Serangan Moro di Malaysia | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Serangan oleh Moro di Sabah dari abad ke-19 – kini. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
(1862)[note 1]
Australia (1959–66) Malaysia (1963–kini) Disokong oleh: |
Lanun Moro (sejak tahun 1846) Abu Sayyaf (2000–kini) Misuari MNLF (2001–kini) kesultanan Sulu (Puak Jamalul Kiram) (2013–kini) Disokong oleh: | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Henry Keppel (1846–49) Anwar Ibrahim Disokong oleh: Benigno Aquino III[5] |
Pelbagai ketua lanunr Jamalul Kiram III ☠ Disokong oleh: Diosdado MacapagalFerdinand Marcos | ||||||
Unit terlibat | |||||||
Angkatan Tentera British[14] Angkatan Tentera Malaysia Tentera Laut Filipina (memantau)[22] |
Lanun Moro Penyamun Abu Sayyaf Pengikut Misuari Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara | ||||||
Kekuatan | |||||||
Angkatan British:
Angkatan Australia Angkatan New Zealand
Angkatan Malaysia:
|
Tidak diketahui
Pengikut Kiram:
| ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
~ Jumlah dianggap lebih tinggi daripada apa yang telah ditunjukkan. |
Serangan Moro di Malaysia ialah siri serangan oleh Moro dari Selatan Filipina ke atas Malaysia Timur sejak zaman penjajahan British.[29][41]
Latar belakang
Budaya Moro
Ia telah menjadi sebahagian daripada budaya Kesultanan Sulu melibatkan diri dalam kegiatan lanun.[29][42][43] Ketika ekspedisi oleh British HMS Dido pada tahun 1846, Kapten Henry Keppel juga menyatakan;
Lanun paling terdesak dan aktif seluruh Kepulauan India ialah suku kaum daripada kumpulan Sooloo kepulauan berhampiran dengan pantai utara Borneo.[6]
— Kapten Henry Keppel.
Kepulauan Sulu dikenali dengan "pasar hamba" dimana mereka kerap menyerang pulau Borneo untuk mencari hamba.[44] Pada tahun 1910, Hindia Timur Belanda di Kepulauan Celebes telah diserang oleh tujuh lanun Moro yang telah menyeberang dari selatan Filipina, dua pedagang Belanda telah terbunuh dalam kejadian itu.[41]
Laporan daripada kerajaan British di Borneo Utara melaporkan bahawa Moro Joloano telah melakukan keganasan terhadap penduduk Borneo Utara, merompak pekan-pekan kecil dan membunuh orang tempatan.[24] Walaupun pihak British telah melakukan pelbagai cara untuk memerangi lanun,[41] sebuah pejabat syarikat British kemudiannya telah diserbu oleh 12 lanun Moro di Kalabakan pada bulan Julai 1958. Satu serbuan serius juga telah dilakukan di bandar berhampiran Semporna pada 29 Mac 1954.[14] Pada tahun terakhir pemerintahan British di Borneo Utara, kedua-dua pelaut dan penempatan pantai mengalami banyak serangan lanun yang dipercayai berpangkalan di Tawi-Tawi.[29] Antara tahun 1959 dan 1962, terdapat 232 serangan lanun telah direkodkan oleh pihak berkuasa British di Borneo Utara, namun ini dianggap tidak tepat kerana terdapat serangan yang tidak dilaporkan oleh pihak British.[29]
Gabenor British North Borneo pada masa itu, Roland Turnbull pernah memohon kepada pangkalan British di United Kingdom untuk menyediakannya dengan keselamatan daripada Tentera Laut Diraja British dan Tentera Udara Diraja British, namun mereka tidak memberikan bantuan.
Penghijrahan Moro ke Sabah
Gelombang pertama penghijrahan ini dikaitkan dengan penjajah Sepanyol yang mula menjajah ke arah selatan, ke arah wilayah pulau Sulu dan Tawi-Tawi dari Manila, yang merupakan pusat pentadbiran Sepanyol pada masa itu.
