Kapsul | |
---|---|
Pengarah | Martias Ali |
Lakon layar | Martias Ali |
Cerita oleh | Martias Ali |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Shaufe |
Disunting oleh | Nazri Arshad (Moji) |
Syarikat penerbitan | Two Tones |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 2.3 Juta |
Pecah panggung | RM 96,900 |
Kapsul merupakan sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Martias Ali dan dibintangi oleh Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Rahim Razali, Irfan Khairi, Jue Aziz dan Elly Mazlein dan Tun Dr. Mahathir Mohamad[1]. Filem ini mengisahkan mengenai sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Mahathir telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015.
Sinopsis
Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.
Pelakon
Pelakon utama
- Faizal Hussein sebagai Zohri Ibrahim
Pelakon pembantu
- Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Rosli
- Haeriyanto Hassan sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Fadilah Mansor sebagai Siti Hasmah Mohamad Ali
- Zila Bakarin sebagai Datin Zarina
- Zamarul Hisham sebagai Kassim Selamat
- Elly Mazlein sebagai Rahimah
- Ucop Cecupak sebagai Darus
- Manan Sulaiman sebagai Tun Abdul Razak
- Hamdan Ramli sebagai Tunku Abdul Rahman
- Zaidi Omar sebagai Pak Hamid
- Normah Damanhuri sebagai Mak Leha
- Aman Graseka sebagai Malik
- Mubarak Majid sebagai Abu Bakar
- Kenji Sawahi sebagai Chen Tien
- Sahronizam Noor sebagai Osman
- Z. Zamri sebagai Sarjan Zamri
- Ann Yusof sebagai Salmah
- Ahya Ulumuddin Rosli sebagai Kopral Ramli
- Mior Hashim Manap sebagai Pak Yaakob
- T. S. Jeffry sebagai Leftenan Jeneral Renya Mutaguchi
- Adam Corrie sebagai Leftnan Junjiro Kodomo
- Jue Aziz sebagai Fatimah
- Joey Daud sebagai Prebet Daud
- Qazem Nor sebagai Prebet Naim
- Fathil Dani sebagai Tok Imam
- Pizi Jihat sebagai Sarjan Hassan
- Adik Fazli Daniel sebagai Atan
- Adik Maisara Syazreen sebagai Hasnah
Pelakon tambahan
- Zainul Abidin sebagai Wakil Kajang
Penampilan khas
- Rahim Razali sebagai Dato' Johan
- Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Dato' Najmi
- Adlin Aman Ramlie sebagai Hang Tuah
- Irfan Khairi sebagai Wan Ikmal
- Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai dirinya sendiri
Produksi
Filem Kapsul ini pada awalnya dijadulkan untuk memulakan penggambaran pada 9 Disember 2013. Segala persediaan telah dibuat dengan rapi. Sebanyak 4 sesi latihan yang dikendalikan oleh Zaidi Omar telah diadakan bertempat pusat latihan ND Lala di Danau Kota Setapak. Filem yang bakal menelan anggaran belanja hampir RM2.3 juta ini akan menggunakan hampir 70 peratus teknik CGI dimana pihak Finas sudi memberikan sumbangan geran untuk penghasilan teknik CGI dan kos-kos lain adalah 100 peratus dari poket pihak penerbit Two Tones Sdn Bhd. Martias Ali, pengarah filem ini turut merasa bangga apabila jutawan internet Irfan Khairi berminat menjadi salah seorang pelakon dalam filem ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad turut muncul didalam lima babak berdialog bersama Faizal Hussein. [2][3][4]Filem ini merupakan filem pertama yang menampilkan lakonan beliau.[5]
Filem ini telah menjalani pengambaran selama 25 hari di Kuala Kangsar.[6]Filem ini tamat pengambaraannya pada 8 Februari 2014. Berbeza dengan filem-filem kenegaraan sebelum ini, rata-ratanya hanya menggunakan satu latar masa sahaja seperti ketika serangan Jepun mahupun ketika komunis bermaharaja di Tanah Melayu. Namun filem ini menggunakan empat latar masa yang berbeza bagi memberi impak kefahaman maksimum tentang eleman kenegaraan kepada penonton.Empat latar masa yang dipilih melibatkan ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, era 1955 iaitu ketika zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, zaman pemerintahan Tun Abdul Razak dan ketika era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad.[7]
Tayangan
Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015. Selepas 12 hari ditayangkan, filem ini berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 96,900.
Ulasan
Aidil Rusli dari The Malay Mail mengulas filem ini sebagai sangat teruk dan gagal untuk melepasi standard perfileman yang paling asas sekali pun. Walau bagaimanapun, persembahan oleh Faizal Hussein mungkin akan membuat filem ini menncapai status cult filem dikalangan peminat lakonannya.[8]Wendy Sia dari portal perfileman TheDailySeni.com meluahkan kekecewaannya akan filem ini yang tidak menepati kualiti yang diharapkan.
Anugerah dan pencalonan
Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Festival Filem Malaysia ke-28 | Kesan Visual Khas Terbaik | Amru Najmi Osman | Tercalon |
Rujukan
- ^ http://www.bharian.com.my/node/69447
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-06-24.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24. Dicapai pada 2015-06-24.
- ^ http://www.rotikaya.com/tun-m-bintangi-filem-kapsul-di-samping-faizal-hussein/http://beautifulnara.com/lakonan-tun-mahathir-lengkapkan-filem-kapsul/http://www.hmetro.com.my/node/65278[pautan mati kekal]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-23. Dicapai pada 2015-07-23.
- ^ http://galaksi-media.com/hiburan-filem-kapsul-menggabungkan-jutawan-dan-pelakon-terbaik-di-malaysia/
- ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140809/hi_10/Kapsul---merentas-zaman#ixzz3dyAwA4rU Diarkibkan 2015-06-24 di Wayback Machine © Utusan Melayu (M) Bhd
- ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (19 September 2015). "Three new Malaysian films examined". The Malay Mail.