Os, Accapan, Kartina Aziz, Jaafar Onn, Kazar Saisi, Salih Yaacob, Liza Abdullah, Ali Mamak, Khairul Azhar, Louisa Chong, Jem, Wazata Zain, Piee, Maidin Ibrahim, Mahadi Jalut, Wan Maimunah, Jalil Hamid, Rosnah Mat Aris, Sheila Rusly, Harun Salim Bachik, Susan Lancester, Jessica Lim, Mano Maniam, Isma Alif dan Sukiro Sukirman. Mereka ini muncul dari pelbagai medium hiburan seperti program televisyen , drama radio dan juga filem. Ketika inilah muncul pelbagai sitkom yang meraih perhatian ramai di kaca televisyen antaranya program Mekar Sejambak yang berkonsepkan muzikal dengan penglibatan pelawak seperti Ahmad Fauzee, Param dan ramai lagi. Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Othman Hafsham dan dicipta oleh Hatta Azad Khan berjaya menjadi penanda aras kebangkitan komedi Malaysia apabila sitkom itu bertahan dari tahun 1985 hingga 2004 dengan barisan pelakon silih berganti. Antara pelawak-pelawak yang mencipta nama menerusi sitkom ini adalah Imuda, Ahmad Busu, Sabri Yunus, Mohamad Abdullah, Sulaiman Yassin, Marlia Musa, Angeline Tan, Sathiya dan Khatijah Tan. Sitkom lain yang popular adalah Keluarga Ithnin yang melahirkan bakat komedi remaja seperti Azhar Sulaiman serta Naik Tangga Turun Tangga dan Rumah Kedai. Pelawak Os ketika itu menjadi pelawak terlaris di Malaysia apabila kesemua filem-filemnya mencecah kutipan box-office. Antara filem-filem lakonannya yang cukup dikenali adalah Awang Spanar (1989), Hero (1989), Orang Kampung Otak Kimia (1990), dan Adik (1990) yang menyaksikan pertama kali dia dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik dengan membawakan watak lelaki lembam fikiran.
Generasi kedua artis komedi (1970 - 1989)
- A. Galak
- Accapan
- Ahmad Busu
- Ali Mamak
- Alice Voon
- Angeline Tan
- A.R. Badul
- Ayappan
- Azian Pasiran
- Azwan Ali
- Chal Ahmad (Kuzie)
- Faridah Merican
- Fetty Dzul
- Halim Sabir
- Hamid Gurkha
- Hamidah Wahab
- Harun Salim Bachik
- Hilal Azman
- Imuda
- Idris (Pak Man Telo)
- Isma Aliff
- Jaafar Onn
- Jamal Kechik
- Jamali Shadat
- Jalil Hamid
- Jem
- Jessica Lim
- Joe Hasham
- Kartina Aziz
- Kazar Saisi
- Khairil Khamis
- Khairul Azhar
- Khatijah Tan
- Kathy Azean
- Lan Zailan
- Lim Goh Poh
- Liza Abdullah
- Louisa Chong
- Mahadi Jalut
- Maidin Ibrahim
- Mano Maniam
- Maria Kamal
- Marlia Musa
- Mek Habsah
- Mohamad Abdullah
- M. Rajoli
- Noriah Hitam
- Mr. Os
- Param
- Piee
- Raja Ema
- Raja Ismail
- R. Jaafar
- Robert Kong
- Rosnah Mat Aris
- Sabri Yunus
- Sabtu Hussein
- Salih Yaacob
- Sathiya
- Sari Ratu
- Shah Reza
- Sheila Rusly
- Sukarni Jaafar
- Sukiro Sukirman
- Susan Lancester
- Sulaiman Yassin
- Tan Ting
- Tawil
- Yahya Sulong
- Yusni Jaafar
- Wak Sir
- Wan Maimunah
- Wazata Zain
- Wong Sip Nen
- Yusof M. Hashim (Pak Kojek)
- Zami Ismail
1990-an
Di era 90-an, filem komedi yang menampilkan pelawak tidak begitu mendapat sambutan menggalakkan sebagaimana era 80-an. Sebaliknya, elemen komedi hanya digerakkan menerusi watak-watak pembantu kepada pelakon utama yang kebanyakkannya bukan pelawak sebaliknya pelakon yang cenderung ke arah lakonan dramatik. Kesannya, tidak banyak filem komedi yang diterajui pelakon komedi menghiasi pawagam. Antara pelakon komedi yang berjaya dengan filem-filem komedi di era 90-an adalah Os, Imuda, Jalil Hamid, Raja Ema, Azhar Sulaiman, Raja Azura dan Amy Mastura. Amy Mastura menguasai pawagam pada era tersebut dengan rangkaian filem-filem romantik komedinya yang pecah panggung bermula dari filem Impian (1996), Puteri Impian (1997), Puteri Impian 2 (1998) dan KLU (1999) di mana ketika itu beliau dinobatkan sebagaikan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular dan menerusi Puteri Impian, dia meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik.