Kedatangan pendatang tanpa izin pertama di Sabah pada tahun 1960-an dikatakan mempunyai kaitan dengan presiden Filipina Ferdinand Marcos dan tuntutannya terhadap rantau Borneo Utara untuk negaranya.[45] Pada masa yang sama, orang Suluk dari Filipina Selatan, Mustapha Harun telah menjadi Ketua Menteri Sabah yang ketiga. Beliau dipercayai telah menggalakkan perpindahan ramai orang Suluk ke utara Borneo untuk mewujudkan masyarakat Islam yang kuat yang diwakili oleh Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).[45] Penghijrahan tinggi ke Sabah secara tiba-tiba dijelaskan oleh niat individu ahli politik yang cuba untuk mencapai matlamat politik dan peribadi mereka.[45]
Faktor tambahan yang membawa kepada penghijrahan yang tinggi adalah disebabkan oleh ketidakstabilan di Filipina pada tahun 1977 menyebabkan Sabah dilanda masalah ekonomi yang teruk. Serangan Tentera Filipina terhadap antipuak Marcos di Sulu dan di Pulau Mindanao telah menyebabkan banyak infrastruktur musnah, memaksa kira-kira 100,000 Moro di Selatan Filipina melarikan diri ke Sabah.[35] Sementara itu, mereka yang tidak meninggalkan kepulauan Filipina telah terlibat dalam aktiviti jenayah seperti penyeludupan dan rompakan bersenjata.[35]
Selain itu, jurang ekonomi antara selatan Filipina dan Sabah menjadi penyebab utama kebanyakan pendatang asing Moro haram menyelinap masuk ke dalam negeri. Beberapa orang Moro masih memandang bahagian timur Sabah adalah sebahagian daripada Filipina dan merasakan bahawa mereka boleh masuk ke Sabah kerana ia mempunyai keistimewaan sejarah atau hak-hak mereka.[46]
Pada tahun 2014, Pegawai Perisikan Penyelarasan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Hashim Justin telah menuduh pihak berkuasa tempatan atas rasuah, pengeluaran kad pengenalan secara haram dan kepada pihak berkuasa tempatan yang tidak mengambil tindakan untuk memerangi jajahan setinggan di hadapan mereka. Hal ini telah menyumbang kepada peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah. Beliau menyatakan tentang budaya pendatang ini;
Walaupun orang asing ini tinggal di Sabah, kesetiaan mereka kepada Filipina tidak pernah terpengaruh dan membawa jenayah seperti dadah, penyeludupan dan lanun. Rakyat Filipina dari rantau ini juga pendendam dan pemarah, di mana pertikaian sering menyebabkan penembakan dan berakhir dalam pertelingkahan berdarah. "Sebuah budaya mereka panggil Rido".[47]
Serangan
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Abad ke-20
Pada tahun 1962, tujuh lelaki Moro Filipina bersenjatakan golok telah menyerang bandar Kunak dan merompak ahli perniagaan di sana.
Pada tahun 1963, mereka sekali lagi melakukan serangan, kali ini menyerang bandar Semporna dan membunuh sebilangan penduduk tempatan.[28]
Pada bulan Oktober 1979, bot penumpang dalam perjalanan ke Semporna dari Lahad Datu membawa 48 penumpang telah diserang dan terpaksa berpatah balik ke Pulau Adal. Dalam kejadian tersebut, tiga penumpang telah ditembak mati, seorang wanita telah dirogol dan yang lain telah dibawa kembali ke Filipina oleh pasukan keselamatan Filipina.
Pada tahun 1980, sekumpulan yang terdiri daripada 6-8 orang Moro masuk ke sebuah pulau berhampiran Semporna bersenjatakan senapang M-16 dan menyerang penduduk kampung ketika mereka sedang tidur. Tujuh penduduk kampung telah terbunuh manakala 11 penduduk yang lain tercedera.
Pada tahun 1982, satu kumpulan orang-orang Moro sekali lagi menyerang hendap sebuah kampung di Timba-Timba. Mereka menembak, merompak dan membunuh penduduk kampung tersebut. Motif mereka merupakan sebuah dendam.
Kejadian pada tahun 1985 dianggap sebagai salah satu kejadian yang paling menakutkan apabila 21 orang terbunuh dan 11 lagi cedera. Sebagai tindakan balas, lima daripada penceroboh kemudian telah dibunuh oleh polis marin Malaysia.
Pada tahun 1987, dua pengurus berbangsa Jepun telah terbunuh manakala yang lain tercedera selepas 12 lelaki bersenjata menyerang sebuah kilang di pulau Boheydulang, memaksa syarikat tersebut untuk ditutup dan memindahkan kilang mereka ke Indonesia.[34]
Pada tahun 1996, dua kumpulan bersenjata berasingan dari Selatan Filipina menyerang pekan Semporna, kumpulan pertama menyerang balai polis dengan melemparkan satu bom ikan manakala kumpulan kedua berjaya mencuri barang kemas bernilai kira-kira RM100,000 di sebuah kedai emas. Semasa kejadian tembak-menembak, dua orang daripada ahli kumpulan telah ditangkap oleh polis dengan 200 peluru pulih bersama mereka. Walau bagaimanapun, ahli kumpulan yang lain berjaya melarikan diri.
Pada bulan Mac 1996, serangan lain oleh 10-20 orang Moro berlaku kepada bandar Semporna apabila tiga kumpulan bersenjata berasingan menyerang tempat-tempat yang berbeza pada masa yang sama. Kumpulan pertama menyerang ibu pejabat polis manakala kumpulan kedua menyerang balai polis. Motif kumpulan pertama dan kedua adalah untuk melewatkan masa sementara membiarkan kejayaan kumpulan ketiga dalam merompak sebuah kedai emas. Motik ini diakui oleh mereka. Tiada sebarang tangkapan semasa pencerobohan berlaku dan semua penceroboh berjaya melarikan diri bersama barang-barang kemas bernilai RM200,000. Pada bulan Julai 1996, empat lelaki bersenjata menyerang sebuah kedai emas di Tawau dan berjaya mencuri barang kemas bernilai kira-kira RM150,000. Walau bagaimanapun, salah satu lelaki bersenjata kemudian membuat kesilapan apabila dia berundur ke sebuah kampung pelarian di Tawau di mana beliau telah ditembak mati oleh polis. Selepas penyiasatan dilakukan selama sejam, 5 lelaki bersenjata yang lain dari kumpulan tersebut telah dibunuh oleh pihak polis.[34]
Abad ke-21
Pada tahun 2000, kumpulan Abu Sayyaf menculik ramai pelancong dan penduduk tempatan untuk dijadikan sebagai tebusan. 10 daripada pelancong berasal dari Eropah dan Timur Tengah manakala 11 yang lain ialah pekerja resort Malaysia. Semua tebusan kemudiannya diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina di Jolo, Sulu.
