Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Aulia Iman |
Pencipta | Aulia Iman |
Pengarah | Hashim Rejab |
Dibintangi oleh | Nafiz Muaz Uqasha Senrose Yusuf Bahrin |
Lagu pembukaan | "Asmara" oleh Amir Masdi |
Lagu penutup | "Asmara" oleh Amir Masdi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 42–43 minit |
Syarikat penerbitan | Mache Allstar United |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 24 Disember 2019 – 25 Januari 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Rindu Yang Terlarang |
Diikuti oleh | Jujurlah Nikahi Aku |
Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019[1] arahan Hashim Rejab, adaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Aulia Iman. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin dan Elly Mazlein. Drama ini disiarkan pada 24 Disember di Astro Ria menerusi Slot DramaVaganza menggantikan Rindu Yang Terlarang yang tamat pada 23 Disember 2019.
Sinopsis
Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi (Nafiz Muaz) dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila (Uqasha Senrose) telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara akibat perbuatan abang kandung Kris, Khairyl (Yusuf Bahrin). Kris yang mengetahui bahawa kejadian yang menimpa Salsabila adalah disebabkan oleh perbuatan abangnya membuatkan dia berasa bersalah lalu membantu Salsabila bebas daripada pertuduhan tersebut. Pertolongan ikhlas Kris telah membantunya membuatkan Salsabila telah jatuh hati kepada Kris dan mereka mula saling jatuh cinta.
Namun kedatangan Yasmin (Elly Mazlein), iaitu tunang kepada Khairyl ke ladang milik datuk Kris dimana tempat Kris dan Salsabila bekerja membuatkan Kris berasa rimas dengan Yasmin yang selalu cuba mengoda dan menyusahkan dirinya dan Salsabila. Kris kemudian telah dipaksa untuk berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya, Dato' Kameel (Azri Iskandar) kerana salah faham. Kris yang tidak bersetuju telah memaksa ayahnya membuat perancangan lain. Ayahnya pula meminta Khairyl berkahwin dengan Salsabila. Akan tetapi Khairyl akan berkahwin dengan Salsabila atas sebab mahukan harta arwah Tok Abah (Harun Hashim). Ini kerana, dalam wasiat tok abah telah mengatakan Salsabila harus berkahwin dengan anak Dato' Kameel, tetapi tidak dinyatakan samaada Kris atau Khairyl.
Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangnya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara. Manakala Yasmin juga menghilangkan diri selepas keluarganya meminta ganti rugi daripada keluarga Dato Kameel.
Oleh kerana perkahwinan Salsabila dan Khairyl terbatal,maka mereka harus membayar ganti rugi perbelanjaan dalam mengadakan majlis tersebut. Pak Ali (Aman Graseka), ayah Salsabila terpaksa menjual geran tanah kepada Shuib (Yusri Saleh), iaitu orang kaya dikampung mereka demi membayar ganti rugi tersebut. Empat tahun berlalu, Kris sudah menjadi askar berpangkat kapten seperti yang dia impikan. Dia tidak tahu apa terjadi pada Salsabila dan Khairyl. Disangkanya perkahwinan mereka sangat bahagia.
Dalam masa empat tahun juga, pelbagai benda terjadi pada mereka sekeluarga. Dato Kameel terlibat dalam kemalangan dan koma selama tiga tahun selepas bertemu dengan seseorang di kampung. Salsabila pula telah kehilangan ayah tercinta dan hidup keseorangan. Dia masih rasa kecewa dengan perbuatan Kris yang menghilangkan diri selepas kejadian di hari perkahwinan mereka. Kris berusaha memikat kembali gadis yang dia dicintai. Salsabila yang kini dalam dilema dan tertekan apabila Shuib menuntut semula bayaran hutang Salsabila sebelum ini. Shuib juga mengenakan syarat kepada Salsabila, iaitu sekiranya Salsabila gagal membayar hutangnya itu, Salsabila harus berkahwin dengan Shuib. Disebabkan itu, Salsabila kini terpaksa menerima lamaran Shuib untuk menjadi isteri ketiganya demi membayar semula hutang tersebut lalu berhasrat ingin mendapatkan semula geran tanah miliknya. Kris yang mengetahui akan hal tersebut kemudian menemui Suri (Mia Nasir), iaitu isteri kedua Shuib dan membayar semua hutang Salsabila kepada mereka dan berjaya mendapatkan semula geran tanah milik keluarga Salsabila. Kris kemudian berpakat dengan Dali (Reza Hasbi) untuk mengagalkan perkahwinan Salsabila dengan Shuib. Dali berjaya memperdayakan Shuib sementara Kris menikahi Salsabila secara diam-diam. Salsabila yang kini sedar bahawa suaminya adalah Kris kemudian berasa marah dan menuntut cerai daripada Kris namun Kris enggan melepaskan Salsabila lagi. Berkat bantuan Dali dan isterinya, Salsabila memaafkan Kris dan menerimanya semula.
Pelakon
Pelakon utama
- Nafiz Muaz sebagai Kris Al-Hadi
- Uqasha Senrose sebagai Salsabila[2]
- Yusuf Bahrin sebagai Khairyl Al-Hadi @ Kyril
Pelakon pembantu
- Elly Mazlein sebagai Yasmin
- Mimi Ernida sebagai Keisha (episod 3)
- Azri Iskandar sebagai Dato' Kameel
- Catriona Ross sebagai Datin Suraya
- Reza Hasbi sebagai Dali
- Norlia Ghani sebagai Kak Nani
- Aman Graseka sebagai Pak Ali
- Zarynn Min sebagai Jaja
- Harun Hashim sebagai Tok Abah
- Yusri Saleh sebagai Shuib
- Emelda Rosmila sebagai Che Su
- Fanna Junaidi sebagai Keisha
- Natasha Elyzza sebagai Intan
- Mia Nasir sebagai Suri
Rujukan
- ^ Pengantin Lelaki Untik Cik Gadis MyInfoTaip (24 Disember 2019). Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Disember 2019). Uqasha tidak mahu terlalu memilih Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.