Kebanyakan pelawak mula beralih arah dan menumpukan perhatian kepada penerbitan drama dan sitkom swasta di televisyen. Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang masih bertahan, sitkom seperti 2+1 (1993-1996) , Gado Gado (1992-1995) Cili Padi (1994-1997), Camni Camtu (1993-1998), Kipas Anggun (1996-1999), Kopitiam (1997-2000), Mat Despatch (1998-2002) dan Senario (1996 - 2011) menguasai televisyen. Kelahiran pelawak-pelawak 90-an lebih meriah di kaca TV baik menerusi sitkom, mahupun program realiti seperti Sinaran Passport Kegemilangan. Antaranya pelawak yang muncul ketika era ini adalah Abon, Yusof Chong, Afdlin Shauki, Harith Iskander, Bob Lokman, Aziz M. Osman, Dee & Moon, Radhi Khalid, Adam Hamid, TS Jeffry, Sheila Mambo, Jasmin Hamid, Ebby Yus, Farouk Hussein, Sharifah Shahirah, Zul Yahya, Didie Alias, Amyza Aznan, Douglas Lim, Syanie Hisham, Patrick Teoh, serta Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad, Wahid Mohammad, Ilya Buang, Hamdan Yassin dan Saiful Apek dari kumpulan Senario. Terdapat beberapa pencapaian menarik sepanjang era ini termasuk pelakon Jasmin Hamid contohnya, menjadi satu-satunya pelakon komedi yang meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin menerusi watak komedi dalam telefilem Jutawan Segera (1997).
90-an juga menyaksikan muzik komedi kembali meraih perhatian apabila penjualan album lagu-lagu komedi oleh artis seperti Salih Yaacob yang memulakan trend dengan album Pisang Panas (1993), Jalil Hamid dengan album Ayam (1994) dan seterusnya disambung oleh ND Lala, Sulaiman Yassin, Poey, KU2, dan tentunya Senario terjual melebihi 100,000 unit. Senario bahkan berjaya membuat konsert jelajah ke seluruh negara. Antara penerbit yang berjaya mengembalikan kegemilangan lagu-lagu komedi ialah Azmeer dan Anuar Dahalan. Lagu-lagu komedi ketika ini banyak diserapkan dengan elemen pop dan etnik kreatif. Di samping itu, selain rakaman lagu era 90-an juga melihat pemasaran album komedi juga digabungkan dengan rakaman sketsa lawak yang menjadi kegilaan ketika itu. Antara artis yang cenderung dengan konsep ini adalah Din Beramboi. 