Pada tahun 2003, enam orang asing telah diculik oleh 10 lanun Moro.
Pada tahun 2004, dua orang Sarawak dan seorang warga Indonesia telah diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf.
Pada tahun 2005, lima orang Filipina menculik tiga anak kapal Indonesia syarikat perdagangan berpangkalan Sandakan berhampiran Pulau Mataking luar Semporna.
Pada tahun 2010, seorang anak kapal nelayan telah ditangkap oleh lelaki bersenjata Filipina apabila bot mereka tersesat ke dalam perairan Filipina berhampiran Pulau Boan. Semua kru kemudiannya dibebaskan tanpa sebarang wang tebusan dibayar. Juga pada tahun yang sama, pengurus dan penyelia rumpai laut telah diculik oleh empat orang Filipina bersenjata di Pulau Sebangkat. Kedua-dua mangsa telah dibebaskan 11 bulan kemudian.
Pada tahun 2011, sepuluh orang Filipina bersenjata telah menculik seorang ahli perniagaan Malaysia.[28] Pada 11 Februari 2013, sekumpulan kira-kira 100–200 individu, beberapa daripada mereka bersenjata, tiba dengan bot di Lahad Datu, Sabah dari pulau Simunul, Tawi-Tawi di selatan Filipina.[48] Mereka telah dihantar oleh Jamalul Kiram III, salah seorang daripada pihak yang menuntut untuk takhta Kesultanan Sulu. Matlamat mereka adalah untuk menegaskan tuntutan wilayah yang tidak dapat diselesaikan kepada Borneo Utara. Ketika krisis pencerobohan itu, 68 daripada pengikutnya telah dibunuh termasuk 2 orang awam dan 10 angkatan Malaysia.[49][50][51]
Pada bulan November 2013, militan Abu Sayyaf yang disyaki telah membunuh seorang killed seorang rakyat Taiwan di Pulau Pom Pom dan membebaskan isterinya sebulan kemudian di selatan Filipina.[52]
Pada bulan Januari 2014, satu percubaan pencerobohan lanjut oleh unsur-unsur asing di Sabah telah pun disekat oleh pasukan keselamatan Malaysia.[53]
Pada 2 April 2014, seorang pelancong rakyat China dan Filipina telah diculik luar Singamata Adventures Reef and Resort, Semporna. Dua bulan kemudian, mereka telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.
Pada 6 Mei 2014, penculikan lain yang melibatkan seorang rakyat China berlaku di Silam, berdekatan kawasan Lahad Datu di Sabah.[52] Dia kemudian dibebaskan pada 10 Julai.[54]
Pada 16 Jun, seorang pembiak baka ikan dan seorang pekerja Filipina diculik luar Kunak.[32][55] Pengurus ladang ikan itu dibebaskan pada 13 Disember dengan bantuan dua perunding Filipina, dengan salah seorang daripada mereka ialah seorang pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro.[33]
Pada 12 Julai, seorang anggota polis telah ditembak mati dan seorang lagi anggota polis marin telah diculik di Mabul Water Bungalows Resort, pulau Mabul.[56]
Pada bulan Oktober 2014, dua nelayan Vietnam yang bekerja untuk majikan Melayu, telah ditembak oleh lanun Filipina. Kesemua mereka kemudiannya telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Malaysia dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah.[57][58]
Taktik serangan
Taktik mereka berbeza mengikut kumpulan masing-masing, pada dasarnya Moro akan menyerang dan melarikan diri ke kawasan Filipina atau mana-mana kepulauan berdekatan apabila aktiviti mereka telah dikesan oleh pasukan keselamatan. Pada hari ini, mereka biasanya akan mencuri enjin bot, makanan dan bahan-bahan berguna yang lain seperti televisyen dan sebuah penyahkod Astro.[59] Dalam kes tertentu, orang Moro juga akan menyerang bandar, membunuh penduduk awam yang tidak bersalah dan menculik seperti mana yang dibuktikan pada serangan Lahad Datu dan Semporna.[34] Pendatang asing tanpa izin dari Filipina memainkan peranan penting dalam membantu mereka untuk memberikan maklumat mengenai sasaran mereka.[12]
Tindak balas
Keselamatan geografi
Sejak zaman penjajahan British, pihak British telah mengalami beberapa serangan yang ngeri. Hal ini menyebabkan pengerahan tentera Henry Keppel dan James Brooke pada tahun 1846 untuk mencari sebarang sarang lanun di Borneo Utara.[6] Selepas satu peperangan yang panjang, sarang lanun terakhir di Tunku, Lahad Datu telah dimusnahkan oleh British.[60]
Pencerobohan terbaharu pada tahun 2013 membuatkan kerajaan Malaysia menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) dan mengeluarkan pelaburan aset yang besar untuk Sabah.[61] Selain daripada serangan Lanun Moro dan Abu Sayyaf, kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk mengenakan perintah berkurung di perairan timur Sabah dan mula menggunakan teknologi radar untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan pada setiap penempatan kecil di sepanjang pantai timur.[62][63]
Bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh pernah memanggil kerajaan persekutuan untuk menimbang semula cadangan untuk memindahkan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF) dari Butterworth ke Labuan. Beliau mencadangkan pangkalan udara perlu dipindahkan ke Tawau demi kepentingan keselamatan di timur Sabah.[64] Bekas Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai mencadangkan agar kawasan ESSCOM dan ESSZONE dilanjutkan ke seluruh Sabah seperti mana yang dicadangkan oleh Yong Teck Lee.[65]
Pada 23 Januari 2015, Tentera Udara Diraja Brunei menghadiahkan empat S-70A Black Hawk kepada Kerajaan Malaysia. Malaysia berkata ia akan menggunakannya dalam penambahan aset yang ada untuk mempertahankan Sabah daripada serangan lanjut pada masa akan datang oleh lanun Moro.[4]
Keselamatan sosial
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan Sabah untuk merobohkan semua kampung air di timur Sabah dan menempatkan semula hanya orang-orang tempatan di sana. Era kampung air telah berlalu dan gaya hidup penduduk di sana yang hidup di dalam laut tidak sesuai dengan cara hidup yang moden di Malaysia yang bertujukan Wawasan 2020.[66] Bekas Ahli Parlimen Sabah, Rosnah Rashid Shirlin telah dipanggil untuk penutupan kem pelarian Filipina di Kinarut, katanya ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan di Papar. Beliau memetik;
Kem pelarian telah mewujudkan banyak masalah kepada penduduk di daerah ini. Kem ini telah menjadi satu dadah dan sumber banyak kegiatan jenayah lain. Selama bertahun-tahun, banyak rompakan telah berlaku di kampung-kampung berhampiran dan penyebab yang kebanyakannya dari kem ini. Kononnya, keadaan bertambah baik di Filipina hari ini yang telah dibawa masuk ke dalam soalan sama ada rakyat Filipina masih boleh dianggap sebagai pelarian. Kem itu ditubuhkan pada plot 40 ekar tanah berhampiran Kampung Laut pada awal tahun 1980-an oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR). Tetapi UNHCR sudah lama berhenti menyediakan dana untuk kem dan hasilnya, ramai warga asing ini telah bekerja di luar perkemahan. Pelarian telah pun berani memperluaskan kawasan perkemahan, menceroboh ke atas tanah kampung berhampiran dan hari ini, kem itu telah menjadi pengedaran syabu yang terbesar di Papar.[67]
— Rosnah Shirlin, Sabah Papar's MP.
Pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Joseph Kurup berkongsi pandangan yang sama mengenai perkara ini sambil menambah, pelarian Moro dan pendatang asing yang lain perlu mengambil peluang untuk kembali dan bangunkan tanah air mereka di Mindanao, Filipina sebagaimana keamanan dipulihkan di sana.[68] Seorang Bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee telah mencadangkan untuk menggantung perkhidmatan feri di Sandakan untuk melawan penghijrahan orang Moro dari Selatan Filipina yang kini telah menjadi masalah utama kepada Sabah apabila mereka tinggal di Sabah melebihi tempoh yang ditetapkan dan menjadi pendatang asing tanpa izin.[69][70] Pada bulan Oktober 2014, Bekas Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganegaraan di Sabah akan diberi sijil lahir bagi tujuan persekolahan.[71]
Cadangan ini telah ditentang oleh sebilangan ahli politik Sabah seperti Joseph Pairin Kitingan, Darell Leiking dan Yong Teck Lee, berkata bahawa perbuatan itu akan membawa masalah yang besar kepada Sabah pada masa akan datang.[72][73][74] Manakala seorang lagi pemimpin parti pembangkang yang berpangkalan di Sabah, Jeffrey Kitingan telah memanggil untuk satu sijil kelahiran yang berbeza dikeluarkan kepada warga asing.[75] Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kamunting di Sandakan, Charles O Pang percaya bahawa sistem pendidikan akan dibebani dengan masalah jika kanak-kanak tanpa kerakyatan diberi sijil kelahiran. Beliau memetik;
Menurut kaji selidik Sabah ketiadaan kewarganegaraan, adalah dianggarkan bahawa kira-kira 36,000 kanak-kanak tanpa kerakyatan yang berasal dari Indonesia tinggal di negeri ini dan kebanyakan pekerja difahami mereka bekerja di ladang kelapa sawit. Walaupun kanak-kanak tanpa kerakyatan dari Filipina dianggarkan lebih tinggi. Beliau tidak menafikan bahawa kebanyakan orang yang datang ke Sabah untuk mencari kehidupan yang lebih baik tetapi masalah yang ditimbulkan oleh gelombang manusia yang tanpa izin hanya akan membawa kepada masalah. Jelas sekali, senario ini mewujudkan keadaan yang tidak adil bagi rakyat Malaysia dalam erti kata bahawa kita pembayar cukai, dan siapa yang harus membayar kos yang tinggi daripada kanak-kanak bukan warganegara bukan sahaja di sekolah masing-masing, tetapi juga dalam segi penyelenggaraan kehidupan mereka?[76]
— Charles O Pang, Sabah State Legislative Assembly Members for Kamunting in Sandakan.
