Pierre Jules César Janssen | |
---|---|
Kelahiran | Paris, Perancis | 22 Februari 1824
Meninggal dunia | 23 Disember 1907 Meudon, Paris, Perancis | (umur 83)
Warganegara | Perancis |
Terkenal kerana | Penemuan helium |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Astronomi |
Pierre Jules César Janssen (February 22, 1824 – December 23, 1907) merupakan seorang ahli astronomi Perancis , yang bersama dengan ahli sains Inggeris Joseph Norman Lockyer, diakui sebagai penjumpa gas helium.
Kehidupan, kerja dan minat
Janssen dilahirkan di Paris dan mengkaji mathematik dan fizik di fakulti sains. Dia mengajar di lycée Charlemagne pada tahun 1853, dan di jabatan seni bina (architecture) 1865 – 1871, tetepi tenaganya kebanyakannya diberikan kepada pelbagai misi saintifik yang diberikan kepadanya. Dengan itu pada 1857 dia pergi ke Peru bagi menentukan ekuator magnetik; pada 1861 – 1862 dan 1864, dia mengkaji penyerapan tellurik dalam spektrum suria di Itali dan Switzerland; pada tahun 1867 dia melakukan ujian optik dan magnetik di Azores; dia berjaya memantau kedua-dua peralihan Venus, pada tahun 1874 di Jepun, pada 1882 di Oran, Algeria; dan dia mengambil bahagian dalam siri ekspedisi gerhana matahari yang panjang, contoh. ke Trani (1867), Guntur (1868), Algieria (1870), Siam (1875), Kepulauan Caroline (1883), dan ke Alcosebre di Sepanyol (1905). Untuk melihat gerhana 1870 dia melepaskan diri dari Paris yang terkepong dengan menggunakan belon (gerhana tersebut bagaimanapun terlitup awan).
Jumpaan helium
Pada 1868 Janssen menjumpai cara untuk melihat prominense suria tanpa kejadian gerhana. Pada 18 Ogos tahun yang sama, ketika melihat gerhana Matahari di India, dia menyedari gelung kuning terang dengan jarak gelombang 587.49 nm dalam spektroskopi khromosfera Matahari. Ini merupakan pemerhatian pertama garis spektral khusus ini, dan kemungkinan satu sumber baginya adalah satu unsur yang belum lagi dijumpai di bumi. Janssen pada mulanya dikutuk kerana tiada unsur pernah dikesan di angkasa sebelum dijumpai di Bumi.
Pada 20 Oktober tahun yang sama, Joseph Norman Lockyer turut melihat garis kuning yang sama pada spektrum suria dan memutuskan bahawa ia disebabkan oleh unsur yang tidak diketahui, selepas gagal menguji samaada ia merupakan jenis hidrogen yang baru. Ini merupakan kali pertama unsur kimia dijumpai pada dunia luar sebelum dijumpai di bumi. Lockyer dan ahli kimia Inggeris Edward Frankland menamakan unsur ini dengan kerkataan Yunani bagi Matahari, ἥλιος (helios).[1][2]
Pemantauan
Semasa gerhana India agung 1868, Janssen turut menunjukkan sifat gas bagi prominences merah, dan mencipta kaedah bagi memantaunya dalam keadaan siang biasa. Salah satu matlamat penyelidikan spektroskopik adalah bagi menjawab persoalan samaada Matahari mengandungi oksigen atau tidak. Kerja awalan penting adalah penghapusan sepenuhnya penyerapan oksigen pada atmosfera Bumi, dan projek beraninya bagi mendirikan pemantauan di kemuncak Mont Blanc dicetuskan oleh pemahaman kelebihan yang didapati dengan mengurangkan ketebalan udara dari masa pemantauan perlu dilakukan. Observatori, asanya yang diletakkan dalam salji yang kelihatannya menutup puncak pada kedalaman sepuluh meter, telah dibina pada September 1893, dan Janssen, sungguhpun telah berusia enam puluh sembilan tahun, membuat pendakian dan menghabiskan masa selama empat hari membuat pemantauan.
Pada 1875, Janssen dilantik sebagai pengarah observatori astrofizik baru yang ditubuhkan oleh kerajaan Perancis di Meudon, dan berjalan ke sana pada tahun 1876 bagi mengambil gambar. Sejumlah siri gambar suria mengkagumkan terkumpul dalam Atlas de photographies solaires (1904) agungnya. Jilid pertama Annales de l'observatoire de Meudon diterbitkannya pada tahun 1896.
Janssen meninggal di Meudon dan dikebumikan di Perkuburan Père Lachaise di Paris.
Kawah hentaman di Marikh dan bulan dinamakan sempena menghormatinya.
domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title=
(bantuan)
Nota dan rujukan
- ^ Oxford English Dictionary (1989), s.v. "helium". Retrieved December 16, 2006, from Oxford English Dictionary Online. Also, from quotation there: Thomson, W. (1872). Rep. Brit. Assoc. xcix: "Frankland and Lockyer find the yellow prominences to give a very decided bright line not far from D, but hitherto not identified with any terrestrial flame. It seems to indicate a new substance, which they propose to call Helium."
- ^ For the name "helium" see also Jensen, William B. (2004). "Why Helium Ends in "ium"". Journal of Chemical Education. 81 (7): 944. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-12. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) (subscription required for full access)
Bacaan lanjut
- Royal Astronomical Society (1908). Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. Priestley and Weale., from Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, 1908, vol. 68, pp. 245-249
- Obituary, from Popular Astronomy, 1908, vol. 16, pp.72-74
- Obituary, from Astronomische Nachrichten, 1908, vol. 177, p. 63 (in French)
- Obituary, from The Astrophysical Journal, 1908, vol. 28, pp. 89-99 (in French)
- 1911 Encyclopædia Britannica Eleventh Edition, entry for Janssen
- Janssen statue, description and black-and-white picture from The Observatory, 1922, vol. 45, pp. 175-176
- Janssen statue at Meudon (color photopgraph)
- Brief biography Diarkibkan 2009-05-10 di Wayback Machine, from the High Altitude Observatory at Boulder, Colorado