One Nation Emcees | |
---|---|
Berasal dari | Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia |
Genre | Hip hop |
Tahun aktif | 2008–2012,2019 (kemunculan GV 2019) |
Syarikat rakaman | Nova Music Malaysia |
Ahli | Adeline Tsen Jojoe Hasan Kozae Murtaza Sabhi Saddi |
Bekas ahli | Zydee Edris Mimifly |
One Nation Emcees (ONE) ialah sebuah kumpulan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 2008. Kumpulan ini mendapat perhatian meluas apabila mereka dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Gang Starz. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada; Shamimi Amalina "Mimi" Norhisham, Mohamed Fareezan "Kozae" Mohamed Murtaza, Mohd. Norzaidi "Zydee" Edris and Nur Hasan "Jojoe" Baias.[1] Kemudiannya, Zydee digantikan oleh Sabhi Saddi yang juga ahli asal ONE.[2] Mereka membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019. Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dalam program tersebut.[3] Namun dua minggu selepas tamat rancangan itu, Mimifly mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan ini kerana beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya solonya.[4] Pada pertengahan bulan Februari 2020, kumpulan ini telah mengumumkan bahawa mereka telah memilih pelakon Adeline Tsen sebagai ahli baru bagi menggantikan Mimi. Perkara itu diumumkan di laman rasmi Instagram One Nation Emcees.[5]
Album pertama kumpulan dilancarkan pada 2010 dengan lagu "Raja Gelek", "Dendangkan", "Apa Ku Kisah" dan "Syukur (Kau yang Satu)" dikeluarkan sebagai single.
Kerjaya
Gegar Vaganza (Musim 6)
Pada tahun 2019, ONE ialah salah satu daripada dua kumpulan muzik yang mengambil bahagian dalam Gegar Vaganza musim ke-6.[6] Berikut ialah persembahan mereka:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019 | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Lagu Ke Artis? | "Anak Kampung" | Diri mereka sendiri bersama Jimmy Palikat | Ke-7 |
Minggu 2 | CarMa (Cari Makan) | "Raja Gelek" | Diri mereka sendiri | Ke-9 |
Minggu 3 | Yang Aneh Aneh | "Gelora" | Saloma & P. Ramlee | Ke-6 |
Minggu 4 | Haa... Tepuk | "Layar Impian" (duet Azharina) | Ella | Ke-5 |
Minggu 5 | CurHat (Curahan Hati) | "Makhluk Tuhan Paling Sexy" | Mulan Jameela | Ke-3 |
Minggu 6 | Melets (Meletop) | "Gadis dan Bunga" | Rahimah Rahim | Ke-9 |
Minggu 7 | Caras (Cara Sendiri) | "Bila Rindu" | Ruffedge | Ke-3 |
Minggu 8 | Reset | "Anak" | Carefree | Ke-4 |
Minggu 9 (Suku akhir) | Komposer Hebat Dahulu Sekarang | "Hati Emas" | Kembara | Tempat Pertama |
Minggu 10 (Separuh akhir) | Fabulous | "Seribu Tahun" | Imran Ajmain | Ke-3 |
"Drama" (duet bersama Lan Solo) | Drama Band | Ke-3 | ||
Minggu 11 (akhir) | Peluang Terakhir | "Melompat Lebih Tinggi" | Sheila on 7 | Tempat Kelima |
"In the End" (bersama Nur Fatima) | Linkin Park |
Diskografi
Album studio
- One Nation Emcees (2010)
Single
- "Raja Gelek" (2009)
- "Apa Ku Kisah" (2010)
- "Syukur (Kau Yang Satu)" (2011)
- "Anak Kampung" (feat. Jimmy Palikat) (2012)
- "Selamanya Sayang" (2017)
Rujukan
- ^ One Nation Emcees: Biography Last.fm. Dicapai pada 24 Oktober 2013.
- ^ Khai Azfar (25 September 2019). Sabhi Saddi Kembali Bersama One Nation Emcees Murai.my. Dicapai pada 24 Oktober 2019.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Disember 2019) [1] Berita Harian. Dicapai pada 23 Disember 2019.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Januari 2020) [2] Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
- ^ Asraf Aided [3] Astro Gempak.
- ^ Wann, Sham Visa, Kool & One Nation Emcees antara 13 peserta Gegar Vaganza 6 Astro Awani (24 September 2019). Dicapai pada 24 Oktober 2019.