Saiful Apek | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Saiful Azam bin Mohamed Yusoff 12 Mei 1969 |
Nama lain | Apek Senario / Saiful |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara, penyampai radio, penghibur |
Tahun aktif | 1994–kini |
Terkenal kerana | Senario, Melodi, Sinaran Pasport Kegemilangan, Cicakman |
Pasangan | Roslina Abu Hassan (k. 1994) |
Anak-anak | 2 |
Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak lagenda tanah air.
Selain bidang lawak, beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara, penghibur Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem-filem di Malaysia dari dahulu hingga kini sehinggakan pernah memecah tradisi sebagai pelawak yang paling banyak memegang watak utama dalam setiap filem lakonannya.[1] Terdahulu, beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario dan telah keluar dari kumpulan tersebut beberapa tahun kemudiannya. Namun begitu, kini beliau kembali bersama kumpulan tersebut dengan anggota-anggota asal dan menjenamakan semula diri mereka sebagai Senariounion.[2][3]
Beliau pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH 2003 lantas mengukirkan nama beliau dalam sejarah sebagai pelawak pertama yang memenangi anugerah tersebut. Terkini, beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Komedi 2021 di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2021.[4] Pada penghujung 2021, beliau telah dijemput memasuki program nyanyian terbitan Astro, iaitu Gegar Vaganza Musim ke-8 sebagai pasangan duo bersama Yassin Yahya/Anye dan dikenali sebagai kumpulan Sa.Ya.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan sebagai Muhammad Saiful Azam bin Mohamed Yusoff di Gombak, Selangor. Pada surat beranak dan kad pengenalannya, tertera tarikh 15 Ogos 1969 tetapi hakikat sebenar, tarikh lahir Saiful ialah 12 Mei 1969.[5] Kekeliruan yang wujud itu disebabkan peristiwa 13 Mei 1969 apabila beliau terpaksa diserahkan kepada satu keluarga lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan kemudian baru didaftarkan.[5]
Saiful pada mulanya telah dibesarkan oleh Allahyarhamah Jahindun binti Haji Sahin dan suami kedua ibunya iaitu Allahyarham Haji Mohammad Jaafar Ali sehingga pada kematian ibunya semasa Saiful berumur 21 tahun.[6]
Di hari pengebumian ibunya, Saiful baru mengetahui bahawa dia adalah anak angkat setelah tidak dibenarkan untuk mencium dahi jenazah arwah ibu angkatnya itu.[6]
Sekitar tahun 1991, selepas berhijrah ke Singapura, beliau telah tergerak hati untuk mencari orang tua kandung yang telah lama terpisah. Setelah mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, akhirnya beliau telah ditemukan dengan 6 orang adik beradik kandung bersama dengan kedua orang tua kandung beliau, iaitu Rahmah binti Uyub dan Husin bin Hashim.[6]
Pada tahun 1994, semasa berada di pusat membeli belah Subang Parade, beliau secara tidak sengaja telah bertemu dengan sahabat karib beliau yang pada ketika itu sedang menguruskan pendaftaran sebuah ujibakat televisi, Sinaran Pasport Kegemilangan telah mendaftarkan beliau sebagai peserta. Disitulah titik tolak permulaan kerjaya Saiful Apek sebagai seorang pemain industri di Malaysia.[6]
Kerjaya
Bakat Saiful (yang ketika itu berusia 25 tahun) dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama pada 1994 anjuran TV3, sekali gus popular menerusi sitkom Senario yang disiarkan sehingga 2013. Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan hiburan paling popular di TV3, Melodi bersama Ogy Ahmad Daud dengan menggunakan nama Apek.[5]
Saiful memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd dan pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABPBH03).[7] Apek membuat penampilan filem pertama menerusi watak undangan khas dalam filem Puteri Impian 2 arahan Aziz M. Osman lakonan Amy Mastura. Apek dan kumpulannya, Senario muncul bersama dalam filem sulung lakonan mereka, Senario The Movie yang ditayangkan pada 1999. Dalam filem ini, Apek memegang watak bos pesta ria, Apek kemudiannya muncul dalam empat lagi filem lakonan Senario.
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[8] Apek muncul bersama Faizal Hussein dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Yusof Kelana yang ditayangkan pada 25 November 2003.[9]
Selain itu, filem-filem lakonannya yang terkenal adalah seperti Jutawan Fakir, KL Menjerit, Gangster, Laila Isabella, Cinta Luar Biasa, Biar Betul, Gila-Gila Pengantin Popular, Kuliah Cinta, Man Laksa, Duyung, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Bujang Senang, Ladyboss, Cicakman dan banyak lagi.
