Serundeng | |
---|---|
![]() Serundeng daging, Daging goreng dengan kelapa parut tumis pedas berempah | |
Jenis | Makanan ![]() |
Jenis sajian | Hidangan utama atau snek |
Tempat asal | Indonesia[1][2] |
Kawasan/rantau |
|
Suhu penghidangan | Suhu bilik |
Bahan utama | Kelapa parut yang dibumbui dengan ramuan rempah, ditumis sehingga garing, lalu ditaburkan di atas hidangan lain seperti daging goreng, soto, ataupun pulut. |
Bahan yang biasa digunakan | Kelapa, Lengkuas, daun serai, Indonesian bay leaf, coriander seed, bawang merah, bawang putih, Gula Melaka ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Serondeng atau Serundeng (dalam Hanacaraka, ꦱꦿꦸꦤ꧀ꦢꦺꦁ ' srundèng ')[3] merujuk kepada lauk sampingan atau kondimen Jawa berupa kelapa parut berempah yang berasal dari Indonesia dan digunakan sebagai pelengkap kepada nasi.[1]:17 Rasa serondeng boleh sahaja manis ataupun pedas-berempah, bergantung pada variasi resipi yang digunakan.[2]:34, 37
Varian yang paling dikenal luas ialah olahan Indonesia berupa kelapa parut yang ditumis bersama ramuan rempah serta bahan-bahan lain [1]:17. Kelapa parut yang digoreng kering dengan ramuan rempah ini boleh dicampurkan dengan kacang tanah[1] untuk dijadikan kondimen untuk menambah rasa atau dijadikan hiasan taburan di atas hidangan beras seperti nasi putih, lontong, pulut ketan, dan burasa; ataupun dihidangkan bersama sup tradisional seperti soto.
Serondeng turut boleh ditakrifkan sebagai suatu hidangan tersendiri apabila digabungkan dengan bahan utama seperti dalam ‘serundeng daging’, iaitu daging goreng—lazimnya daging lembu—yang dihidangkan bersama kelapa parut berempah goreng kering ini.[4]
Baik serunding mahupun serundeng, kedua-duanya adalah ejaan yang salah. Sekiranya anda mampu, sila gantikan tajuk tersebut dengan ejaan yang betul.
Di Malaysia
Sekiranya bersandar kepada sumber-sumber bersifat umum (bukan khusus akademik)—yakni kerana kesukaran memperoleh rujukan yang benar-benar sahih serta berwibawa—maka boleh sahaja diandaikan, walaupun hanya secara anggaran dan tanpa kepastian yang muktamad,
bahawa amalan (bukan penciptaan, perumusan atau penggubahan asal) penyediaan serondeng di Malaysia kemungkinan bermula di Kelantan. Menurut sebuah rencana umum yang kemungkinan bersifat pendapat (opinion), dinyatakan olehnya bahawa serondeng telah lama diusahakan secara tradisional di Kampung Laut, Jajahan Tumpat, Kelantan, yakni oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatan serondeng diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai. Karena itu, berkemungkinan pula menanamkan kedudukan Kampung Laut sebagai pengeluaran serondeng yang menonjol di Kelantan.
Antara serondeng yang biasa ditemukan di Malaysia adalah Serondeng Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Serondeng tersebut ialah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serondeng terutama apabila banyak daging korban (Hari Raya Haji). Serondeng boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain-lain.
Di Indonesia
Serondeng Indonesia dibuat dari parutan kelapa yang digoreng hingga kuning kecoklatan dengan bumbu-bumbu seperti bawang besar, cili, bawang putih, bawang merah, ketumbar, kunyit, gula, asam jawa, daun salam, daun limau dan lengkuas. Bumbu-bumbu ini dilumatkan sebelum digunakan. Serondeng umumnya dihidangkan dengan hirisan daging lembu goreng, iaitu hidangan serondeng daging, atau ditaburkan di atas soto, pulut, atau buras untuk menambah selera rasa masakan tersebut.
Namun, di Sumatera Barat sedikit berbeza. Istilah serondeng bukan merujuk pada makanan dengan bahan dasar kelapa ini. Serondeng di Sumatera Barat terdiri atas kentang dan ubi[5] yang dipotong kecil-kecil serta kacang lalu diberi rempah-rempah dan digoreng. Rasanya menyelerakan dan nikmat tentunya.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d Weerdt-Schieffelers, Esly Van de (1998). Indonesian Cuisine: "Selamat Makan". Pulido Publications. ISBN 978-0-9663787-0-2.
- ^ a b Soewitomo, Sisca (2015-09-10). Popular Indonesia Cuisine: Over 100 Recipes (Edisi Bahasa Inggris) (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. ISBN 978-602-03-1541-6.
- ^ Poerwadarminta, W. J. S. (1939), Bausastra Jawa (Bagian 23:S), dicapai pada October 6, 2024
- ^ Lee, Lara (2020-05-14). Coconut & Sambal: Recipes from my Indonesian Kitchen. Bloomsbury Publishing. ISBN 978-1-5266-0352-4.
- ^ VIVA, PT. VIVA MEDIA BARU - (2017-04-11). "Sensasi Kelezatan Serundeng Ubi Minang - VIVA" (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2017-11-25.