90-an juga menyaksikan tidak hanya filem, TV dan muzik meriah dengan komedi, sebaliknya penerbitan majalah lawak juga mendapat perhatian terutamanya komik seperti Ujang dan Gila-gila. Sejak kemunculan TV swasta TV3 dan kemudian ntv7, bidang pengacaraan juga berjaya melahirkan beberapa pengacara TV yang bijak menyelitkan humor dalam penyampaian sekaligus sedikit demi sedikit melonggarkan ketetapan protokol yang menjadi kelaziman bagi pengacara TV dari era 60an hingga 80an. Ia bertitik tolak daripada perubahan yang dibuat oleh penyampai radio di era 70an agar lebih mesra pendengar, dan kemudian diserapkan ke kaca TV agar lebih santai dan mesra penonton, terutama bagi program-program hiburan. Kemunculan pengacara terkenal Azwan Ali dalam program hiburan Muzik Muzik menjadi pelopor kepada gaya pengacaraan yang baru dan lebih santai serta menyelitkan elemen komedi. Kemudian lahirlah pengacara-pengacara lain yang berkebolehan sebagai pelawak seperti Aznil Nawawi, Rina Khan, Shamsul Ghau Ghau, Sarimah Ibrahim. Wardina Safiyyah, Afdlin Shauki dan Bob Lokman. Malahan, aktres terkenal Fauziah Ahmad Daud juga berjaya menyelitkan elemen humor ketika mengendalikan program Melodi selama 8 tahun. Dalam pada itu , program bual bicara kendalian Afdlin Shauki iaitu Bila Larut Malam pula meraih anugerah program Bulan Bicara Terbaik manakala program Cit Cat Azwan kendalian Azwan Ali meraih anugerah Hiburan TV Terbaik di Anugerah Televisyen Asia.
2000-an
Memasuki era 2000-an, industri perfileman sedikit bernafas dengan beberapa buah filem komedi pecah panggung seperti Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Soal Hati (2000), Lagi-lagi Senario (2001) dan Anak Mami The Movie (2002). Kumpulan Senario masih mengungguli penjualan album dengan lagu-lagu komedi dan menguasai panggung wayang dengan deretan filem-filem box office. Di awal 2000-an, kemunculan pelawak-pelawak yang lebih muda mendapat perhatian masyarakat, antaranya Opie Zami, Yassin Yahya, AC Mizal, Adlin Aman Ramli, Munir, Bell Ngasri, Anne Ngasri, Enot, Kenchana Dewi, Nadia Mustafar, Nik Sayyidah Fatihah, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Sharifah Shahora. Pada tahun 2003 menyaksikan nama pelawak Saiful Apek dijulang sebagai Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 setelah deretan filem-filem komedi lakonannya mencatat kutipan pecah panggung. Saiful menjadi artis komedi dan pelawak pertama memenangi gelaran tersebut. Sejak itu dereta filem-filem komedi menguasai pawagam dengan sentuhan pengarah-pengarah yang lebih kreatif antaranya Afdlin Shauki, Mamat Khalid, A. Razak Mohaideen, dan Rashid Sibir.