Pada 1 November 2004, Apek melancarkan kelab peminatnya Apek's F.C (A.F.C) bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara beliau dan peminat.[10][11]
Filem lakonan Saiful yang paling berjaya bagi tahun 2006 ialah Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim. Ini merupakan filem adiwira pertama di Malaysia. Beliau melakonkan watak utama, bersama pelakon yang terlibat termasuk Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Yasmin Hani, Yusry KRU, Jalaluddin Hassan, AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie. Apek memegang watak sebagai Hairi, seorang pemuda yang sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses uji kaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny, bekerja di syarikat milik Profesor Klon, di Bandar Metrofulus.[12] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam rancangan komedi santai Gitu-Gitu Apek yang bersiaran di Astro Ria.[13]
Apek memegang watak sebagai Jimmy dalam filem komedi khayalan, Duyung arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang menggandingkan beliau bersama Maya Karin yang memegang watak sebagai Puteri.[14] Filem ini ditayangkan pada 6 Mac 2008 hingga kejayaan komersial.[15] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini dengan menyanyikan lagu bertajuk "Aspalela".[16]
Apek kembali menjayakan peranannya sebagai Hairi/Cicakman dalam filem Cicakman 2 - Planet Hitam yang ditayangkan pada 11 Disember 2008.[17] Watak Cicakman lakonan beliau juga membuat kemunculan khas dalam filem The Wedding Game.[18]
Beliau ditawarkan menyertai Maharaja Lawak Mega 2015, namun menolak bagi menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior.[19] Bagi beliau, tiada apa lagi yang perlu beliau buktikan dalam pentas lawak.
Namun begitu, beliau menerima tawaran menyertai program nyanyian Gegar Vaganza Musim ke-8 pada penghujung tahun 2021 atas alasan 'sambung belajar' kerana beliau sedar dalam bidang nyanyian, masih banyak lagi ilmu yang perlu beliau perlu pelajari dan terlepas pandang semasa zaman mudanya.
Kehidupan peribadi
Beliau berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada 11 Jun 1994. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam (lahir 1996) dan Mohd Radzin Aiman (lahir 1998).[7][20]
Beliau juga memiliki restoran Gitu-Gitu Char Koey Tiaw yang beroperasi di Pulau Pinang.[7] Pada tahun 2013, Apek mengambil keputusan untuk berhenti merokok kerana mengambil berat aspek kesihatan.[21]
Kontroversi
Saiful Apek didapati bersalah kerana memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010.[22] Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan beliau membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama.[23][24]
Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.[25] Pada 25 April 2014, Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan.[26][27]
Filemografi
Menunjukkan filem yang tidak ditayangkan |
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1998 | Puteri Impian 2 | Saiful | Filem pertama, penampilan khas |
1999 | Senario The Movie | Apek | |
2000 | Mimpi Moon | Penyanyi studio | Penampilan khas |
Senario Lagi | Saiful | ||
2001 | Lagi-Lagi Senario | ||
2002 | KL Menjerit | Kilat | |
Anak Mami The Movie | Pengayuh Beca | Pelakon undangan | |
2003 | Gila Bola | Luncai | |
Jutawan Fakir | Fakir | ||
Laila Isabella | Harun | ||
MX3 | Masdor | ||
Lang Buana | Gunung | ||
2004 | Berlari Ke Langit | Dirinya sendiri | |
Biar Betul | Khai | Juga sebagai penerbit bersama | |
Bintang Hati | Pengurus kompleks | Penampilan khas | |
Cinta Luar Biasa | Husin | ||
Gila-Gila Pengantin Remaja | Wong | Penampilan khas | |
Kuliah Cinta | Terry | ||
2005 | Anak Mami Kembali | Saiful | |
Gangster | Black | Penampilan khas | |
Gila-Gila Pengantin Popular | Zul | ||
GK3 The Movie | Saiful | Penampilan khas | |
KL Menjerit 1 | Kilat | ||
Lady Boss | Saiful | Penerbit bersama dan bersekutu | |
Senario XX | Jeneral Zoragas | ||
Tak Ori Tapi Ok | Zali | ||
2006 | Main-Main Cinta | Encik Aznil | |
Man Laksa | Fadhil Mat Dom | ||
Bujang Senang | Bujang/Datuk Azlan | ||
Nana Tanjung | Akhbar Khan | ||
Salah Bapak | Selamat | ||
Cicak-Man | Hairi/Cicakman | ||
Otai | Aiman Tan Sri Mydin | ||
2007 | Nana Tanjung 2 | Akhbar Khan | |
