(Dilencongkan daripada Ogos 18)
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
18 Ogos merupakan hari ke-230 (hari ke-231 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 135 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Long Tan di Australia (1966).
Peristiwa
- 684 - Fitnah Kedua: Pihak Umaiyah menewaskan penyokong Ibn Zubair dan mengukuhkan kuasa di Syria.
- 1572 - Perang Agama Perancis: Marguerite de Valois (gambar) dikahwinkan dengan Raja Huguenot Henri dari Navarre, dalam percubaan untuk mendamaikan penganut Protestan dan Katolik di Perancis.
- 1868 - Pierre Janssen menemui helium ketika menganalisis kromosfera matahari suatu gerhana penuh, menjadi unsur pertama yang dikesan di angkasa lepas sebelum di Bumi.
- 1877 - Asaph Hall menemui Phobos (gambar), bulan terbesar planet Marikh, enam hari selepas menemui bulan lagi satu Deimos.
- 1941 - Program Eutanasia T-4 Jerman Nazi dihentikan sementara kerana tentangan awam.
- 1965 - "Operasi Starlite": Pasukan darat Amerika Syarikat yang melibatkan 5,500 anggota Kor Marin berjaya memusnahkan kubu Viet Cong di daerah Quảng Ngãi.
- 1966 - Perang Vietnam: Satu kompeni Rejimen Diraja Australia bertempur dengan unit Barisan Pembebasan Kebangsaan Vietnam Utara yang lebih besar dalam Pertempuran Long Tan.
- 2011 – Aktivis sosial India Anna Hazare bersetuju keluar dari penjara selepas polis Delhi membenarkan mogok lapar 15-hari menentang rasuah.
Kelahiran
- 1987 - Niken Anjani, pelakon wanita Indonesia
Kematian
- 1227 - Genghis Khan, Raja Mongol.
- 2017 - Sir Bruce Joseph Forsyth-Johnson, seorang seniman dari England.
- 2022 - Toh Puan Zurina Kassim, isteri mantan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob