Aeril Zafrel | |
---|---|
Kelahiran | Suhairil bin Sunari 2 Disember 1988 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penerbit |
Tahun aktif | 2006–kini |
Ketinggian | 174 cm (5 ka 9 in) |
Pasangan | Wawa Zainal (k. 2013) |
Anak-anak | 4 |
Aeril Zafrel (lahir Suhairil Sunari; 2 Disember 1988) merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Andi dalam siri TV Kisah Kaisara musim pertama serta watak Bad dalam filem Budak Pailang. Kelibatnya juga dilihat dalam Senja Permai di Astro Prima, Durja Ningsun, Cinta Jannah serta drama bersiri eksklusif Cerita Cinta Kita di TV3. Selepas itu, nama beliau mekar di arena perfileman dan sering memegang watak utama dalam drama bersiri seperti Jibril dan Mandatori.
Kerjaya
2006-2009: Penglibatan awal
Allahyarham Khairil Khamis, seorang pelakon dan penyanyi era 80an merupakan bapa angkatnya yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni apabila beliau membawa Aeril ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama pada tahun 2006 dan seterusnya memperkenalkan beliau kepada pengarah handalan Aziz M. Osman dan penerbit Noraliah Lee (Vee). Aziz dan Vee kemudiannya menyunting Aeril untuk membintangi siri TV remaja Kisah Kaisara lakonan Sari Yanti pada tahun 2007.
Pada tahun 2010, Khairil telah meninggal dunia, kini Aeril masih aktif di persada seni untuk terus menyambung cita-cita arwah bapa angkatnya itu.
2010-2012: Kesinambungan kejayaan
4 tahun pertama pembabitan Aeril dalam dunia lakonan tidak begitu memberangsangkan. Lakonan Aeril sering dikritik namun pelakon remaja ini tidak berputus asa. Selepas tidak lagi menyertai siri Kisah Kaisara untuk musim kedua, Aeril bersama seorang rakan menubuhkan sebuah kumpulan bernama CanDo Sahaja pada tahun 2008. Kumpulan ini disunting oleh label Secondlife. [1]
CanDo Sahaja dianggotai Aeril dengan menggunakan nama Farel bersama temannya, Delly. Bakat nyanyian mereka telah dicungkil oleh penulis lirik Adinda Amiro. Setelah menjalani proses rakaman serta kelas vokal intensif, ‘single’ dari kumpulan ‘CanDo Sahaja’ sepatutnya boleh dinikmati oleh peminat-peminat bidang seni suara pada awal Februari 2009 namun sebaliknya berlaku. Karier nyanyian Aeril terkubur begitu sahaja apabila perancangan menerbitkan album mereka dibatalkan. Lebih malang lagi, Aeril dan Delly terheret dalam kancah kontroversi apabila gambar porno kumpulan tersebut yang menonjolkan aksi mereka di atas ranjang (dengan hanya berselimut) dijadikan isu hangat serta dibincangkan di forum-forum internet.
Selepas kontroversi tersebut dan kematian bapa angkatnya, Aeril tampil dengan nama komersial baru selepas beberapa kali bertukar nama (bermula dengan nama Airil Yayang ke Suhairil Suhari ke Aeril Sunari dan Farel). Tuah memihak kepadanya apabila lakonan beliau bersama pelakon remaja Elfira Loy sebagai anak kepada Norman Hakim & Marissa Yasmin dalam siri TV Senja Permai berjaya meraih perhatian ramai.
Seterusnya Aeril disunting pula untuk membintangi dua buah filem iaitu arahan pengarah tersohor Mamat Khalid berjudul Apokalips X berganding bersama nama besar seperti Farid Kamil dan juga filem Aku Tak Bodoh sekaligus memberi peluang kepada Aeril untuk menimba pengalaman berlakon bersama aktor kelas A seperti Namron & Adibah Noor. Bintang Aeril terus dicungkil oleh pengarah prolifik Ahmad Idham apabila beliau diberi peluang memegang watak utama dalam siri TV Durja Ningsun bersama aktres remaja Erin Malek pada tahun 2010.
Biarpun telah melepasi usia 23 tahun, namun kerana wajahnya yang masih keanak-anakan Aeril masih disunting untuk watak-watak belasan tahun. Siri TV terbitan MIG iaitu KLIK sekali lagi membawa Aeril ke sekolah. Tahun 2012 menyaksikan Aeril naik pangkat ke peranan pelakon utama apabila meraih peluang memegang watak utama Adam dalam filem terbitan KRU Studios iaitu Cinta Kura Kura arahan Nizam Zakaria. Dalam filem tersebut Aeril bergandingan bersama dramatis popular Tiz Zaqyah. Tahun 2012 juga menyaksikan beliau muncul dalam tiga buah filem terbitan Metrowealth (MIG) dimana dua daripadanya bergandingan bersama aktres Wawa Zainal.
