Kampung Kanchong Tengah | |
---|---|
Kampung | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Kuala Langat |
Mukim | Mukim Kelanang |
Kampung | Kampung Kanchong Tengah |
Zon waktu | Waktu Piawai Malaysia |
Poskod | 42700 |
Kampung Kanchong Tengah merupakan sebuah kampung tradisi yang terletak di Mukim Kelanang, Kuala Langat, Selangor.[1] Kampung ini mempunyai keluasan sebanyak 1,107.7 hektar.
Daerah Kuala Langat mempunyai enam mukim dan mempunyai 34 kampung tradisi, dua kampung baru dan sembilan kampung orang asli.[1]
Sejarah
Kampung Kanchong Tengah mendapat namanya berdasarkan kedudukan kampung ini terletak diantara Kampung Kanchong Darat disebelah utara dan juga Kampung Endah di selatan. Kampung ini telah dibuka dan diterokai oleh beberapa penduduk dari Kampung Kanchong Darat dan Kampung Endah pada tahun 1961.[2]
Pembinaan jalan
Jalan yang pertama dibuat pada tahun 1987 yang berturap tar dibina sepanjang jalan utama untuk masuk ke kampung ini.[2]
Prasarana
Tempat beribadah berdekatan
- Surau Darul Rahim
- Masjid An-Nur
Institusi pendidikan berdekatan
- Sekolah Kebangsaan Kanchong Tengah
- Sekolah Rendah Agama An-Nur
Jumlah penduduk
Data penduduk Kampung Kanchong Tengah pada tahun 2016.[3]
- Jumlah penduduk: 994 orang
- Lelaki: 495 orang
- Perempuan: 499 orang
- Kanak-kanak: 277 orang
Poskod
Rujukan
- ^ a b "Nama Kampung dan Rumah Ibadah di Kuala Langat". www.selangor.gov.my. 2 Oktober 2013. Dicapai pada 31 Januari 2021.
- ^ a b "Tentang - Kampung Kanchong Tengah". Dicapai pada 1 Februari 2021.
- ^ Bilangan Penduduk Daerah Kuala Langat
- ^ Kampung Kanchong Tengah, Banting - Postcode - 42700 - di carian Poskod Malaysia