Sejumlah aset yang besar telah dibelanjakan untuk penyelenggaraan kehidupan pendatang asing tanpa izin dari Filipina dan jumlah tersebut masih belum dibayar sehingga hari ini walaupun pelbagai percubaan telah dilakukan untuk membayar semula hutang itu. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkata, penyakit berjangkit dalam kalangan pendatang tanpa izin telah meningkat menyebabkan lebih banyak dana perlu dibelanjakan untuk kos perubatan dan peruntukan untuk lebih banyak dana untuk menampung logistik seperti pegawai perubatan dan lain-lain.[77] Bekas Ahli Dewan Undangan Kiulu Sabah, Joniston Bangkuai menujukan pandangan yang sama mengenai isu itu. Beliau berkata;
Ia digunakan untuk menjadi bahawa mereka (pendatang tanpa izin Filipina) datang ke sini untuk mencari rezeki. Mereka datang untuk mencari pekerjaan, tetapi sekarang mereka berganda, dengan beberapa wanita mereka melahirkan seramai 10 kanak-kanak, tetapi mereka tidak dijaga.[78]
— Joniston Bangkuai, Ahli Dewan Undagan Kiulu Sabah.
Bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ismail Ahmad telah menjelaskan bahawa pengeluaran sijil kelahiran tidak akan memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan sebagai rakyat Malaysia atau rakyat Sabah kerana sijil tersebut hanya digunakan bagi tujuan perekodan dan pemantauan kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah.[79] Selain itu, ujian DNA adalah antara kaedah yang digunakan untuk mengesahkan rakyat tulen sahaja yang akan diberikan sijil kelahiran Malaysia apabila mereka memohon untuk pendaftaran lewat kelahiran.[80] Selepas beberapa perbincangan, Kabinet Malaysia kemudian memutuskan untuk memberikan hanya dokumen kelahiran khas bukan sijil kelahiran sebagai telah diumumkan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak.[81][82]
Kebanyakan pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Sabah telah menyambut langkah-langkah drastik yang diumumkan oleh Bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman untuk menangani masalah pendatang tanpa izin.[83] Walau bagaimanapun, ahli parlimen persekutuan bekas parti parti UPKO, Wilfred Bumburing mengingatkan ahli Barisan Nasional (BN) bahawa mereka tidak boleh mengambil kredit untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kerana penubuhan tersebut hanya ditubuhkan selepas banyak tekanan daripada orang-orang Sabah.[84] Manakala Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata Kerajaan Filipina menjadi pihak tertuduh bagi kesengsaraan warga di Sabah. Hal ini sebagai tindak balas kepada ucapan oleh Duta Filipina ke Malaysia, J. Eduardo Malaya yang menegaskan bahawa pendatang kanak-kanak Filipina di Malaysia berhak untuk mendapat pendidikan formal. Walaupun beliau menyokong cadangan itu, calon Limbahau Johnny Mositun mengingatkan:[85]
Bilangan rakyat Filipina di Sabah, undang-undang atau menyalahi undang-undang, adalah besar tetapi apa yang Manila telah lakukan, atau sedang lakukan, untuk lihat pendidikan mereka? Ia merupakan keengganan Manila untuk menubuhkan sebuah Pejabat Konsular di Sabah yang telah membuat hidup sukar bagi beratus-ratus ribu rakyat Filipina di negeri ini dan Malaysia terpaksa menanggung kosnya. Hampir separuh daripada pesakit yang menggunakan hospital Sabah kebanyakannya rakyat Filipina. Bagi bahagian yang lebih baik daripada empat dekad, rakyat Filipina di Sabah – pelarian, pekerja asing dan pendatang tanpa izin – semuanya telah menafikan apa-apa perkhidmatan atau bantuan yang besar daripada kerajaan Filipina. Mereka bertahan hanya kerana Kerajaan Malaysia mematuhi dengan ketat kepada norma-norma dan piawaian undang-undang dan hak asasi manusia antarabangsa. Kami memberi mereka pekerjaan, mereka memanfaatkan segala kemudahan sivik kami, dan kini ia tersirat yang kita perlu mendidik anak-anak mereka, juga. Apa seterusnya?[85]
— Johnny Mositun, United Sabah Party (PBS) Secretary General.
Pemimpin Sabah yang lain seperti Darell Leiking bersetuju dan mengingatkan kerajaan Filipina untuk mencontohi pelan Kerajaan Indonesia dengan menubuhkan konsulat di Sabah untuk menjaga rakyat mereka dan menubuhkan sekolah untuk anak-anak mereka. Pada satu kenyataan, beliau berkata:[86]
Kerajaan Filipina harus menerima hakikat bahawa Sabah merupakan sebuah negara yang berdaulat dan bahawa ia perlu menubuhkan konsulat di negeri ini demi kebaikan rakyatnya. Pendatang Filipina mesti mendaftar untuk membolehkan mereka mempunyai peluang yang lebih baik di Sabah, mempunyai kehidupan dan pekerjaan yang betul kerana ia adalah tidak adil untuk mengenakan masalah Filipina kepada Sabah atau kerajaan Malaysia semata-mata kerana kerajaan Filipina tidak mahu mengambil tanggungjawab untuk rakyat sendiri.[86]
— Darell Leiking, ahli pembangkang (PKR).