Di kaca TV, populariti pelawak-pelawak yang lahir sejak era 80-an masih diterima baik antaranya Salih Yaacob dan Sheila Rusly yang kembali meraih perhatian. Sheila ketika itu muncul dalam banyak drama-drama komedi antaranya Enot dan siri komedi Tain berjaya menggeletek hati penonton dan mengembalikan penguasaan pelawak-pelawak wanita setelah agak lama ditenggelami oleh pelawak lelaki. Sitkom seperti Senario, Gadis 3 (2000-2001), Ada-ada Aje (2003-2006) , Rita & Raihan (2001), Puteri (2005-2008), Dunia Anita (2007-2010), Impian Ilyana (2006 - 2008), Kabir Hero Kabir Zero (2007-2008) , Dunia Baru (2006-2008) Gaia (2008-2009), Awan Dania (2008-2011) dan Spanar Jaya (1999-2003) adalah antara produksi yang berjaya meraih penontonan yang tinggi. Ke era hujung 2000-an juga melahirkan pelakon komedi baru dan muda seperti Rozita Che Wan, Wan Elyas, Nora Danish, Siti Fazurina, Anita Baharom, Zazleen Zulkifli, Lydia Ibtisam, Scha Al-Yahya, dan ramai lagi termasuk pelawak-pelawak kelahiran program realiti Raja Lawak oleh Astro. Antara bintang-bintang kelahiran program tersebut adalah Yus dan Tauke Jambu, Zizan Razak, Johan, Nabil Ahmad, Jepp Sepahtu, Shuib Sepahtu, Angah Iskandarsah, Along Cham dan Azrul Zaidi. Kehadiran mereka ini berjaya menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak lama yang juga dilantik menjadi tenaga pengajar kepada mereka di di dalam rancangan tersebut. Antara pelawak veteran yang terlibat adalah AR Badul, Os, Saiful Apek, Sheila Rusly, Fauziah Nawi , Enot dan Afdlin Shauki. Pada tahun 2008, Nabil Ahmad mengulangi kejayaan Saiful Apek apabila memenangi gelaran Artis Paling Popular. Pada era 2000-an juga menyaksikan Afdlin Shauki mencatat rekod yang sama dengan pelakon Eman Manan apabila meraih gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak tiga kali di mana ketiga-tiganya diraih menerusi watak komedi bermula dari filem Soal Hati (2000), Buli Balik (2006) dan Papadom (2009). Selain itu, pelakon serius Janet Khoo pula meraih perhatian apabila memenangi gelaran Pelakon Komedi TV Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2006 menerusi lakonan pertamanya dalam sitkom komedi Mat Dom Teksi biarpun sebelum itu dia dikenali sebagai pelakon dramatik.
Generasi ketiga artis komedi (1990 - 2005)
{{columns-list|4|
- A. Aida
- Abon
- AC Mizal
- Adam Hamid
- Adibah Noor
- Adlin Aman Ramlie
- Afdlin Shauki
- Ahmad Idham
- Aishah Atan
- Amran Tompel
- Amy Mastura
- Amyza Aznan
- Anne Ngasri
- Aszerul Beego
- Azhar Sulaiman
- Aziz M. Osman
- Azlee Jaafar
- Aznil Nawawi
- Azza Zawari
- Bell Ngasri
- Bob Azrai
- Bob Kuman
- Bob Lokman
- Boy Iman
- Cat Farish
- Chee Hood Siong (Baba & Nyonya)
- Ebby Yus
- Edwin R. Sumun
- Ellie Suriati Omar
- Enot
- Darling Ngasri
- Delimawati
- Didie Alias
- Din Beramboi
- Douglas Lim
- Farouk Hussain
- Gavin Yap
- Halimatussadiah (Mak Wan Latah)
- Hamdan Yassin
- Harith Iskander
- Helmi The Gimmick
- Ieda Moin
- Ifa Raziah
- Ilya Buang
- Indi Nadarajah
- Iwan Hj. Dasri
- Jasmin Hamid
- Jason Chong
- Jit Murad
- Jo Kukhatas
- Joanna Bessey
- Johan Abdullah
- Juliana Banos
- Kenchana Dewi
- Kenny Chan (Baba & Nyonya)
- Kismah Johar
- Kumin KU2
- Kuna Muzani
- Kunie
- Lando Zawawi
- Linda Chong (Jangan Ketawa)
- Man Kadir
- Maimunah Ahmad (Mak Jah)
- Maria Farida
- Mazlan Ahmad
- Melissa Tong
- Munir
- M. Hitler Zami
- Na'a Murad
- Nadia Mustafar
- [[Najip Al]
- Nell Ng
