Na O Mei | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh | Rozie Rashid |
Pengarah | Fairuz Loy |
Dibintangi oleh | Elly Mazlein Adi Putra Nabila Huda |
Lagu pembukaan | Bisikan Rindu - Han |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 44 |
Penerbitan | |
Penerbit | Ahmad Puad Onah |
Tempoh siaran | 1 jam (termasuk iklan) |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Akasia) |
Julung kali ditayangkan di | Malaysia |
Siaran asal | 28 Jan 2010 – 4 April 2010 |
Mengikuti | Matahari |
Diikuti oleh | Adamaya |
Na O Mei ialah satu siri drama percintaan Malaysia 2010 lakonan Elly Mazlein, Adi Putra dan Nabila Huda sebagai watak utama.
Sinopsis
Mengisahkan wanita tabah yang harus mengharungi liku-liku hidupnya untuk mencari kebahagiaan. Diilhamkan dari kisah benar mengenai gadis Siam yang berkahwin dengan lelaki Melayu dan mempunyai anak dinamakan Na O Mei.
Na O Mei mengisahkan gadis Thai yang datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah dan jatuh hati pada anak majikannya, Azhar, serta memeluk Islam. Na O Mei, atau mama Islamnya mini Aishah, berhadapan pelbagai liku hidup lebih-lebih lagi apabila dia disahkan mengandung. Dia disangka membuat onar dan dihalau dari rumah majikannya. Apapun, bayi dalam kandungannya adalah anak hasil perkongsian hidup dengan Azhar yang belajar di luar negara. Aishah tabah menjalani hidup sendirian untuk menyara dirinya dan bayi dalam kandungan, sehinggalah saat dia melahirkan bayinya seorang diri di sebuah rumah kosong. Aishah menamakan anaknya Na O Mei juga, dengan harapan Azhar dapat bertemu dengan anak mereka dan menyatukan kembali kasih sayang mereka. Na O Mei si bayi diberikan kepada keluarga angkat.
Aishah terpaksa berpisah dengan anaknya demi mencari rezeki dan kerana dia tidak mahu mereka yang iri hati dengannya menemui anaknya. Aishah berkahwin untuk kali kedua dengan Ayie, dan melahirkan anak bernama Camelia. Aishah tidak menyenangi Camelia kerana anaknya lahir selepas beliau dirogol oleh suaminya yang panas baran dan kaki pukul.
Cerita berlanjutan ke Na O Mei II yang kini dewasa. O Mei bekerja di sebuah resort bersama abangnya (anak angkat mak angkatnya) dan bertemu dengan Camelia, Arina dan Arman. Konflik cinta berlaku antara tiga wanita ini. Pada mulanya, Reza mencintai Na O Mei dan ingin memperisterikannya. Ini kerana Na O Mei dilihat mempunyai ciri kewanitaan yang diinginkannya. Apapun, perasaan Reza ditolak Na O Mei yang memintanya mencintai Camelia. Cuba mencintai Camelia, ternyata jiwa Reza tidak sesuai dengan Camelia yang berperwatakan kasar akibat terlalu dimanjakan bapanya. Kemudian, muncul pula Arina yang juga rakan baik Na O Mei. Bertemu Arina, ia membuat Reza terkenang cinta pertama dan tunangnya yang meninggal dunia kerana dirogol. Wajah Arina yang seiras arwah tunang Reza menyebabkan cintanya mula berputik kembali. Apakah kesudahan cinta Reza dan Na O Mei? Bagaimana pula hubungan O Mei dengan Camelia dan Arina?
Pelakon
- Elly Mazlein sebagai Na O Mei
- Adi Putra sebagai Reza
- Nabila Huda sebagai Camelia
- Iqram Dinzly sebagai Arman
- Raja Farah sebagai Arina
- Wan Maimunah sebagai Maimun
- Jasmin Hamid sebagai Aishah @ Na O Mei
- Jobot sebagai Que
- Amanda Misbun sebagai Rima
- Fouziah Gous sebagai Nabila
- Fauzi Nawawi sebagai Ayie
- Zila Bakarin sebagai Intan (kawan baik Aishah)
- Hasnul Rahmat sebagai Dr. Johan
- Puteri Sarah sebagai Na O Mei muda
Runut Bunyi
- Dosakah Aku - Nidji
- Terakhir - Mahkota Band
- Dinda - Mahkota Band
- Perih - Viera
- Hidupmu Hidupku - Zigzag
- Mengejar mimpi- Rendy & claudia
- Cinta di sekolah - Mahkota band
- Dikhianati - Mahkota band
- Manusia terburuk - Mahkota band
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Na O Mei | Berikutnya |
Cinta Balqis | Adamaya |