Lihat juga
Rujukan
- ^ Ranjit Singh (1984). Brunei, 1839–1983: the problems of political survival. Oxford University Press. ISBN 978-0-19-582571-8.
- ^ Steven Runciman (3 Februari 2011). The White Rajah: A History of Sarawak from 1841 to 1946. Cambridge University Press. m/s. 116–. ISBN 978-0-521-12899-5.
- ^ Nicholas Tarling (17 Jun 2013). Southeast Asia and the Great Powers. Routledge. m/s. 58–. ISBN 978-1-135-22941-2.
- ^ a b Marcel Burger (23 Januari 2015). "Brunei gives four Black Hawks as present to Malaysia". AIRheads. Dicapai pada 24 Januari 2015.
- ^ a b Ubac, Michael Lim (7 Mac 2013). "Aquino: I won't allow Sulu sultan to drag PH into war with Malaysia". The Philippine Daily Inquirer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-24. Dicapai pada 5 November 2014.
President Aquino said in a statement, ‘I appeal to you (Jamalul Kiram III) — we should be really clear on this — this incident is wrong. If this is wrong, why should we (the government) lend support to this? We should support what is right… which will lead us to brighter prospects; the wrong option will only bring us ruin. That's it, that's my simple message.’ He also added ‘Let's not forget: What they (the Jamalul Kiram III faction) are pushing for is their right as so-called heirs of the sultan of Sulu. It's not yet clear if their rights have been transferred to the Philippines. But we (the Philippines citizens and our nation) will all be affected by their conflict (with Malaysia).’
Unknown parameter|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c CAPTAIN THE HON. HENRY KEPPEL, R.N. (1846). THE EXPEDITION TO BORNEO OF H.M.S. DIDO FOR THE SUPPRESSION OF PIRACY (dalam bahasa Inggeris). m/s. 214–.
- ^ Oxford Business Group. The Report: Sabah 2011 (dalam bahasa Inggeris). Oxford Business Group. m/s. 12–. ISBN 978-1-907065-36-1.
- ^ "Nur Misuari to be repatriated to stand trial" (dalam bahasa Inggeris). Australian Broadcasting Corporation. 20 Disember 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-05. Dicapai pada 8 Julai 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Vanar, Muguntan (29 Jun 2013). "Lahad Datu: Ops Daulat officially ends today" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-30. Dicapai pada 11 Oktober 2013.
- ^ "ESSCOM will continue to hold programmes on security within ESSZONE". The New Sabah Times. 22 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-29. Dicapai pada 26 Oktober 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Jaymalin, Mayen (25 Mac 2014). "Over 26,000 Filipino illegal migrants return from Sabah". The Philippine Star. ABS-CBN News. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ a b Gindol, Kanul (31 Mei 2014). "'Localised' illegal immigrants helping 'foreign' relatives in Sabah". The Ant Daily. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Sandakan Heritage Trail". etawau. 3 April 2014. Dicapai pada 7 November 2014.
William Pryer was the founder of modern Sandakan in 1879. He cleared the bay of pirates and took the first steps to eliminate slavery which was rampant at the time.
- ^ a b c Greg Poulgrain (1998). The Genesis of Konfrontasi: Malaysia, Brunei, Indonesia, 1945–1965. C. Hurst & Co. Publishers. m/s. 177–. ISBN 978-1-85065-513-8.
- ^ "Sabah kidnaps work of Muktadil brothers: Cops". Daily Express. 24 August 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ Teoh El Sen (14 March 2013). "MNLF supports Sulu claim, says Nur Misuari faction". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-05. Dicapai pada 5 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Nur Misuari involved, says Zahid". Bernama. MySinChew English. 16 July 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-16. Dicapai pada 5 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b Rashvinjeet S. Bedi (27 Januari 2015). "Self-styled Sulu Sultan names Phugdal to be Raja Muda". The Star. Dicapai pada 27 Januari 2015.
- ^ a b Ian Pfennigwerth (2008). Tiger Territory: The Untold Story of the Royal Australian Navy in Southeast Asia from 1948 to 1971. Rosenberg. m/s. 69–. ISBN 978-1-877058-65-3.
- ^ a b New Zealand. Registrar-General's Office; New Zealand. Census and Statistics Dept; New Zealand. Dept. of Statistics (1957). New Zealand official yearbook. Dept. of Statistics. Unknown parameter
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan) - ^ New Zealand. Dept. of External Affairs (1963). External Affairs Review.
- ^ PK Katharason; Muguntan Vanar; Ruben Sario; Stephanie Lee; Philip Golingai (22 Jun 2014). "Muktadir kin – mastermind behind kidnaps?". The Star. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ a b c Vic Hurley (1 October 2010). Swish of the Kris, the Story of the Moros, Authorized and Enhanced Edition. Cerberus Books. m/s. 203–. ISBN 978-0-615-38242-5.
