Karnival Jom Heboh | |
---|---|
Status | Aktif |
Genre | Karnival bergerak, kemasukan awam percuma |
Kekerapan | Tahunan |
Lokasi | Seluruh Malaysia (kecuali Perlis dan Perak) |
Koordinat | Koordinat: 1°44′57.1″N 110°18′57.9″E / 1.749194°N 110.316083°E |
Negara | Malaysia |
Tahun aktif | 2003-kini |
Dianjurkan oleh | TV3 |
sunting |
Karnival Jom Heboh (ataupun Jom Heboh; dahulu dikenali sebagai Sure Heboh) dianjurkan bagi mempromosikan stesen, produk dan jenama TV3 yang dimulakan sejak tahun 2003. Pelbagai aktiviti menarik untuk golongan remaja dan keluarga diadakan dalam karnival bergerak ini. Acara utama ialah konsert nyanyian penyanyi tempatan dan disiarkan secara langsung melalui stesen TV3.
Biasanya diadakan selama 3 hari dua malam. Pemilik TV3 iaitu Media Prima akan menjemput syarikat dan peniaga tempatan untuk berjualan dan mempromosikan barangan mereka.[1]
Pada awalnya dikenali sebagai "Sure Heboh",[2] nama karnival ini ditukar kepada "Jom Heboh" selepas menerima banyak bantahan termasuk daripada pakar bahasa. Pada awalnya juga, Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran konsert ini sebagai haram, menyebabkan pihak TV3 membuat penyesuaian dengan mengurangkan unsur budaya barat dan mengutamakan hiburan berkonsepkan kekeluargaan dan perniagaan serta mempromosi mesej kerajaan.[3]
Karnival Jom Heboh di Kelantan & Terengganu
Pada 26-28 Mac 2010, Karnival Jom Heboh diadakan di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, Kelantan. Lebih 200 anggota polis berkawal bagi memastikan keselamatan pengunjung kerana ini pertama kali ia diadakan di Kelantan.[4] Bagaimanapun, ia tertakluk kepada beberapa sekatan[5]
Begitu juga dengan negeri Terengganu, di mana selepas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memerintah Terengganu, Karnival Jom Heboh diadakan secara patuh syariah di mana hanya penyanyi lelaki dibenarkan membuat persembahan dan lagu-lagu yang dibawakan hanya lagu-lagu yang mempunyai lirik dan makna yang baik. Hal ini membuka mata semua pihak bahawa Karnival Jom Heboh ini sebenarnya boleh dilaksanakan mengikut lunas-lunas Islam sesuai dengan agama dan budaya majoriti rakyat Malaysia yang seharusnya dicontohi oleh negeri-negeri lain terutamanya di pantai barat.
Konsert Jom Heboh
Konsert Jom Heboh ialah salah satu acara utama di karnival Jom Heboh dan rakaman konsert ini disiarkan secara langsung di TV3 dan menampilkan persembahan daripada penyanyi-penyanyi terkenal negara.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Kelantan Terima Konsert Jom Heboh TV3, Penyanyi Wanita Dilarang Bernama
- ^ Hasam, Saiful Haizan (13 Mac 2006). "Jom Heboh ganti Sure Heboh". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-29. Dicapai pada 10 Julai 2016.
- ^ Jom Heboh Kelantan santuni misi ekonomi-dakwah Diarkibkan 2010-03-30 di Wayback Machine HarakahDaily
- ^ Jom Heboh: Polis Minta Rakyat Kelantan Jaga Keselamatan Bernama
- ^ Kelantan Terima Konsert Jom Heboh TV3, Penyanyi Wanita Dilarang Bernama