2008 | Duyung | Jimmy | |
Cicakman 2 - Planet Hitam | Hairi/Cicakman | ||
2009 | The Wedding Game | Cicak-man | Penampilan khas |
Sifu & Tongga | Sifu | ||
2010 | Kecoh Betul | Abang Don | |
4 Madu | Azlan/Azrul | ||
Magika | Hang Tuah | Penampilan khas bersama Senario | |
2011 | Raya Tak Jadi! | Shuib | |
2012 | Bujang Telajak | Saiful | |
Hantu Air | Yassin | ||
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau | Apong | ||
Shh...Dia Datang | Enol | Juga sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit | |
2013 | Rock Oo! | Wan Megat | |
Kecoh Hantu Raya Tok Chai | Ebby | ||
2014 | Mana Mau Lari | Tak Tau | Penampilan khas |
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh | Mirdu | ||
2015 | Gangsterock Kasi Sengat | Bromo | |
2016 | Lu Mafia Gua Gangster | Pelanggan Restoran 1 | Penampilan khas |
Muluk Dan Konco: Hero Malaya | |||
2017 | Pak Pong | Tok Belantara | Pelakon undangan |
2019 | XX Ray III | Azli | Penampilan khas |
Banglasia 2.0 | Omar | ||
KL Vampires | Syakir | ||
2020 | Syif Malam Raya | Encik Khairul | |
2021 | Maghfirah & Co | Armaya | Filem video |
Rumah Madu Ku Berhantu | P. I. Dino | ||
2022 | Nasi Lemak 1.0 | Ketua Lanun | |
Hantu Kuat Ketawa | Amirul | ||
Jaga-Jaga Senariounion | Saiful | ||
Hantu Tenggek | Tuan Sidek | ||
2023 | Sumpahan Syaitan | Adam | |
Satu Hari Sebelum Raya | Apek | Penampilan khas | |
Sumpahan Malam Raya | Wak Sarip | ||
Bukan Hantu Biashe Biashe | Coach Buster | ||
2025 | 6 Jilake | Nagasari | |
TBA | Duyung: Legenda Aurora | Jimmy |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Phua Chu Kang (Musim 6) | Dirinya sendiri | Mediacorp Saluran 5 | Episod: "Senario Terburuk" |
2006 | Ejen 016 | Ejen 016 | TV3 | |
2006–2007 | Gitu-Gitu Apek | Apek | Astro Ria | |
2011–2012 | S.Y.O.K | Pelbagai | TV1 | |
2011–2013 | Edisi Khas | TV3 | ||
2021 | Yo Lah Tu! | TV9 | ||
2022 | Senduk Swap | Tok Burgee | TA-DAA! |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1995 | Al-Kisah | TV3 | Telefilem pertama | |
2002 | O.K | Lim Tem Pek / Saiful | VCD | Juga sebagai pengarah |
2003 | Champion | Sood | ||
Qudut & Qatik | Qudut | Sebagai pengarah | ||
Jadi Tak Jadi | Along | Penampilan khas | ||
Apa Nak Dikata? | Azmi | |||
Siapa Tak Sayang Bini 1 & 2 | Saiful | |||
Neon | Lelaki Pelik | Penampilan khas | ||
Pelakon Popular | Dirinya sendiri | |||
2004 | Hero Yang Terlampau | |||
2006 | Gitu-Gitu Apek Aidilfitri | Astro Ria | ||
2011 | Sudu & Garfu | Rosli | TV3 | |
2016 | Last Kopek Havoc | Taiko San | DVD | |
2017 | Gitu-Gitu Raya | Astro Raya HD | ||
2021 | Kampong Bharu | Yusoff | TV2 | |
2022 | Sejenis Raya Senariounion | Saiful | Astro Warna | |
2023 | Monsun Barat, Angin Selatan | Pak Din | TV1 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1994 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Peserta | TV3 |
1997–1999 | Melodi | Pengacara bersama Ogy Ahmad Daud | |
1998–2004 | Senario | Pelbagai watak | |
1999 | Senario In Person | Dirinya sendiri | |
2004 | Seekers (Musim 1) | Pengacara | ntv7 |
2009–2010 | Jangan Tidur Lagi | TV3 | |
2011 | Zizan Show | Artis undangan | Astro Warna |
Maharaja Lawak | Juri | ||
2013 | Raja Lawak Astro (Musim 7) | ||
2016 | Lawak Solo | ||
2017 | Lawak Ke Der Tak Coverline | Artis undangan | |
2018 | Di Balik Tawa (Musim 1) | ||
Bintang Bersama Bintang (Musim 2) | Juri | TV3 | |
2020–2021 | Tok Kata | Tok | Awesome TV |
2021 | Riuh Family 2 | Pengacara | |
Malaysia Hari Ini | Artis jemputan bersama kumpulan Senario | TV3 | |
Gegar Vaganza (musim 8) | Peserta | Astro Ria | |
Mega Lawak | Bersama kumpulan Senario | Astro Warna | |
2022 | Gempak TV | Artis jemputan bersama kumpulan S.A.Y.A | Astro Ria |
Gegar Vaganza Semangat Nak Raya | Bersama kumpulan S.A.Y.A | ||
Awesome Raja Lawak | Master jury | Awesome TV | |
2023 | Kampung Senariuh | Apek | |
2024 | Muzikal Lawak Superstar (musim 4) | Juri | Astro Warna |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2007–2008 | Pagi@Era | Era |
Diskografi
Tahun | Tajuk | Penyanyi undangan | Album |
---|---|---|---|
2008 | "Aspalela"
|
OST Duyung | |
2009 | "Kalakian"
|
Diarra | Saiful Apek & Famili |
"Hua Hua Hua"
|
|||
2013 | "Pak Pung"
|