- ^ Chris Bellamy (14 April 2011). The Gurkhas: Special Force. Hodder & Stoughton. m/s. 217–. ISBN 978-1-84854-515-1.
- ^ Great Britain. Colonial Office (1961). Colony of North Borneo: Annual Report. H.M. Stationery Office.
- ^ Abigail C. Kwok (10 April 2013). "Sulu Governor: No MNLF rescue mission for Filipinos in Sabah". Inter Aksyon. Dicapai pada 8 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d "Major incidences of Sabah cross-border crimes". The Star. Dicapai pada 6 November 2014.
- ^ a b c d e f Stefan Eklöf (1 January 2006). Pirates in Paradise: A Modern History of Southeast Asia's Maritime Marauders. NIAS Press. m/s. 38–. ISBN 978-87-91114-37-3.
- ^ a b c d e f Kronologi pencerobohon Lahad Datu (video) (dalam bahasa Malay). Astro Awani. 15 February 2014. Peritiwa berlaku pada 1:20. Dicapai pada 5 November 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b "Malaysian cop killed, another kidnapped in Sabah". One News. Television New Zealand. 13 July 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ a b "Extremists threaten to kill Malaysian hostage". Gulf Times. 30 September 2014. Dicapai pada 7 November 2014.
- ^ a b "Abu Sayyaf frees Malaysian hostage in Philippines despite massive military campaign". Mindanao Examiner. 10 December 2014. Dicapai pada 11 December 2014.
- ^ a b c d e Ramli Dollah (9 Disember 2004). "Lanun atau Mundu di Sabah" (PDF). Universiti Malaya. m/s. 176, 178 and 180 (6, 8 and 10). Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ a b c d e Masayuki Doi (30 October 1985). "Filipino pirates wreak havoc in a Malaysian island paradise". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Lahad Datu Recalls Its Blackest Monday". New Straits Times. 24 September 1987. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ Muguntan Vanar (5 November 2014). "Sabah police chief: Penampang robbers were Sulu militants". The Star. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ Charles Ramendran (26 October 2014). "Intruder shot dead in boat off Semporna". The Sun. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Alleged Pinoy intruder shot at PHL-Malaysian border —report". GMA News. 5 September 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Abu Sayyaf behind Taiwanese man's murder, wife's kidnapping, police say". Taipei Times. 17 November 2013. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ a b c Eric Tagliacozzo (2007). Secret Trades, Porous Borders: Smuggling and States Along a Southeast Asian Frontier, 1865–1915. NUS Press. m/s. 115–. ISBN 978-9971-69-385-5.
- ^ David Joel Steinberg (1 Januari 2000). The Philippines: A Singular and a Plural Place. Basic Books. m/s. 91–. ISBN 0-8133-3755-0.
- ^ James Francis Warren (2007). The Sulu Zone, 1768–1898: The Dynamics of External Trade, Slavery, and Ethnicity in the Transformation of a Southeast Asian Maritime State. NUS Press. m/s. 147–. ISBN 978-9971-69-386-2.
- ^ George MacDonald Fraser (7 Mei 2013). Flashman's Lady. Penguin Group US. m/s. 254–. ISBN 978-1-101-63386-1.
- ^ a b c Sina Frank (Mei 2006). "Project Mahathir: 'Extraordinary' Population Growth in Sabah (The History of Illegal Immigration to Sabah)" (PDF). Im Fokus. German Institute of Global and Area Studies. m/s. 72 and 73 / 2 and 3. Dicapai pada 6 November 2014.
- ^ "RCI: Job opportunities attract illegal immigrants to Sabah". New Straits Times. 3 Disember 2014. Dicapai pada 3 Disember 2014.
- ^ "Illegals: Graft, illegal issuance of ICs, councils blamed". Daily Express. 24 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-29. Dicapai pada 6 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own". Philippine Daily Inquirer. 16 February 2013. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ Mike Frialde (23 Februari 2013). "Sultanate of Sulu wants Sabah returned to Phl". The Philippine Star. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Kronologi pencerobohon Lahad Datu". Astro Awani. 15 Februari 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Dakwaan anggota tentera terbunuh hanya taktik musuh – Panglima Tentera Darat". Astro Awani. 12 Ogos 2013. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ a b Pinghui, Zhuang (31 Mei 2014). "Chinese tourist kidnapped in Malaysia is rescued by security forces". South China Morning Post. Dicapai pada 24 Jun 2014.
- ^ Zolkepli, Farik (11 Januari 2014). "Another Sabah intrusion warded off". The Star (Malaysia). Dicapai pada 24 Jun 2014.
- ^ Lee, Stephanie (10 Julai 2014). "Filipino gunmen free kidnapped Chinese fish farm manager". The Star (Malaysia). Dicapai pada 29 July 2014.
- ^ Vanar, Muguntan (16 Jun 2014). "Kunak kidnap: Filipino gunmen kidnap fish breeder, worker in Sabah east coast". The Star (Malaysia). Dicapai pada 29 Julai 2014.
- ^ Vanar, Muguntan (13 Julai 2014). "Mabul attack: Massive hunt for gunmen after cop killed, another feared kidnapped during shootout". The Star (Malaysia). Dicapai pada 29 Julai 2014.
- ^ "Filipino pirates shoot Vietnamese fishermen off Malay coast". Thanh Nien News. 17 Oktober 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Vietnamese vessel attacked in Malaysia". Hanoi Times. 17 Oktober 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-05. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ "Armed group fails to kidnap cage-fish farmer in Semporna". The Borneo Post. 8 July 2014. Dicapai pada 5 November 2014.
- ^ Borneo. Ediz. Inglese. Lonely Planet. 2008. m/s. 26–. ISBN 978-1-74059-105-8.
- ^ Roy Goh (13 Oktober 2014). "More assets to enhance security in Sabah". New Straits Times. Dicapai pada 7 November 2014.
- ^ "Curfew for Sabah's east coast after spate of kidnappings". The Straits Times. 17 Julai 2014. Dicapai pada 6 November 2014.
- ^ "Sabah security officials to assess threat on tiny settlements". The Star/Asia News Network. asiaone. 19 Ogos 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-22. Dicapai pada 6 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Harris: Shift RMAF base to Tawau, not Labuan". Daily Express. 3 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-07. Dicapai pada 7 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Sabah's Safety Concern Should Be For Whole State – Liow". Bernama. 15 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-17. Dicapai pada 6 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Sabah unsafe if water villages not demolished: Dr M". Daily Express. 17 Julai 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-17. Dicapai pada 6 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Shut Kinarut Refugee Camp, says Rosnah". New Sabah Times. Dicapai pada 6 November 2014.
- ^ "Moro refugees, immigrants in Sabah should return, develop homeland — Kurup". Bernama. The Borneo Post. 21 January 2013. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ "Closure of Filipino refugee camps in Malaysia sought". GMA Network. 19 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2014. Dicapai pada 6 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Yong Teck Lee (2 February 2002). "SCRAP FERRY SERVICES: YONG". Sabah.org.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2014. Dicapai pada 6 November 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Jennifer Gomez (29 Oktober 2014). "Zahid looks to tribunal for answer to Sabah's stateless children". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-07. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ "Sabah leaders seeing red over issuance of birth certs to stateless children". The Rakyat Post. 31 Oktober 2014. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ "Future generations to bear consequences of foolish 'humane' decision, says PKR lawmaker". The Rakyat Post. 31 October 2014. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ "'Issuing BCs to stateless kids only worsens illegals problem in Sabah'". The Rakyat Post. 3 November 2014. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ Michael Teh (2 November 2014). "Jeffrey calls for different birth cert for foreign children". New Sabah Times. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ "Charles: Sistem pendidikan terbeban jika anak tanpa kerakyatan diberi sijil lahir" (dalam bahasa Malay). New Sabah Times. 6 November 2014. Dicapai pada 8 November 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "RCI: Large amount spent on food, education, healthcare of illegal immigrants". New Straits Times. 3 Disember 2014. Dicapai pada 3 Disember 2014.
- ^ Julia Chan (10 November 2014). "Illegal immigrants, crime shattering peace in Sabah's villages, state reps say". The Malay Mail. Dicapai pada 11 November 2014.
- ^ Avila Geraldine (4 November 2014). "Birth certificates issued to Sabah born foreign children do not make them Malaysians". New Straits Times. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ Ruben Sario (6 November 2014). "DNA tests to help certify genuine Malaysians in late birth registrations". The Star. Dicapai pada 8 November 2014.
- ^ Ruben Sario; Stephanie Lee (16 November 2014). "Najib: Children of stateless individuals born in Sabah to get special birth document". The Star. Dicapai pada 17 November 2014.
- ^ Stephanie Lee (17 November 2014). "Najib: Form is visually different from certificate". The Star. Dicapai pada 17 November 2014.
- ^ "Leaders laud new measures on illegals". Daily Express. 14 Disember 2014. Dicapai pada 15 Disember 2014.
- ^ "RCI only after much pressure from the people: Bumburing". Daily Express. 14 Disember 2014. Dicapai pada 15 Didember 2014. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ a b "Manila to blame, says PBS". Daily Express. 15 Disember 2014. Dicapai pada 15 Disember 2014.
- ^ a b "Emulate Indonesian govt in taking care of citizens in Sabah, Philippine leaders told". The Rakyat Post. 16 Disember 2014. Dicapai pada 16 Disember 2014.
Nota
- ^ a b c d Lihat Pertempuran di luar Mukah.
Templat:Serangan penting yang melibatkan orang Moro Templat:Pengganasan di Malaysia
- Perang melibatkan Malaysia
- Kejadian diplomatik
- Sejarah Sabah
- Hubungan Filipina–Malaysia
- Operasi ketenteraan melibatkan United Kingdom
- Operasi ketenteraan melibatkan Australia
- Operasi ketenteraan melibatkan New Zealand
- Operasi ketenteraan melibatkan Malaysia
- Operasi ketenteraan melibatkan pasukan khas Malaysia
- Orang Moro
- Keganasan di Malaysia