Lagu Cinta Kita | |
---|---|
Berdasarkan daripada | Love At First Song oleh CJ ENM |
Format |
|
Pencipta |
|
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Pengacara |
|
Juri |
|
Negara asal | Korea Selatan Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Pemasangan kamera | Tetapan kamera-utama |
Tempoh siaran | 90-110 minit |
Syarikat penerbitan | Media Prima Berhad |
Penyiaran | |
Saluran asal | YouTube TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 April 2019 – 26 Disember 2021 |
Lagu Cinta Kita ialah sebuah rancangan televisyen realiti Malaysia yang berdasarkan daripada rancangan TV realiti Korea Selatan, Love At First Song terbitan CJ ENM. Program ini telahpun disiarkan bermula pada 19 April 2019 sehingga 26 Disember 2021 sebanyak 3 musim pada setiap hari Ahad jam 9 malam di TV3.
Format rancangan
Konsep
Lagu Cinta Kita menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan "#LaguCintaKita". Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.
Pusingan
Di pusingan awal, 36 peserta akan dipadankan mengikut giliran iaitu 6 pasangan (episod 1), 6 pasangan (episod 2) dan 6 pasangan (episod 3). Para peserta memilih lagu mengikut urutan yang ditetapkan oleh juri tetap berdasarkan vokal mereka. Kemudian, peserta dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian penonton rumah untuk mengalihkan dinding pemisah di antara pentas mereka. Ketika itu barulah para peserta dapat melihat siapakah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya.
Hanya 10 pasangan duet akan meneruskan perjalanan ke episod ke-4, ‘Love Camp Song’. Mereka akan diberikan peluang untuk mengenali sesama sendiri dalam pelbagai aktiviti yang disediakan. Mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian dan sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Setiap pasangan duet juga akan diberikan tajuk lagu yang akan dipertandingkan di pentas Lagu Cinta Kita Ke-2. Bermula peringkat ini, penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya. Satu pasangan duet akan disingkirkan dalam episod ini.
Memasuki episod ke-5 & ke-6, sembilan pasangan yang masih bertahan akan berhadapan dengan ujian yang lebih getir dimana mereka akan membuat persembahan mengikut tema mingguan yang ditetapkan. ‘Cinta Sepanjang Zaman’ yang fokus kepada seleksi lagu cinta popular di era tahun 60an hingga 90an dan ‘Cinta Antara Benua’ yang akan membawa penonton mengimbau lagu-lagu romantis dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan lain-lain.
Di peringkat ini, sudah tentu peserta yang masih bertanding mahu kekal dengan pasangan duet masing-masing kerana keserasian yang sudah tercipta. Tujuh pasangan duet yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir. Selepas itu, hanya lima pasangan yang akan berentap di pusingan akhir yang dijangka berlangsung pada 3 Januari 2020. Juara Lagu Cinta Kita Ke-2 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000, tempat ketiga berjumlah RM 20,000, tempat keempat berjumlah RM 15,000 dan tempat kelima berjumlah RM 10,000.
Musim 1 (2019)
Musim pertama Lagu Cinta Kita telah disiarkan sebanyak 5 episod bermula 19 April sehingga 5 Mei 2019. Seramai lapan pasangan telah terpilih daripada ujibakat secara tertutup namun hanya lima pasangan yang dipilih ke pusingan seterusnya. Dihoskan oleh Nana Mahazan dan manakala juri tetap adalah Hael Husaini dan Scha Al-Yahya disertai juri jemputan setiap minggu.
Manakala pada 5 Mei 2019, pasangan Naqi dan Ayuni telah dinobatkan sebgai juara Lagu Cinta Kita musim yang pertama dimana mereka telah berjaya menewaskan tiga lagi pasangan pada pusingan akhir.
Musim 2 (2020–2021)
Musim kedua rancangan ini disiarkan dari 8 November 2020 hingga 3 Januari 2021, dihoskan oleh Elly Mazlein bersama pasangan hos iaitu Azwan Ali. Hael Husaini kekal sebagai juri tetap bersama Mas Idayu. Mereka berdua akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod.
Musim kedua juga menampilkan selebriti popular yang berlainan pada setiap episod. Elly menggalas tugas sebagai panelis cinta untuk memberi komen tentang keserasian dan berkongsi kisah cinta romantis sendiri dengan pasangan berduet. Lebih menarik lagi, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh penyanyi popular tanah air sepanjang siaran lapan episod ini. Khareez Kasbullah dan Nadeera Zaini telah dinobatkan sebagai juara.
Musim 3 (2021)
Pada 5 Disember 2021, rancangan ini telah ditunda dan digantikan dengan drama bollywood iaitu Kabhi Kushi Kabhi Gham.[1]
Namun program ini kembali bersiaran pada 12 Disember 2021.[2] Pada 26 Disember 2021, Syafeek & Zazo berjaya dinobatkan sebagai juara Lagu Cinta Kita musim 3 dimana mereka berjaya menewaskan empat lagi pasangan pada pusingan akhir tersebut.
Lihat juga
- Rancangan realiti serupa: