Benigno S. Aquino III[1] | |
---|---|
Presiden Filipina | |
Dalam jawatan 30 Jun 2010 – 30 Jun 2016 | |
Naib Presiden | Jejomar Binay |
Didahului oleh | Gloria Macapagal-Arroyo |
Digantikan oleh | Rodrigo Duterte |
Senator Filipina | |
Dalam jawatan 30 Jun 2007 – 30 Jun 2010 | |
Ahli Dewan Perwakilan dari daerah ke-2 Tarlac | |
Dalam jawatan 30 Jun 1998 – 30 Jun 2007 | |
Didahului oleh | Jose Yap |
Digantikan oleh | Jose Yap |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Benigno Simeon Cojuangco Aquino III 8 Februari 1960 Manila, Filipina |
Mati | 24 Jun 2021 Quezon City, Filipina | (umur 61)
Parti politik | Parti Liberal |
Pertalian | Benigno Aquino, Jr. (bapa) Corazon Aquino (ibu) Kris Aquino (adik perempuan) |
Tempat belajar | Yayasan Universiti Angeles |
Bidang pengkhususan | Penjawat awam |
Benigno Simeon Cojuangco Aquino III (dikenali sebagai PNoy dan Noynoy; 8 Februari 1960 – 24 Jun 2021) ialah seorang ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-15 dari 2010 hingga 2016.[2][3][4] Beliau yang juga merupakan Senator Filipina, ialah satu-satunya anak lelaki bekas presiden Corazon Aquino dan bekas senator Benigno Aquino, Jr.
Lepasan Universiti Ateneo de Manila ini pernah diguling oleh askar pemberontak dalam satu cubaan merampas kuasa ketika ibunya memerintah negara. Pada tahun 1998, beliau dipilih untuk menyertai Dewan Perwakilan sebagai Wakil daerah ke-2 wilayah Tarlac di Konges Filipina ke-11. Pada tahun 2007, beliau dilantik ke dalam Senat di Kongres Filipina ke-14.
Kehidupan awal dan pendidikan
Benigno Simeon "Noynoy" Aquino III dilahirkan pada 8 Februari 1960 di Hospital Universiti Timur Jauh di Sampaloc, Manila. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima beradik Benigno Aquino, Jr. yang ketika itu menjadi Naib Gabenor wilayah Tarlac dan Corazon Cojuangco, anak perempuan seorang ahli perniagaan terkemuka Tarlac. Beliau mempunyai empat beradik, iaitu: Maria Elena (Ballsy), Aurora Corazon (Pinky), Victoria Elisa (Viel), dan Kristina Bernadette (Kris). Beliau belajar di Universiti Ateneo de Manila di Quezon City. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1981 dengan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi. Beliau ialah salah seorang pelajar bekas profesor ekonomi di Universiti Ateneo de Manila, bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal-Arroyo.
Pada September 1972, bapa Aquino, yang ketika itu ialah seorang senator dan pemimpin pembangkang terkemuka kepada Presiden Ferdinand Marcos, telah ditangkap kerana kegiatan subversif. Pada Ogos 1973, bapa beliau telah dibawa ke hadapan tribunal tentera di Fort Bonifacio. Pada 25 Ogos 1973, bapa Aquino telah menulis surat kepada anaknya dari Fort Bonifacio, memberi nasihat kepada anaknya bahawa "Tiada negara yang lebih besar di bumi daripada Tanah air kita. Anak, bola kini di tangan anda".
Pada tahun 1980, selepas beberapa siri serangan jantung, bapa Aquino telah dibenarkan untuk mendapatkan rawatan perubatan di Amerika Syarikat, di mana keluarga Aquino hidup dalam buangan. Pada tahun 1981, tidak lama selepas tamat pengajian, Aquino menyertai keluarganya di Amerika Syarikat.
Pada tahun 1983, selepas tiga tahun hidup dalam buangan di Amerika Syarikat, keluarga Aquino kembali ke Filipina, tidak lama selepas pembunuhan bapanya pada 21 Ogos 1983. Beliau menjadi ahli perniagaan Filipina, sebagai pembantu pengarah eksekutif PBSP. Kemudian beliau menyertai Mondragon Industry Philippines, Inc. sebagai pembantu Penyelia Jualan Runcit dan pengurus promosi Nike Filipina, Inc.
Dari 1986 hingga 1992, semasa ibunya menjadi presiden, Aquino menyertai Intra-Strata Assurance Corporation, sebuah syarikat milik bapa saudaranya Antolin Oreta Jr, sebagai naib presiden.
Pada 28 Ogos 1987, tentera pemberontak yang diketuai oleh Gregorio Honasan melakukan rampasan kuasa tapi gagal, cuba mengepung Istana Malacañang. Tiga daripada empat pengiring keselamatan Aquino telah dibunuh, dan yang terakhir telah cedera ketika melindunginya. Dia sendiri terkena lima peluru dan satu masih tertanam di lehernya.
Dari tahun 1993 hingga 1998, beliau bekerja untuk Central Azucarera de Tarlac, syarikat penapisan gula milik Hacienda Luisita, sebagai pembantu eksekutif pentadbiran 1993-1996 dan pengurus perkhidmatan 1996-1998.
Galeri
-
Kerajaan Filipina Benigno Aquino III, pada 2011.
-
Kerajaan Filipina Benigno Aquino III, pada 30 Jun 2010 Presiden Filipina.