Isma AF7 & Altimet |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2003 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 | Bintang Paling Popular | Menang |
Pelakon TV Lelaki Popular | Menang | ||
2006 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Menang |
2007 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 | Tercalon | |
2008 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 | Tercalon | |
2021 | Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia | Ikon Komedi Malaysia | Menang |
2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024 | Artis Komedi Popular (bersama Senario) | Menang |
Rujukan
- ^ Marina Shabudin (23 Jun 2016). "Saiful Apek: Saya bukan hanya pak lawak". Sinar Harian. Dicapai pada 9 April 2018.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (21 Ogos 2016). "Saiful Apek dah tak lakon komedi?". Harian Metro. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
- ^ Rudy Syareme Sheriffudin (17 Mac 2015). "Apek perlahan 'kayuhan'". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2015.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (29 April 2021). "Saiful Apek Ikon Komedi 2021". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ a b c Suzan Ahmad (2004). "Boleh ke Saiful Apek jadi serius?". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2007.
- ^ a b c d Di Balik Tawa eps. bersama Saiful Apek Hakcipta asal dan diterbitkan oleh Astro yang ditayangkan di Astro Warna pada tahun 2018.
- ^ a b c Syed Mussaddad Syed Mahdi (6 Ogos 2017). "Transisi hidup Saiful Apek". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Ogos 2017.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai pada 3 Februari 2018.
- ^ Abd. Aziz Itar (1 November 2004). "Saiful Apek - Kelab peminat di lancar". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Abd. Aziz Itar (13 Disember 2003). "Saiful (Apek) - Cuba nasib jadi pengarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ "Cicak Man has makings of a hit". The Star (Malaysia). 5 September 2006. Dicapai pada 11 November 2015.
- ^ Azhariah Kamin (21 October 2007). "Jeers, then cheers". The Star (Malaysia). Dicapai pada 11 November 2015.
Saiful Apek may handle his job with aplomb but making people laugh hasn’t always been easy for the king of comedy.
- ^ Kamin, Azhariah (4 January 2008). "Home-grown movies". The Star. Dicapai pada 6 January 2008.
- ^ Abdullah, Akmal (6 Mac 2008). "Mampukan Duyung Capai Sasaran Kutip 10j". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-08. Dicapai pada 6 Mac 2008.
- ^ Marina Shabudin (23 Jun 2016). "Saiful Apek: Saya bukan hanya pak lawak". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Jun 2016.
- ^ "Berita Harian: KRU jamin Cicakman 2 lebih menghiburkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2018-05-22.
- ^ The Weding Game Channel NewsAsia. Dicapai 22 Mei 2011.
- ^ Kemalia Othman (11 Februari 2015). "Saiful Apek Enggan Sertai MLM Untuk Jaga Reputasi". mStar Online. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Wawann Mohamad (3 September 2016). "Sisi lain Saiful Apek". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ "Sudah empat tahun berhenti merokok: Saiful Apek". Indahnya Islam. 8 Februari 2017. Dicapai pada 31 Mei 2018.
- ^ Au Yeong How (13 Jun 2010). "Dadah: Saiful Apek ditahan polis". mStar Online. Dicapai pada 22 Mac 2015.
- ^ "Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500". mStar Online. 25 April 2014. Dicapai pada 22 Mac 2015.
- ^ "Comedian Saiful Apek fined for taking drugs". The Star Online. 25 April 2014. Dicapai pada 22 Mac 2015.
- ^ "Saiful Apek dan 3 lain bebas daripada pertuduhan dadah". Astro Awani. 30 September 2013. Dicapai pada 22 Mac 2015.
- ^ "Dadah: Saiful Apek didenda RM2,500". Utusan Malaysia. 26 April 2014. Dicapai pada 22 Mac 2015.
- ^ "Saiful Apek, 3 others acquitted for misusing drugs". The Sun, Malaysia. 30 September 2013. Dicapai pada 22 Mac 2015.
Pautan luar
- Pelakon lelaki Malaysia
- Pelawak Melayu
- Pelawak Malaysia
- Kelahiran 1969
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Orang dari Selangor
- Penyanyi lelaki Malaysia
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-20
- Pelakon lelaki Malaysia abad ke-21
- Pelakon filem Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pengarah televisyen Malaysia
- Peserta Gegar Vaganza