Filem 7 Petala Cinta menyaksikan pertama kali Aeril memegang watak Ahmad Attar dalam filem bercorak kerohanian, sementara filem Budak Pailang menyaksikan sisi sebenar lakonan Aeril diuji dan kemampuannya memegang watak remaja flat yang terlibat dalam pengedaran dadah hingga dimasukkan dalam sekolah juvana mendapat pujian ramai. Aeril juga sebelum itu muncul dalam sebuah lagi filem iaitu Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS) membawa watak utama dalam konflik cinta platonik.
Selain aktif dalam bidang lakonan, Aeril juga sering menjadi peragawan untuk pertunjukan fesyen dan pelancaran produk. Memikirkan hala tuju kariernya, Aeril tidak lagi mahu terikat dengan satu studio sahaja, maka filem 99 Kali Rindu, dimana beliau memainkan watak Ahmad Attar menjadi filem terakhirnya sebagai artis residen MIG. Ketika beliau dan agen dikatakan sedang mencari peluang untuk berlakon di negara jiran Indonesia, peluang yang lebih besar tiba apabila Aeril dilamar untuk membintangi filem Hollywood berjudul Mothers Day, memegang salah satu watak penting bersama pelakon handalan seperti Susan Sarandon, Sharon Stone.
Sejak pembabitan Aeril di peringkat antarabangsa, namanya semakin diangkat di persada seni. Kemunculan Aeril dalam telenovela Cinta Jannah pada Ogos 2013 di slot Akasia TV3 berjaya menjulangkan lagi namanya dan lakonannya bersama Nelydia Senrose meningkatkan lagi populariti Aeril sebagai hero baru TV dan filem di Malaysia.
2013–kini: Cinta Jannah dan perkembangan terkini
Setelah Cinta Jannah berjaya mencatat rekod tayangan tertinggi untuk Slot Akasia pada tahun 2013, Aeril menempa nama selesa sebagai pelakon papan atas untuk drama televisyen. Penampilan beliau selepas itu tidak lagi sekerap awal kemunculan tetapi tetap dinanti dan mendapat rating yang tinggi.
Antara drama-drama popular lakonan Aeril adalah Nahu Rindu, Cerita Cinta Kita, Patahnya Sebelah Sayap, Akulah Balqis dan paling diperkatakan adalah lakonannya dalam drama premium Mandatori yang ditayangkan di saluran Astro First.
Kerjaya filem Aeril bagaimanapun bergerak sederhana. Filem CCTV (2015) meraih sambutan baik dan lakonan Aeril mendapat pujian pengkritik dan penonton.
Aeril bersama-sama dengan Johan As'ari, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Cristina Suzanne, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Ilyas.[2]
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada tahun 2013 secara rahsia dan dikurniakan empat orang anak.[3]
Filemografi
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2010 | Aku Tak Bodoh | Sudin | Filem pertama |
2012 | Cinta Kura-Kura[4] | Adam | |
7 Petala Cinta | Attar | ||
Hanya Aku Cinta Kau Seorang | Mukhlis | ||
Budak Pailang | Badrul | ||
2013 | 99 Kali Rindu | Attar | |
2015 | CCTV | Hariri | |
2016 | Saga Berterusan | Inspektor AJ | Filem pendek |
#ER3 Ertiga | |||
2018 | 7ujuh | Ilyas | |
2019 | Geran | Lah | |
KL Vampires | Indra | ||
2021 | Sabda Kekasih | Burhary Muslim | Juga sebagai penerbit |
2022 | Musyrik - Api Neraka Menantimu! | Ariel | |
2024 | Abnormal: Buas | Sebagai penerbit | |
Klepet | — | Sebagai penerbit, pos-produksi | |
TBA | Surat Muhammad | Pos-produksi | |
300 Nautika | Kamal | Pos-produksi | |
Abang | Lah | Pra-produksi |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Permata Hati Mama | TV3 | Drama pertama | |
2008 | Kisah Kaisara | Affendi | ||
2009-2010 | Blogger Boy | Ali | 8TV | |
2009 | Senja Permai | Danial | Astro Prima | |
2010 | K.I.T.A. | Remy | Astro Ria | |
Durja Ningsun | Aliff | TV3 | ||
Hero Komik | TV2 | |||
KL Rock N Roll | Astro Ria | |||
2011-2012 | 6 Progresif | Jimmy | TV9 | |
2011 | KLIK | Redwan | Astro Ceria | |
Ramadhan Terakhir | Daniel | TV3 | ||
2012 | KLIK 2 | Redwan | Astro Ceria | |
2013 | Janji Shirah | Luqman | TV3 | |
Cinta Jannah | Izaryl | |||
2014 | Cerita Cinta Kita | Adam | ||
2015 | Andai Bumi Tulip Takdirku | Sufian | TV AlHijrah | |
HidayahMu Ramadan | Amar | TV3 | ||
Akulah Balqis | Yamin | |||
2016 | Patahnya Sebelah Sayap | Khuzairi | ||
2017 | Nahu Rindu | Fateh / Kasyaf | ||
My Sweet Lavender | Danish | TV9 | ||
Mandatori | Norman / Carlos | Astro First Eksklusif | ||