-
Kerajaan Filipina Benigno Aquino III, pada 2007.
-
Kerajaan Filipina Benigno Aquino III, pada Mei 2011.
-
Kerajaan Filipina Rodrigo Duterte dan Benigno Aquino III, di Filipina Davao Mac 2013.
-
Presiden Kerajaan Filipina Benigno S. Aquino III menyambut Gabenor Davao Oriental Corazon Malanyaon semasa kunjungan hormat di Bilik Muzik Istana Malacañan pada hari Rabu (20 Ogos 2014).
-
Kerajaan Filipina Rodrigo Duterte dan Benigno Aquino III, di 2016.
-
Kerajaan Filipina Benigno Aquino III, pada 2009.
-
Kerajaan Filipina Benigno Aquino III pada 2015 Potret rasmi Presiden Filipina, 2015.
Pengiktirafan
Berikut ialah senarai pengiktirafan yang diterima oleh Aquino.
Penghargaan asing
- Jepun: Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (June 2, 2015)[5][6]
- Malta: Collar of the Knightly Order pro merito Melitensi (March 4, 2015)[7]
- Indonesia: Star of the Republic of Indonesia, First Class (October 10, 2014)[8][9]
- Kuwait: Collar of the Order of Mubarak the Great (March 23, 2012)[10]
Penghargaan ijazah
- Fordham University – Honorary doctoral degree in Economics
- Centro Escolar University – Honorary doctoral degree in Economics (April 11, 2012)[11]
- Kasetsart University – Honorary doctoral degree in Economics
- University of the Philippines, Diliman – Honorary doctoral degree in Law
- Sophia University – Honorary doctoral degree in Law (December 13, 2014)[12]
- Tarlac State University – Honorary doctoral degree in Humanities (May 14, 2015)[13]
- Loyola Marymount University – Honorary Doctor of Humane Letters degree (February 17, 2016)[14]
Penghargaan
- Amerika Syarikat: City Council Resolution on welcoming the President to Chicago presented by Mayor Rahm Emanuel (May 6, 2015)[15]
Kematian
Pada 24 Jun 2021, Aquino dimasukkan ke hospital di Pusat Perubatan Capitol di Bandar Quezon dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama. Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menjalani rawatan dialisis.[16][17][18]
Rujukan
- ^ "Senator Benigno S. Aquino III". Senate of the Philippines. Dicapai pada January 25, 2010.
- ^ "Final tally: Binay leads Roxas by 700,000 votes". ABS-CBN News Online Beta.
- ^ "Congress final tallies – INQUIRER.net, Philippine News for Filipinos". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-22. Dicapai pada 2010-06-09.
- ^ Noynoy poised to run for President --- ABSCBNnews.com
- ^ Filipino recipients of Japanese decorations and Japanese recipients of Philippine decorations | Official Gazette of the Republic of the Philippines. Gov.ph (January 21, 2014). Retrieved on March 17, 2016.
- ^ Office of the President. President.gov.ph (June 3, 2015). Retrieved on March 17, 2016.
- ^ Philippines: Order of Malta delivers 700 homes to survivors of Typhoon Yolanda. Grand Master received by President Aquino. orderofmalta.int (April 3, 2015)
- ^ Bacani, Louis. (October 9, 2014) Indonesia to bestow highest gov't award on Aquino | Headlines, News, The Philippine Star. philstar.com. Retrieved on March 17, 2016.
- ^ title=Briefer: Bintang Republik Indonesia (Star of the Republic of Indonesia). Gov.ph (October 10, 2014). Retrieved on March 17, 2016.
- ^ Office of the President. President.gov.ph (March 23, 2012). Retrieved on March 17, 2016.
- ^ title= President Aquino’s speech upon being conferred a Doctorate of Laws, Honoris Causa, by CEU, April 11, 2012. Gov.ph (April 11, 2012). Retrieved on March 17, 2016.
- ^ "President Benigno S. Aquino III's Participation at the ASEAN-Japan Commemorative Summit Tokyo, Japan".
- ^ title= Speech: President Aquino is conferred a doctorate in humanities from the Tarlac State University. Gov.ph (May 14, 2015). Retrieved on March 17, 2016.
- ^ "Philippine President Benigno Aquino III Receives Honorary Degree From LMU". Loyola Marymount University. February 18, 2016. Dicapai pada November 9, 2017.
- ^ photo 06 – 050715 Diarkibkan Julai 10, 2015, di Wayback Machine. Pcoo.gov.ph (May 7, 2015). Retrieved on March 17, 2016.
- ^ "LIVE UPDATES: Death of former Philippine president Noynoy Aquino". Rappler (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 24, 2021.
- ^ Ismael, Javier Joe (June 24, 2021). "Former president Noynoy Aquino dies". The Manila Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 24, 2021.
- ^ "PNoy dies at 61". Sunstar (dalam bahasa Inggeris). June 24, 2021. Dicapai pada June 24, 2021.
Pautan luar
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Benigno Aquino III |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Benigno Aquino III |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Benigno Aquino III |
- Tapak web rasmi
- Official profile in the website of the Senate of the Philippines
- Inaugural Address of President Benigno Aquino III | June 30, 2010
- President Benigno Aquino III's First State of the Nation Address | July 26, 2010
- President Benigno Aquino III's Second State of the Nation Address | July 25, 2011
- President Aquino's speech before the United Nations General Assembly | September 24, 2010