Janji Diana | |
---|---|
Pengarah | Yusof Haslam |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh | Yusof Haslam |
Dibintangi | |
Sinematografi | Omar Ismail |
Disunting oleh | Salehan Shamsuddin |
Muzik oleh | Musa Idris |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.3 juta |
Pecah panggung | RM 2.3 juta |
Janji Diana ialah sebuah filem aksi romantik Malaysia 2003 arahan Yusof Haslam, yang turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Norhan Mahmood.[2][3] Dibintangi oleh Erra Fazira dan Rosyam Nor, filem ini mengisahkan tentang perhubungan cinta antara gadis tomboi dan jejaka yang terluka akibat perlakuan bekas kekasihnya.[4] Faizal Hussein, Sarimah Ibrahim, Erma Fatima, Elly Mazlein dan Fazley Yaakob melakonkan watak pembantu. Filem ini ditayangkan pada 24 Julai 2003 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[5][6] Kejayaan Janji Diana turut membawa kepada penerbitan novel dan siri televisyen adaptasi (tetapi perbezaannya ialah pengakhiran jenis kegembiraan dalam adaptasi televisyen, di mana Haikal dan Diana berkahwin, manakala dalam filem Haikal meninggal dunia akibat barah yang dideritai).
Sinopsis
Diana (Erra Fazira) seorang gadis bermasalah yang menyalahkan bapanya diatas kematian ibunya dan memusuhi ibu tirinya, Anita (Erma Fatima). Dia juga mempunyai masalah mempercayai lelaki sehingga dia bertemu dengan Haikal (Rosyam Nor) seorang jejaka yang tidak percaya pada perempuan setelah mendapati bahawa tunangnya sendiri berlaku curang terhadapnya. Sebaiknya mereka berdua hampir saling mempercayai diri masing-masing, Sabrina (Sarimah Ibrahim) bekas tunang Haikal muncul semula dalam hidup Haikal mencuba memisahkan mereka berdua.
Pelakon
- Erra Fazira sebagai Diana[1]
- Rosyam Nor sebagai Haikal[1]
- Faizal Hussein sebagai Ijoy[1]
- Sarimah Ibrahim sebagai Sabrina[1]
- Elly Mazlein sebagai Etty[1]
- Erma Fatima sebagai Anita[1]
- Fazley Yaakob sebagai Kamal[1]
- Shukery Hashim sebagai Murad[1]
- Intan Sarafina sebagai Zetty[1]
- Marissa Yasmin sebagai Lisa[1]
- Zack Kool sebagai Joe[1]
- Lando Zawawi sebagai Lando[1]
- Zul Handy Black sebagai Zack[1]
- Helmi Gimmick sebagai Salleh[1]
- Dian P. Ramlee sebagai Noraini[1] (penampilan khas)
- Adrea Abdullah sebagai kawan Sabrina[1] (tidak dinamakan)
Penerbitan
Janji Diana ialah filem ke-12 arahan Yusof Haslam yang sebelum ini mengarahkan beberapa filemnya termasuk Bayangan Maut (1991), Sembilu (1994) dan Gerak Khas The Movie (2001).[7][8] Beliau turut berkhidmat sebagai penulis skrip bersama Norhan Mahmood. Majlis pelancaran filem ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan ketika itu, Mohd Khalid Yunus.[9]
Erra Fazira dan Rosyam Nor kembali digandingkan bersama dalam filem ini,[10] selepas berlakon bersama dalam filem Gerak Khas The Movie.[11] Penyanyi, Intan Sarafina melakonkan watak Zetty, Janji Diana ialah filem pertama (dan terakhir) lakonannya.[12][13] Intan mengakui sebelum berlakon dalam Janji Diana, beliau pernah menerima tawaran berlakon namun terpaksa menolak sebelum menerima tawaran Yusof.[14] Filem ini ialah lakonan pertama Elly Mazlein dan Sarimah Ibrahim.
Kos pembikinan diperuntukkan sebanyak RM1.3 juta dengan penggambaran dijalankan pada 23 September 2002 di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan berakhir pada 6 November 2002.[15][8]
Keluaran dan sambutan
Janji Diana dikeluarkan pada 24 Julai 2003.[16][17] Majlis pratonton filem ini diadakan pada 8 Julai 2003 di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley Megamall, Bangsar.[18] Dalam tempoh seminggu selepas tayangan perdananya, Janji Diana telah memperoleh kutipan RM800,000.[19] Kutipan pecah panggung meningkat sebanyak RM1.8 juta dalam tempoh 12 hari tayangannya.[20][21]
Suraiya Mohd Nor dari Berita Minggu dan Hartati Hassan Basri dari Harian Metro memuji jalan cerita dan persembahan pelakon dalam filem ini.[22][23] Nancy Ann, juga menulis untuk Berita Minggu memberikan ulasan baik sambil menghuraikan "ia berlainan sekali dengan filem arahan Datuk Yusof Haslam sebelum ini".[24] Menulis untuk New Straits Times, Sharifah Arfah memuji hasil garapan Yusof sambil menulis: "Yusof kelihatan gembira untuk bawakan melodrama biasa yang bagaimanapun membawa masuk dalam minda penonton".[25] Akmal Abdullah dari Berita Harian memuji filem ini sebagai "filem terbaik Yusof [Haslam] setakat ini" dan turut memuji gandingan serasi Rosyam Nor dan Erra Fazira.[26]
Adaptasi
Novel
Sebuah novel adaptasi filem ini, yang sama jalan ceritanya, telah diterbitkan bagi mempromosikan Janji Diana dan ditulis oleh Sharifah Abu Salem. Ia dikeluarkan pada 14 Julai 2003 oleh Alaf 21.[27][28] Novel Janji Diana telah ditempah sebanyak 30,000 naskhah semasa dikeluarkan.[29]
Televisyen
Pada tahun 2006, Skop Productions mengadaptasikan Janji Diana sebagai sebuah siri drama televisyen, yang disiarkan di TV2 sebanyak 99 episod dan dibintangi oleh Sheera Iskandar, Aaron Aziz, Jalaluddin Hassan, Dynas dan ramai lagi selain mengekalkan Lando Zawawi yang memegang watak Botak.[30][31] Lagu "Berteman Sepi" nyanyian Erra Fazira dijadikan lagu pembuka dan penutup.
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Catatan penerbitan Janji Diana". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
- ^ Hartati Hassan Basri (8 Jun 2003). "Formula Yusof menjadi lagi". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Meor Shariman (10 Julai 2003). "Yusof's promise" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Yusof Haslam (13 Julai 2003). "Di sebalik layar Janji Diana". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (19 Jun 2003). "Apa Janji Diana?". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ "Janji Diana janji terbaik Yusof". Berita Harian. 21 Julai 2003. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ "Janji Diana menjanjikan kepuasan". Metro Ahad. 3 November 2002. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ a b Yusof Haslam (3 November 2002). "'Janji Diana filem ke-12 saya'". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Zubir Mohd Yunus (13 September 2002). "Kritikan biar adil, munasabah: Khalid". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hanizam Abdullah (6 Julai 2003). "Janji Rosyam, janji Datuk Yusof". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (11 September 2002). "Sama hebat". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (9 September 2002). "Janji Intan". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Ramlah Zainal (14 November 2002). "Intan berdebar". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (1 November 2002). "Janji Diana uji Intan Sarafina". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Yusof Haslam (10 November 2002). "Putrajaya lokasi unik". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Suraiya Mohd Nor (10 Julai 2003). "Janji Diana menghiburkan". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Suraiya Mohd Nor (22 Ogos 2003). "Janji Diana masih bertahan di pawagam". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (7 Julai 2003). "Antara Paloh dan Janji Diana". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Suraiya Mohd Nor (30 Julai 2003). "Janji Diana cecah kutipan RM800,000". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ "Janji Diana kutip RM1.8j". Berita Harian. 6 Ogos 2003. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hardi Effendi Yaacob (2 Ogos 2003). "Janji Diana sasar kutipan RM3 juta". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Suraiya Mohd Nor (20 Julai 2003). "Konflik antilelaki". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (25 Julai 2003). "Janji Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Nancy Ann (3 Ogos 2003). "Janji Diana hebat". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Sharifah Arfah (26 Julai 2003). "Melodramatic tale of a man-hater" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Akmal Abdullah (31 Julai 2003). "Rosyam, Erra gandingan paling serasi". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ "Novel adaptasi Janji Diana dilancar". Berita Harian. 15 Julai 2003. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Hartati Hassan Basri (16 Julai 2003). "Janji Diana jadi novel". Harian Metro. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Suzan Ahmad (19 Julai 2003). "Novel Janji Diana sudah ditempah 30,000 naskhah". Berita Harian. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ "Janji Diana kembali dengan konflik lebih hebat". Berita Harian. 2 Mac 2007. Dicapai pada 9 Februari 2021.
- ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (11 Mac 2007). "Janji Diana versi drama TV lebih mendebarkan". Berita Minggu. Dicapai pada 9 Februari 2021.