2018 | Zahir Tak Terucap | Haziq | TV3 | |
Cinta Fatamorgana | Rifqi | |||
Menggapai Awan | Nafis | |||
Patahnya Sebelah Sayap 2 | Khuzairi | |||
Jibril | Jibril | NTV7 | ||
Mencari Qiblat | Adam | TV3 | ||
2019 | Cinta Tanpa Henti | Hisyam | ||
Cari Aku Di Syurga | Anas | |||
2020 | Seindah Tujuh Warna Pelangi | Andika Iman | ||
Tercipta Satu Ikatan | Daniyal | Astro Ria | ||
2022 | My Ofis | KS | IQiyi | |
2023 | Serpihan Sayang | Imran | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Tok Bah | TV1 | Telefilem pertama | |
2011 | Puteri Kayangan | Azam | TV3 | |
2012 | Pelarian | Muhamad | ||
Perempuan Neraka | Fendi | |||
Kenapa Aku Binti Abdullah | Taufiq | TV9 | ||
2013 | Anak Sampah | Sufian | TV3 | |
Sungai Lui | Azam | TV9 | ||
Cinta Mat Semperit | Ariel | TV3 | ||
Mungkin Itu Kasihmu | Amar | TV2 | ||
Hafiz Tahfiz | Hafiz | TV AlHijrah | ||
2014 | Cinta Hati Suri | Rangga | TV3 | |
Dari Kerana Mata | Rudy | Astro Prima | ||
Lambaian Kerinduan | Muaz | TV9 | ||
Novel Fana | Kamal | Astro Prima | ||
Cikgu Bidan | Irwan | TV3 | ||
Namaku Maisara | TV2 | |||
Seindah Kasihmu | Atan | TV1 | ||
2015 | Diva | Akmal | Astro Prima | |
Cik Puan Sinderella | Bone | Astro Ria | ||
Dia Imamku | Kamal | TV3 | ||
2016 | Ku Haramkan Susu Itu | Tamar | TV9 | |
Tetamu Ramadan | Hazim | TV3 | ||
Buku Cinta Abah | Aizad | |||
Bella Mencari Cinta[5] | Dr Fahrin | TV9 | ||
2017 | Biarkan Cinta Tersenyum Lagi[6] | Redza | Astro Ria | |
Mengharap Sebuah Keredhaan | Amir | TV9 | ||
Nota Silam[7] | Azrul | Astro Citra | ||
Kita Bukan Anjing | Sipul | |||
Negaraku 16 September[8] | Cikgu Omar | |||
Sekolah Api | Hafiz / Api | |||
2018 | Hidayah Itu Milik Ilahi | Faliq | TV1 | |
Genesis | Amirul | TV3 | ||
2020 | Arus Merah | Marwan | Astro First Eksklusif | Juga sebagai pengarah |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Nota |
---|---|---|---|---|
2015 | Ketuk Ketuk Ramadan | Artis jemputan | TV1 | |
2018 | Kata Serasi | Tetamu jemputan | NTV7 | |
2023 | Big Stage 5 | Presiden netizen | Astro Ria | Minggu 6 |
Teater
Tahun | Tajuk |
---|---|
2011 | Gelanggang Tok Wali[9] |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2011 | Pelakon Harapan Lelaki | Aku Tak Bodoh | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem | Tercalon | |||
Artis Baru Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
2013 | Couple MeleTOP (bersama Wawa Zainal) | Tercalon | ||
Gandingan Serasi di Layar (bersama Wawa Zainal) | Tercalon | |||
2014 | Pelakon Drama Lelaki Pilihan | Janji Shirah | Tercalon | |
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | |||
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Nabila Huda) | Tercalon | |||
Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Wawa Zainal) | — | Tercalon | ||
2015 | Pelakon Drama Lelaki Pilihan | Cerita Cinta Kita | Tercalon | |
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Wawa Zainal) | Tercalon | |||
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | |||
2016 | Pasangan Pilihan (bersama Zara Zya) | HidayahMu Ramadan | Tercalon | |
2017 | Aktor Pilihan | Patahnya Sebelah Sayap | Tercalon | |
Pasangan Pilihan (bersama Ummi Nazeera) | Tercalon | |||
Pelakon Lelaki Terbaik Drama | Mengharap Sebuah Keredhaan | Tercalon | ||
2018 | Pelakon Lelaki Terbaik Telenovela | Mandatori | Menang | |
2023 | Celebrity Creator of The Year | — | Menang |
Rujukan
- ^ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/1/20/mstar_hiburan/20090120104321&sec=mstar_hiburan[pautan mati kekal]
- ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
- ^ Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali
- ^ "Aeril Zafrel". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-10. Dicapai pada 2012-02-25.
- ^ Telefilem Bella Mencari Cinta - Hiburan - MyInfoTaip
- ^ Telefilem Biarkan Cinta Tersenyum Lagi - Hiburan - MyInfoTaip
- ^ Telefilem Nota Silam - Hiburan - MyInfoTaip
- ^ Telefilem Negaraku 16 September - Hiburan - MyInfoTaip
- ^ Rosli Manah (18 Julai 2011). "Aeril cabar diri berlakon teater". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Julai 2011. Dicapai pada 27 Mac 2015.