Linda Nanuwil | |
---|---|
Nama lahir | Norlinda binti Nanuwil |
Kelahiran | Ranau, Sabah, Malaysia | 21 Mac 1984
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | Maestro (2004–2006) Linda Nanuwil Entertainment (2007–kini) |
Norlinda Nanuwil (lahir 21 Mac 1984) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjaya muziknya bermula selepas bergelar naib juara Akademi Fantasia musim kedua pada tahun 2004. Pada tahun 2020, beliau menjadi alumni pertama Akademi Fantasia yang menyertai Gegar Vaganza di musim ketujuh ini,[2][3] dan memenangi tempat kelima.
Kerjaya
Linda merupakan Naib Juara Akademi Fantasia Musim 2 setelah diserap masuk selepas tersingkir pada Minggu ke-8. Setelah meraih gelaran naib juara AF2, beliau merakamkan album studio pertamanya, Jika Kau Kekasih pada 2005. Setelah itu, beliau kembali senyap kerana berlatih untuk memantapkan vokalnya.
Linda telah menghasilkan sebuah album Kadazandusun secara rahsia dan dijadual melancarkan album itu pada 26 Julai 2008 di 1Borneo Hypermall. Malangnya seminggu sebelum itu, bapanya, Nanuwil Galida meninggal dunia.[4]
Majlis pelancaran telah ditangguhkan ke 9 Ogos 2008 dimana Linda telah mempersembahkan single pertama berjudul 'Upus Tolidang' dengan penuh emosi. Lagu tersebut ditulis oleh Linda dan bapanya sendiri.[5]
Linda bersama rakan seperjuangannya dalam Akademi Fantasia 2 menjayakan konsert reunion AF2 yang berlangsung pada Ogos 2019.[6]
Pada tahun 2020, beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ketujuh antara lain turut disertai oleh Mus May, Cliff Umar, Ayu Damit dan Ashira. Penyertaan ini menjadikan Linda sebagai peserta Akademi Fantasia pertama yang menyertai Gegar Vaganza.[7] Beliau berjaya memenangi tempat kelima selepas 10 minggu bertanding.
Akademi Fantasia (musim 2)
Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Akademi Fantasia (musim 2) | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan | |
Minggu 1 | "Tak Tahan Lagi" | Melly Goeslaw | SELAMAT | |
Minggu 2 | "Semoga Abadi" | Misha Omar | SELAMAT | |
Minggu 3 | "Leaving on a Jet Plane" | Chantal Kreviazuk | SELAMAT | |
Minggu 4 | "Madah Berhelah" | Ziana Zain | SELAMAT | |
Minggu 5 | "Bunga Melur" | P. Ramlee | SELAMAT | |
Minggu 6 | "Panti Asuhan" | Hetty Koes Endang | SELAMAT | |
Minggu 7 | "Akan Ku Tunggu" | Candy | SELAMAT | |
Minggu 8 | "Syurga Idaman" | Azizah Mohamad | TERSINGKIR | |
Minggu 9 | DISERAP MASUK | |||
Minggu 10 | "Only You"
"Aku Cinta Kamu" |
Enrique Iglesias
Dirinya sendiri |
NAIB JUARA |
Gegar Vaganza 2020
Linda ialah salah seorang daripada 14 peserta Gegar Vaganza musim ketujuh yang turut disertai oleh Mus May, Haslinda, Noraniza Idris dan lain-lain. Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2020 | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Grand Konsert | "Jika Kau Kekasih" | Dirinya sendiri | Ke-8 |
Minggu 2 | Sama Naik | "Mungkinkah" | Sheila Abdull | Ke-2 |
Minggu 3 | Cuba Try Test | "Akar dan Bumi" | Amuk | Ke-3 |
Minggu 4 | Lagu Berhantu | "Kemarin" | Seventeen | Ke-2 |
Minggu 5 | Tak Tahu Sampai | "Jangan Kau Mimpi" | Siti Sarah | Ke-8 |
Minggu 6 | Double Special | "Bertakhta Di Hati" (duet bersama Khai Bahar) | Farahdhiya | Ke-7 |
Minggu 7 | Take Over | "Suci Dalam Debu" | Iklim | Ke-6 |
Minggu 8 | GV Throwback | "Teringin" | Shima | Ke-2 |
Minggu 9 | Medley Outstation | "Anak"
"Teruskanlah" |
Freddie Aguilar | Ke-3 |
Minggu 10 | Konsert Akhir | "One Moment in Time"
"Terlanjur Cinta" |
Whitney Houston
Rossa & Pasha Ungu |
Ke-5 |
Kehidupan peribadi
Linda dilahirkan dan dibesarkan di Ranau, Sabah. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur dan belum berkahwin.[8]
Diskografi
Album studio
Tahun | Album |
---|---|
2004 | Best of Linda
|
2005 | Jika Kau Kekasih
|
2008 | Linda
|
Single
Tahun | Tajuk | Album |
---|---|---|
2005 | "Aku Cinta Kamu" | Jika Kau Kekasih |
2005 | "Jika Kau Kekasih" | Jika Kau Kekasih |
2008 | "Upus Tolidang" | Linda |
2021 | "Ikhlaskan Hatimu" | Single |
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2005 | Gila-Gila Pengantin Popular | Irma Fatima | Filem pertama |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Akademi Fantasia Musim 2 | Pelajar | Astro Ria | Tersingkir di konsert ke-8 namun diserap semula dan menjadi naib juara. |
2021 | Gegar Vaganza (musim 7) | Peserta | Pemenang tempat kelima |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Misteri Jam Vintage | Noraini | Astro Citra | Telefilem Pertama |
Rujukan
- ^ Georgie Joseph (24 Oktober 2018). "Linda Nanuwil mohon maaf". Harian Metro. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (24 September 2020). Peluang kedua Linda Nanuwil kembali ke dunia seni selepas 10 tahun menghilang - "Perasaannya macam mula-mula nak jadi artis dulu teruja" mStar Online. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ Mohamed Shahemy Azmi (23 September 2020). Saya tak merajuk - Linda Nanuwil Kosmo!. Dicapai pada 14 Disember 2020.
- ^ "Linda sedih, pilu dan terkilan". DBOS.fm. Julai 2007. Dicapai pada 12 Oktober 2008.
- ^ "Hiburan hujung minggu". DBOS.fm. Ogos 2008. Dicapai pada 12 Oktober 2008.
- ^ Ramlah Zainal (27 Februari 2019). "Linda beri respon poaitif konsert reunion AF2". Harian Metro. Dicapai pada 12 Oktober 2019.
- ^ Kenneth Chaw (25 September 2020). Ex-'Akademi Fantasia' contestant Linda plots comeback The Star Online. Dicapai pada 9 Disember 2020.
- ^ Hanafis Haris (15 Ogos 2020). "Masih single walaupun berusia 36 tahun, ini jawapan Linda Nanuwil". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Oktober 2020.