- Nik Sayyidah Fatihah
- Noorkhiriah Ahmad Shapie
- Opie Zami
- Osman Kering
- Patrick Teoh
- Phat Fabes
- Pian Cecupak
- Poey
- Radhi Khalid
- Rafidah Abdullah
- R. Ramasundran
- Rambo Chin
- Raja Azrey
- Raja Azura
- Rashid Salleh
- Reza Zainal Abidin
- Ricky Ricarno (Hyrul Rickyno)
- Rina Khan
- Romzi Johari
- Ropie Cecupak
- Rosli Khamis (Loloq)
- Rosli Rahman Adam
- S. Gana
- Sabri Yunus
- Saiful Apek
- Sandra Sodhy
- Sarimah Ibrahim
- Serina Redzuawan
- Shamsul Ghau Ghau
- Shaleen Cheah
- Sharifah Aleya
- Sharifah Shahirah
- Sharifah Shahora
- Shazleen Shahbi
- Sheila Mambo
- Shuba Jay
- Sobri Anuar
- Soosan Ho
- Soya
- Suhaimi Yusof
- Syanie Hisham
- Syed Muradzi (Dee)
- Syed Munir (Moon)
- Tam Suhaimi
- TS Jeffry
- Ucop Cecupak
- Wahid Mohammad
- Wardina Safiyyah
- Yassin Yahya
- Yusof Chong
- Zaibo
- Zahida Rafik
- Zahim Albakri
- Zaidi Rock
- Zul Yahya
}}
2010-an
Di era 2010-an, filem-filem komedi masih menguasai pawagam dan peningkatan ini dapat dilihat menerusi jumlah penerbitan filem yang meningkat kepada 80 judul setahun. Kemunculan pelawak-pelawak daripada program Raja Lawak serta kembalinya pelawak-pelawak lama di kaca TV berjaya memeriahkan kembali dunia komedi tanah air. Era ini juga menyaksikan kebangkitan filem-filem komedi arahan pengarah seperti Mamat Khalid dan Bernard Chauly. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah contohnya berjaya meraih kutipan melebihi RM10 juta ketika ditayangkan pada tahun 2011. Di kaca TV, kemunculan drama komedi seperti Osman Baku (2012-2014), trilogi Bedah Tong Gas dan Joyah (2011-2015), Jodoh (2013-2014), Kiah Pekasam (2010-2013) serta sitkom Edisi Khas (2010-2014), Karoot Komedi (2012-2015) dan mockumentari Keluarga Iskandar (2013-2015) berjaya mengekalkan momentum penerimaan penonton.
Perkembangan sihat ini tidak terhenti disitu. Kelahiran pelawak-pelawak generasi baru juga mencakupi pelbagai genre baik komedi stand-up, komedi dramatik, komedi realiti, serta komedi menerusi salurah media sosial/parodi. Nama-nama komersial seperti Shahrul dan Ajak Shiro, trio tiga beradik Zero, Zalif Sidek, Sharifah Sakinah, Jihan Muse, Sherry Alhadad, Zulin Aziz, Sharmaine Othman, Kuah Jenhan, Iedil Putra Alaudin, Tuan Faisal, Joanne Kam, Fared Ayam, Epy Kodiang, Ayda Jebat, Zain Saidin, Zara Zya dan ramai lagi berjaya memanaskan kembali pawagam, kaca TV mahupun pentas teater dengan lawak jenaka era baharu. Kebangkitan media sosial juga berjaya memperkenalkan pelawak-pelawak amatur yang menggunakan media sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter malahan mereka mempunyai pengikut yang tersendiri seperti Matlutfi, Cikgu Shida, Bobo, Syasha Solero, Amran Fans, Faizdickie, Mark O'Dea dan Jinnyboy.
Selain itu penganjuran pertandingan Maharaja Lawak Mega yang menggabungkan pelawak-pelawak daripada Malaysia, Indonesia dan Singapura juga berjaya menyatukan penduduk rantau ini dengan hiburan komedi. Program ini sedikit sebanyak berjaya mengasimilasikan penghibur komedi ketiga-tiga negara. Pewujudan saluran Astro Warna pada tahun 2009 berjaya memberi kebaikan kepada penggiat seni apabila saluran itu menjadi satu-satunya saluran televisyen yang menayangkan 100% program komedi. Mulai tahun 2013, Astro Warna menganjurkan Anugerah Lawak Warna yang mengiktiraf pelawak dan pelakon komedi serta produksi yang bertungkus lumus menghasilkan karya-karya yang lebih bagus.
