Zon Selamat Pantai Timur Sabah (atau disingkatkan ESSZONE, dari bahasa Inggeris: Eastern Sabah Security Zone ) ialah sebuah kawasan keselamatan yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak pada 25 Mac 2013 berikutan dengan krisis pencerobohan yang berlaku di bahagian timur Sabah sebagai tambahan kepada ESSCOM.[1] Ianya merangkumi kawasan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.[1][2] Tujuh balai polis akan dibangunkan di zon berkenaan dan lima batalion pasukan keselamatan berserta satu briged PGA akan turut ditempatkan.[2][3][4] Datuk Seri Musa Aman telah dilantik sebagai pengerusi zon ini.[5] Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM200m bagi membina infrastruktur.[6]
Lihat juga
- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)
- Keselamatan Timur Sabah
- Markas Pemerintahan Medan Timur
Rujukan
- ^ a b "PM Announces Setting Up Of Eastern Sabah Safety Zone". BERNAMA. 25 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.
- ^ a b "Security area widened in east Sabah". New Straits Times. 26 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.
- ^ "UPDATE : GOF brigade to be stationed at ESSZONE". New Straits Times. 25 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.
- ^ "PM pantau ESSZONE". Harian Metro. 26 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.
- ^ "Pelantikan Pengerusi ESSZONE satu tanggungjawab besar: Musa". Berita Harian. 26 Mac 2013. Dicapai pada 27 Mac 2013.
- ^ "RM200m for ESSZONE". New Straits Times. 28 Mac 2013. Dicapai pada 29 Mac 2013.