Generasi keempat artis komedi (2005 - kini)
- Abam Bocey
- Abu Mamu
- Achey Bocey
- Achok
- Acong Sweetchild
- Ain Edruce
- Ain Sufia
- Ajak Shiro
- Ajo Mamu
- Akhmal Nazri
- Ali Puteh
- Along Cham
- Almy Nadia
- Am Ketampi
- Amar (Audition ntv7)
- Amir RL
- Amran Fans
- Anita Baharom
- Angah Iskandarsah
- Ashraf Modee Zain
- Asrul Samad
- Arin RL
- Atu Zero
- Aya Amiruddin
- Ayda Jebat
- Azad Jasmin
- Azal Azrai
- Azizul Ammar
- Azma Aizal Yusof
- Azrul Zaidi
- Bell Ngasri
- Bobo Sayang
- Bochil
- Chiwan
- Cikgu Shida
- Danial Zaini
- Dewa Arteh
- Dato' Seri Vida
- Din Latah
- Dottie
- Ean Nasrun
- Elyana
- Elly Mazlein
- Erra Fazira
- Epy Kodiang
- Eyya
- Ezad Lazim
- Fad Bocey
- Farah Fauzana
- Fared Ayam
- Farid Azmeir
- Faizal Ismail
- Faizdickie
- Farid Kamil
- Fendi Balas
- Fikry Ibrahim
- Filzah Azmi
- Fuad Nasir
- Gbob
- Gomok Gahai
- Hilmy Ashley
- Iedil Putra Alaudin
- Intan Ladyana
- Irma Hasmie
- Isa Bora
- Issey Fazlisham
- Izzue Islam
- JD
- Jep Sepahtu
- JJ Fernandez
- Jinnyboy
- Johan Yazid Lim
- Joanne Kam
- Joey Daud
- Jihan Muse
- Jiggy
- Kamal Adli
- Kamal Chilok
- Kavin Jay
- Khir Rahman
- Kuah Jenhan
- Luqman Podolski
- Mamak Puteh
- Man
- Mamat Bora
- Mamat Sepah
- Matlutfi
- Mark O'Dea
- Mark Adam
- Michael Ang
- Namie
- Nas-T Muammar Zar
- Natasha Hamzah
- Neeta Manishaa
- Nizam Jentik-Jentik
- Noryati Taib (Makcik Merry/Petir)
- Lan Yusof
- Lydia Ibtisam
- Nabil Ahmad
- Nora Danish
- Norreen Iman
- Phoon Chi Ho
- PS Mansur
- Rahim R2
- Raja Azrey
- Rayza Mukmin
- Roax Tan
- Roy Azman
- Rozita Che Wan
- Rueben Kang
- Ryan Bakery
- Santesh
- Scha Al-Yahya
- Sean Lee Jia Ern
- Shaheizy Sam
- Shahrol Shiro
- Sharifah Amani
- Sharifah Sakinah
- Sharif Zero
- Sharmaine Othman
- Shashic Iewan
- Sherry Alhadad
- Sherry Ibrahim
- Shiha Zikir
- Shuib Sepahtu
- Shuk Sahar
- Salman al-Farisi
- CT Chubby
- Siti Fazurina
- Syaiful Zero
- Syasha Solero
- Taiyuddin Bakar
- Tapai Kiut
- Tauke Jambu
- Tuan Faisal
- Usop Wilcha
- Usopp Gahai
- Vicha Saywho
- Wak Doyok
- Wan Elyas
- Wan Gegau
- Wan Wala
- Yan Bora
- Yana Samsudin
- Yasmin Hani
- Yus Jambu
- Zalif Sidek
- Zain Saidin
- Zara Zya
- Zarynn Min
- Zazleen Zulkifli
- Zizan Razak
- Zulin Aziz